All About

Good Food

Assalamualaikum dan selamat malam semua!!
Hanya nak kongsikan dah seminggu berlalu 
Cucunda Muhammad Umair dilahirkan 
Alhamdulillah semoga bila besar nanti menjadi insan soleh
Kebanggaan keluarga agama dan tanahair 
Amen ya robbal Alamennn 

 

 

 

 

Cukuplah ya untuk tatapan kakak - kakak, aunty - aunty,  nenek-nenek selamat malam dan semoga gumbira selalu ya
Jumpa lagi next entry !!!


Assalamualaikum dan selamat malam semua!!
Hanya nak kongsikan dah seminggu berlalu 
Cucunda Muhammad Umair dilahirkan 
Alhamdulillah semoga bila besar nanti menjadi insan soleh
Kebanggaan keluarga agama dan tanahair 
Amen ya robbal Alamennn 

 

 

 

 

Cukuplah ya untuk tatapan kakak - kakak, aunty - aunty,  nenek-nenek selamat malam dan semoga gumbira selalu ya
Jumpa lagi next entry !!!



Selamat petang
Salam sejahtera untuk semua nya
Dah petang rupa nya ya
Dah time ngopi ni, apa agaknya teman sang kopi// teh kalian ya
Bagi kaknoor dah jatuh cintan cintun dengan kuih limas//tepung pelita ni.
Dah tiga kali buat baru dapat update hahaha




Kuih Tepung Pelita Asli
Oleh: Azie Kitchen

Lapisan Hijau:
1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan 

Cara cara: 
Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. 

Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh. 

Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya

Terimakasih untuk pengumbang resepi AZIE KITCHEN memang sedap dan lembut sangat kalau ikut resepi ni, mesti nak try berkali2, izinkan kaknoor letak di blog ya AZIE resepi ni..




Lapisan Santan
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan 
Secubit garam

Cara cara;
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit. 

Nota;
Boleh juga jika mahu terus tuang lapisan santan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.





Ini sikitttttt derhaka dari asal sebab ada jagung jadi letak lah kan sedap jugak tambah manis dengan di jagung manis tu




Kali ke3 buat ni memang tak derkaha lah tak baik kannn
Polos memang sedappp




Sambil santai2 waktu petang gini memang sedap ni layan kuih tepung pelita ni..




Yang pasti mesti nak buat lagi dan lagi dan lagi..
Dah tua2 gini baru lah nak merasa kuih asli ni rugi kannn
Pada yang lain mesti cuba tau, mudah sebenarnya kalau suka...



ASSALAMUALAIKUM 
Salam jumaat pada semua yang masih sudi kesini
Hari ni kita nak cepat jadi resepi periuk noxxa ni memang terbaik lah
Memudahkan segala kerja-kerja kita.



Ini nasi lemak pandan kaknoor yang dimasak dalam noxxa, resepinya macam biasa cuma kita masukkan dalam noxxa dan mengambil masa hanya 5-7 minit je untuk masak bergantung pada beras yang kita guna kan lah..




Nasi kerabu bunga telang jugak kaknoor masukkan dalam noxxa mudah dan cepat hanya 7 minit je dah boleh makan..



Ini pulak kuah tumis untuk nasi kerabu kaknoor stir fry dulu lepas tu baru masukkan bahan lain dan HP 15 minit, lagipun bila masukkan dalam noxxa ni kuah tu tak merecik kesana sini, dan kalau merecik pun hanya dalam noxxa je tklah kotor dapur kita  kan..



Ini marble kek kaknoor belum pernah try lagi, insya ALLAH soon lah tunggu tak sibuk mesti nak try semua kek dan kuih yang mana boleh di masukkan dalam noxxa ni..




Sebenarnya banyak lagi resepi yang boleh di olah dalam noxxa ni, cuma kita kena berani try dan error lah, lagipun kita yang nak makan kan, mesti kena ikut selera sendiri..



Ini lah periuk noxxa kesayangan ramai tu. siapa yang belum ada kat rumah elok sangat beli benda ni, walaupun agak mahai cikitttt je berbaloii sangat pada yang suka masak, tapi tak cukup masa, noxxa lah jawapan nya...



Selamat petang dan salam kamis
Lagi terjumpa resepi menarik dipinterest
Jom kongsi-kongsi tengok
Kalau rajin jangan lupa mencuba tau!!
Mesti tersangat lazat ni 
Tengok gambar pun dah tau kan!!

 

 

 

 

 

Ok selamat menjamu mata lah ya
Kalau ada yang tak tahan bolehlah ke bakeri berdekatan
Mana tau ada yang seakan macam ni kann 
Bolehlah menjamu selera..


Assalamualaikum dan salam rabu 
Hari ni kaknoor dah start memasak menu berpantang
Untuk anakanda kaknoor, tapi rasanya satu family pun makan menu jugak sebab dah malas nak masak yg lain sabo je anak2 mama yg bukan dalam berpantang haha..

 

 

Kaknoor ikut cara kaknoor sendiri lah dalam mengolah masak kunyit ayam ni, sebab kita yg nak makan kan, tapi asas nya kaknoor tetap ikut dalam buku chef Sue Arukin. 
Semua bahan main agak2 je

Bahan yg kaknoor gunakan adalah ayam yg telah dipotong kecil, bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam diblender sehingga halus. Masukkan sedikit minyak dlm kuali tumislah bahan kisar, tambah serai yg diketuk dan ayam, perisakan dengan air asam jawa, garam dan sedikit gula, boleh tambah air kalau nak lebih kuahnya. 

