Pavlova

Pavlova


Teruja tengok pavlova kat wall kenkawan hati jadi teringin nak buat jugak,tapi bila time nak buat ada saja halangan nya starwberry ni selalu jadi halangan asyik tak de ja, biasalah ada masa nya starwberry ni tak dapat lari jugak dari Kak Noor dah jumpa kat supermarket mood nak buat pavlova makin menjadi2 apa lagi bila terjumpa lagi buah blueberry ni,sebenarnya mudah je buat ni hehee jom tengok resepi!!

Bahan-bahan nya

  • 150 gm putih telur anggaran 4 biji lah
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu teh cuka makan
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • whipping cream secukupnya kalau beli yang dalam botol lebih senang picit je
  • Buah starwberry,blueberry,raspberry or apa2 buah kegemaran lah..
Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 150 C,sediakan kertas minyak buatlah bulatan diameter tu suka hati je menggunakan pensel nak besor mana satu adunan ni dapat 3 biji lah kak Noor buat yg beso satu dan yg kecik 2 biji
  • Pukul putih telur hingga berbuih masukan gula sedikit2 dan putar sampai kental dan menjadi meringue masukan cuka makan dan tepung jagung dan gaul rata adunan tadi.
  • Jangan ter over pukul pulak ya dengan senduk ke spatula ke pun boleh lah masa ni
  • Masukan adunan dalam piping beg yang dipasang nozel berbunga ke yang kosong ke pun boleh terpulang apa yang ada kat umah lah
  • Paipkan bulatan ikut pada kertas minyak yang dilukis tadi, kalau buat kecil dapat lah banyak biji pavlova ni
  • Anak2 akak suka yg kecik senang nak makan sebab tak payah potong-potong
  • Masukan dalam oven dan turunkan suhunya ke 120 Cdan bakar selama 1 jam 20 minit
  • Biarkan sejuk dalam oven dan ambik pavlova tadi paip kan whipping cream ditengah2 nya dan diletakan dengan buah-buahan segar di atas ikut kreativiti sendiri lah dan lepas tu dah boleh makan 
  • Cepat try jangan lepaskan peluang resepi SEDAPPPPPPP ni..

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home