Fudge Brownies

Fudge Brownies


Brownies kegemaran anak-anak dan mama nya jugak heehe,tapi mesti ada kacang atau apa-apa yang sewaktu dengan nya,bila makan tu terasa crunchy tu lah saat yang paling best,tapi untuk yang tak gemo kacang bolehlah ditolak tepi sebab mesti ada yang mengutip nya nanti hahaaha,resepinya sangat mudah rasanya banyak bahan2 asas dah ada kat umah ni cuma tambah coco dan kekacang je,jom tengok dulu resepi nya..

Bahan-bahan nya

  • 1 cawan butter dicairkan
  • 1 cawan coco
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 sudu teh esen vanillla
  • 4 biji telur
  • 1 1/3 cawan tepung
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 cawan kekacang apa pun boleh,tapi Kak Noor masukan 1/2 cawan kacang + 1/2 cawan chocolate chips jadi banyak perasa ada dalam brownies tu lebih meriah gitu..
  • secubit garam
Cara membuatnya
  • Panaskan oven 350'C
  • Masukan coco dalam butter yang telah di cairkan.
  • Masukan gula,vanilla dan telur dan dan pukul rata hingga sebati/
  • Baking powder di ayak kedalam tepung dan masukan sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi bersama dengan kacang chocolate chips dan putar lagi sehingga sebati.
  • Masukan adunan dalam loyang dan bakarlah selama 30 minit atau sehingga masak lah
  • Terpulang pada tuan punya brownies ni kalau nak hiaskan dengan chocolate dan kekacang kat atas brownies tapi bagi kak Noor yang sangat suka kacang memang tak sah lah kalau tak letak apa2,mesti nak jugak aksesori ni baru sedap dimakan..

2 comments:

  1. assalamualaikum kak noor - mala dah follow :-)

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam Mala terimkasih banyak2 sudi follow kak Noor menambahkan ahli yg sedikit tu maklum baru2 belum sampai sebulan pun..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home