Ikan Dori Sos Lemon

Ikan Dori Sos Lemon


Menu kegemaran family ni lagipun musim cuti sekolah ni bior lah anak-anak makan yang sedap dan fresh sikit,walaupun hanya tinggal dua orang anak saja kat umah yang penting Kak Noor mesti buat yang terbaik untuk anak-anak dan Pak Cik tu heehee jom kita tengok resepi mudah ni..

Bahan-bahan nya

  • 1 keping ikan dori atau fillet ikan apa saja
  • 1 biji lemon di parut
  • 1 biji bawang besar potong bulat
  • 2 biji bawang putih dicincang halus
  • Secukupnya capsicum merah,kuning dan hijau dipotong
  • 2 sudu air lemon
  • 1 sudu tepung gandum dibancuh dgn sedikit air
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 1 sudu planta
  • 1 kiub ayam dan sedikit gula
Cara membuatnya
  • Ikan dori dibersihkan dan perap sekejab dengan lemon toskan gaulkan dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam kemudian digoreng
  • Panaskan planta dan tumislah bawang putih sehingga wangi masukan bancuhan tepung gandum dan air lemon kalau pekat tambah lah air sikit.
  • Masukan kiub ayam dan gula rasa lah ikut fav masing2 tapi mesti ada rasa masam2 manis gitu
  • Dah mendidihka bolehlah masukan ikan, capsicum merah,kuning dan hijau, kulit lemon dan bawang besar jangan terlalu lama nanti warna sayuran dah tk cantik.
  • Ikan dori sos lemon dah masak bolehlah dihidangkan dengan nasi panas2 teruja U wangi sangat dan yang pasti sedap anak2 suka..

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home