Kacang Kuda Bermadu Pedas

Kacang Kuda Bermadu Pedas


Menu yang paling simple dan sedap tak payah berlama-lama didapur yang penting kacang kena rendam lah terlebih dahulu dua tiga jam baru lembut dan menawan.Tapi utk yang ada pressure cooker tak perlu lama-lama rebus 10 minit dah lembut,save gas dan letrik jugak ni,pilihan ditangan anda terpulanglah ya,jom cek resepi mudah ni hehe

Bahan-bahannya

  • Kacang kuda direndam semalaman dan direbus bersama sedikit garam toskan
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 atau 2 sudu cili kisar
  • 1/2 sudu jintan manis
  • 2 sudu madu
  • sedikit garam dan minyak
Cara membuatnya
  • Tumiskan bawang merah dan putih dengan sedikit minyak sehingga wangi kemudian masukan cili kisar jugak jintan manis dan kacau biar sebati dan pecah minyak
  • Masukan madu dan sedikit garam kacau sehingga berbuih dan likat.
  • Tutup api dan dan masukan kacang kuda yg direbus dan gaullah sehingga bersalut 
  • Bolehlah dihidangkan untuk jajan petang ni malam ke atau bila-bila saja diperlukan

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home