 

Mudah sangat ayam masak kunyit ni, sesekali makan macam ni memang bertambah nasik, ini bukan lagi orang yang berpantang makan, yang tak pantang pun kebas jugak haha...

Alhamdulillah pepagi tadi kaknoor di kejutkan dengan berita kelahiran cucunda kedua, adik Iman lah tu, nampaknya kali ini pun baby boy jugak, kawan Iman berkuntau lah tu nanti kan, memang busy sangat hari ni jom layan gambar je lah ya lepas ni kena jadi tukang masak pulak ni..

 

 

 

Alhamdulillah jugak kaknoor ada buku utk Ibu dan Anak ni, bermacam2 resepi dalam pantang dan menu utk anak2 terdapat dalam buku ni, terimakasih chef Sue Arukin yang telah menghadiahkan buku ni semasa datang ke Brunei baru ni, macam tau kaknoor perlukan menu2 berpantang untuk anakanda kaknoor kan...

 

Ini lah chef Sue Arukin yang kaknoor cakap tu. Masih muda belia kann..

 

Cucunda Iman disuruh promote buku tapi ditutup lah pulak

 

Sampai dah masam muka Iman shooting maktok belum siap

 

Memang berguna sangat buku ni untuk yang berpantang sebab dalam nya terdapat resepi yang sedap-sedap selain dari  resepi biasa yang kita tau sup ayam halia je kan, kalau ikut resepi dalam buku ni mesti orang berpantang akan sihat kembali.  Abaikan model muka masyam tu ya...


Assalamualaikum dan salam isnin 
Pagi tadi terlebih rajin sikit untuk memproses solok lada 
Kebetulan jugak lada solok dikebun kaknoor 
Dah cukup matang rasa nya untuk disumbat dengan ikan
Pertama kali jugak buat solok lada dengan lada khusus utk 
Solok lada, selama ni kaknoor ingat boleh saja sebarang lada untuk dibuat solok, rupanya ada special lada jugak.

 

 

Alhamdulillah benih ni rakan fb kaknoor dari Trengganu yang kasi di post ke KL, dan dari KL ke Brunei lagi, kalau dah rezeki kan memang dapat jugak makan solok lada from garden sendiri.

 

Resepi nya kaknoor sekodeng dari buku resepi rakan blogger  Ruzieta Kitchen alhamdulillah sedap dan enak sekali .

 

Dibawah lada tu kaknoor letak daun ubikayu sebab dalam buku tu Ita letak daun ubi mungkin tak bagi mudah hangus jugak kot jadi kaknoor tirulah, lagipun pucuk ubi tu pun boleh dimakan jugak nanti.

 

Bahan nya
5 ekor ikan kembung ambik isinya
4 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam kisar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
1 cawan kelapa parur (kaknoor letak 1/2 cawan )
Secukupnya cili hijau belah buang biji 
1/2 - 1 cawan santan sederhana pekat
Secukupnya pucuk ubi utk melapiskan kuali.

Caranya
1...Tumbuk isi ikan, lada hitam, bawang merah dan garam hingga hancur.
2....Gaulkan bersama kelapa parut, sumbat kedalam lada hingga padat. 
3.....Letak pucuk ubi didalam kuali curahkan santan.
4.....Letakkan solok lada dan masaklah sehingga lada bertukar warna dan lembut.
5.....Boleh dimakan dengan nasi kerabu atau nasi putih 
Kita yang huat dia kan terpulangpah pada fav masing-masing, 

 

 

 

Sejujurnya tak sempat nak masak nasi kerabu, meratah gitu je pun sedap, tunggu next time kaknoor gandingkan dengan nasi kerabu kelate deh!!! Banyak lagi lada di pokok tu kannn


Assalamualaikum dan salam ahad 
Menu paling simple kaknoor nak kongsikan
Dari Ig Tastemade Indonesia
Jom tengok apa sebenarnya rujak bebeg ni

 

Bahannya 
Buah mangga, kedondong, pisangbatu (yg ni takde)
Sengkuang, ubi manis, cilipadi, belacan, asam jawa, garam,
Gula merah. 

Caranya
Tumbuk cilipadi + gula merah + garam + belacan
Sehingga lumat, lepas tu baru masukan buahan dan ubi-ubi
Tumbuk sehingga agak hancur 
Perasakan dengan air asam jawa
Dah siap!!!! 

 

Inilah antara bahan buahan yang kaknoor gunakan 
Mangga, kedondong, sengkuang dan ubi manis.

 

Waktu macam ni pada yang tak suka tidur tengahari eloklah makan benda ni baru cerah mata sikit kannn

 

Kalau ada yang kurang jelas bolehlah ke Fb / Ig 
Tastemade Indonesia macam2 lagi yang best boleh kita cari disana...

Ok happy weekend semuanya ya!! 
Salam santai dari Brunei Darussalam

Assalamualaikum dan salam sabtu
Hari ni tiada aktiviti dalam rumah
Jadi jom kita santai-santai luar rumah kaknoor
Kat koridor je lah ya 
Sambil ambil angin dan wangian bunga dari anak-anak
Sempena anniversary semalam 
Tak habis lalgi ke cik noyah oiii ceta anniversary 
Sampai dah muntah-muntah orang baca hahaha

 

 

 

 

 

Alhamdulillah mesti semuanya kenyang makan angin koridor kaknoor kan!!  Heheehe jangan marah lah diujung minggu ni happy kan hati anda supaya sentiasa muda dan ceria, awet muda tau kalau hati kita sentiasa bersangka baik dan senyum selalu πŸ˜„πŸ˜ŠπŸ˜€πŸ˜‰

Selamat beehujung minggu ya adinda semua..

Previous PostOlder Posts Home