Cekodok Gebus Debus

Cekodok Gebus Debus


Sejak dapat resepi cekodok yang gebus debus ni dari kawan Kak Noor yang sekarang ni dah berada di Qatar, Huda namanya ,kalau dapat pisang memang dah tak buat cekodok yang pesen lama tu hehe sebab yang selalu Kak Noor buat dulu tu agak berminyak tapi kalau ikut cara ni Alhamdulillah dah lah gebus dan debus tak terasa berminyak sangat cuba cek resepi pasti adik2 Kak Noor tertawan hehe..


  • Bahan-bahan nya ( Ibu jemput-jemput )
  • Beberapa biji pisang yang ranum
  • 3/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu teh ground cinnamon
  • secubit garam
  • * Sukatan ni untuk 2 cawan ibu jemput-jemput

Cara membuat Ibu jemput-jemput

  • Lecek pisang hingga hancur dan campurkan dengan semua bahan2 lain 
  • Simpan beberapa jam supaya gula benar-benar cair,Huda cakap simpan dalam petisejuk so Kak Noor pun ikut lah semalaman pun lebih baik
  • Kalau kebetulan ada pisang yg ranum tu boleh buat ibu jemput2 ni dan simpan dalam petisejuk sebab ianya tahan sampai seminggu
Cara memasak nya
  • 2 cawan ibu jemput2
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar bicarbonte soda
Ayakkan bicarbonate soda kedalam tepung dan gaul rata,kemudian tuangkan ibu jemput2 dan gaullah sampai sebati,adunan memang agak pekat dan kental,kemudian gorenglah dengan minyak yang sederhana panas,sentiasa dibalik2an supaya jemput2 sama rata masaknya.bila dah masak angkat dan hidangkan.

* Jemput2 ni sangat sedap sebab tekstur nya macam kek gebus gitu tak percaya cuba lah bila dah ada pisang tu buat dulu ibu jemput2 tau hehee



2 comments:

  1. aduish rancaknya Kak Noor berbicara nih ... sampai tak sempat nak ikut

    ReplyDelete
  2. hai Zie kemana menghilang lama tak nampak??busy ke ala surirumah sepenuh masa Zie lepas masak masuk ofis ni lah berbicara hehee

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home