Brownies Kekacang

Brownies Kekacang


Brownies ni memang kegemaran anak ke4 kak Noor,mungkin rasa dia yang lazat dan lembab tu kot bagi dia tertariks tapi biasanya dia suka yang brownies yang plain je tak suka kashang2 ni,terbalik pulak dengan favourite mama nya yang suka kacang so satu adunan brownies dibahagi dua separuh plain dan separuh lagi bubuh kacang ni pokok nya kena rajin lah memproses nya hehee..

Bahan-bahannya

  • 115 gm butter
  • 340 gm gula
  • 4 biji telur
  • 115 gm tepung gandum
  • 350 gm kacang ( badam atau gajus atau apa saja kacang fav )
  • 90 gm serbuk koko
  • esen vanila
  • sedikit garam 
Cara memasaknya
  • Panaskan oven 180 C
  • Cairkan mentega dan masukan serbuk koko dan kacau biar sebati ketepikan
  • Pukul gula bersama telur biar sampai kembang masukan esen vanila dan tepung juga sedikit garam dan putar biar sebati
  • Masukan kekacang dan campuran butter dan koko tadi dan pukul rata..
  • Alaskan loyang dengan kertas minyak dan masukan lah adunan brownies dan bakarlah sehingga masak kira-kira 30 ke 40 minit ikut kepanasan oven masing2 lah
  • Bolehlah dibuat minum petang bila dah masak makan panas2 sangat sedappppp tau..

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Home