Laksa Johor Ku ala Chef Wan

Laksa Johor Ku ala Chef Wan


Hari ni rasa nya nak cuti makan nasi sebab teringin nak makan laksa Johor, anak-anak kat umah pun suka jadi nya Kak Noor masak  saja sebab boss bechaq pun terlebih suka hahaa,tapi sayang lah anak-anak yang jauh tak dapat makan takpe dah ada resepi mama letak kat sini kalau rajin masak lah ya kakak Ejah, adik Sarah dan Nabilah, hari ni biar mama makan dulu no hehee, resepi ni di ambil dari resepi chef Wan tapi  mungkin tak lah sesedap chef tersohor tu tapi boleh lah jadi jugak laksa Johor tu hehe.

Bahan-bahan nya untuk kuah

  • 500 gm ikan tenggiri direbus dan diambil isinya
  • 4 sudu besar kerisik
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu cili kisar
  • 3 keping asam keping
  • 1/2 cawan udang kering kisar halus
Bahan kisar halus
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • sedikit halia dan lengkuas
  • 1 sudu ketumbar kak Noor goreng kejab dan blend
Bahan untuk kuah
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 batang serai di titik
  • daun kesum secukupnya
  • 1 sudu air asam jawa
  • 2 sudu besar gula
  • 1 batang bunga kantan
Bahan tabur
  • 1 batang timun dhiris nipis dan dipotong bulat macam gelang tu
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis
  • limau kasturi secukupnya ( terlupa nak letak) sebab kuah dah masam
  • tauhu ( tak letak sebab big boss tak makan tauhu ) haha
  • kacang panjang dihiris kecil
  • taugeh segar secukup nya
  • beberapa biji telur rebus
Cara membuat kuah nya
  • Rebus ikan bersama 6 cawan air dan asam keping hingga mendidih dan empuk,toskan ikan dan asingkan tulang dari isi nya,simpan air rebusan ikan 
  • Kisar isi ikan dengan mencampurkan 2 cawan air rebusan,ketepikan
  • Panaskan 1/4 cawan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga wangi,masukan cili kisar,rempah kari dan kerisik dan masaklah sehingga pecah minyak,gunakan api yang perlahan dan sentiasa dikacau
  • Tambah sedikit air rebusan,masukan isi ikan, ketumbar,udang kering dan tumislah hingga wangi.
  • Masukan kesemua air rebusan dan santan biarkan sehingga kuah mendidih,tambah air jika terlalu pekat
  • Masukan serai,daun kesum dan bunga kantan dan air asam jawa,garam gula dan biarkan merenih lama2 atas api makin lama di renih makin sedap
  • Kak Noor buat sehari awal kalau nak jamu tetamu tapi kalau emergency memang dan dan buat bila teringat nak makan hahahaa..

16 comments:

  1. salam kak nor,wah sedap juga ni kalau buat minum ptg kan.

    ReplyDelete
  2. waalikumusalam dik, akak buat menu lunch haha seharian ni makan ni je lah tenghari sampai petang dan malam dah berapa in 1 tu save tenanga kan

    ReplyDelete
  3. Sha,kalau dekat dapat tukar menu ya sayang seribu kali sayang tk dapat rasa baked fishioni rigati tu hehee

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..
    salam pekenalan dari saya buat kak noor. suke saya baca pasal 'about me' kak noor tu.. seronok anak dh besar n rmai anak perempuan ye..
    dapat makan sedap2 mak nyer masak.. nak tumpng semangkuk jugak la kak noor. hehehe ;-)

    ReplyDelete
  5. waalaikumuslam Izah terimkasih kerana sudi follow akak ya,salam ukhwah dari akak jugak ni,anak2 dah besar maknanya akak dah tua dah Izah haha tkde kerja lain memasakkkkkkk je lah,kecil tapak tangan mangkok besar kak Noor tadahkan sila2 hehe

    ReplyDelete
  6. asslm Kak Noor...slm perkenalan juga dr sya...terima kasih krn sudi follow blog sya yer...sya pon dh follow blog akak...sempat la mnjengah menu akak yg sedap2 tu...
    sedap sgt tengok laksa johor tu...myelerakan...

    *psttt - ramai food blogger brnama Kak Noor la...hehehe...jgn QH tsilap komen nti sudahla...

    ReplyDelete
  7. waalaikumusalam Qasey,sama jugak dengan kak Noor thanks kerana sudi follow blog akak yg masih baru sebulan ni,pasal nama tu sebab ramai sangat yg nama Kak Noor tulah sbb akak bubuh kat depan tu Bicara Kak Noor utk membezakan dgn kak noor yang lain jgn slaah nanti ya QH hehe

    ReplyDelete
  8. salam kak nor.
    salam kenal ziarah disini dan follow akk..nak laksa johor tue kak nampak sedapp jew..:)

    ReplyDelete
  9. thanks Zila sudi follow akak yg baru je berjinak2 dengan blog,akak pun dah follow u jugak terimakasih sekali lagi sudi ziarah menziahi hehe laksa johor dah habis lah Zila semalam punya hehee

    ReplyDelete
  10. salam kenal kak..terima kasih follow blog saya..byk masakan best kat sini..:)

    sedapnya laksa johor..tapi saya tak pernah buat sendiri..hehehhe

    ReplyDelete
  11. sama jugak dari akak untuk quinnie terimkaasih banyak2 sudi follow akak yang masih baru ni,nak makan dik mesti kena buat sendiri sbb kat tempat akak ni memang tkde lah orang jual laksa johor ni heehee

    ReplyDelete
  12. Kak Noor, I orang Johor so ini saya punya favorite, boleh hantam 2 pingan licin. haha

    Tapi I tak pernah masak kat umah, selalu pi makan kat kedai aje.
    Akak pandai masak, kuahnya nampak sedap.

    Regards, selamat malam

    ReplyDelete
  13. Ame, oran gJohor tak pernah masak ni ke aduiii makna nya laksa ni senang dicari kot dimana dan bila2 masa saja tapi akak ni kat Brunei mmg payah nak jumpa benda ni kalau tingin nak makan mesti rajinkan diri korek2 resepi dan buatlah untunglah nak makan petik jari je macam Ame heheee
    alhamdulillah anak2 kata sedappppppppp bukan angkat bakul atau naik lift ke ni memang pun heheee

    ReplyDelete
  14. Kak Noor, kat Johor senang dapat Laksa Johor yang sedap2x, itu yang tak pernah masak kat rumah. Yang paling best tu betul2x depan ofis, rasa nak makan telephone aje, dia siap kan. hahaha..

    Recipes yang nak dicuba/buat dah panjang macam toilet roll, masa tak cukup.... sabar aje lah. hehehe..

    Ya lah, kalau anak cakap sedap, penat kat dapur pun tak apa. Kita pun rasa happy kan.
    Oh, akak di Brunei, sana susah sikit nak cari makan yang special, so terpaksa rajin sikit main main kat dapur lah.

    kita jumpa lagi. Bye

    ReplyDelete
  15. untung nya Ame kan dok kat Msia semua makan yg sedap2 dngn tefon je tkyah susah2 nak masak,nasib lah kak noor dok jauh2 ni nak makan semuanya kena masak sendiri, tulah kalau kak noor balik kedah mmg tak lepas peluang makan sepuas2nya apa terhingin dihati tu..
    kalau tk rajin mmg kkurus kering lah akak kat sini Ame hahaha

    ReplyDelete
  16. Resepi Chef Wan juga ada ikan kurau masin. Tertinggal kot.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home