Prata Gulung Berisi Mee

Prata Gulung Berisi Mee


Kadang-kadang bila masak sedikit tak cukup tapi bila dah masak banyak tak habis pulak, lagipun tak baik rezeki yang Allah bagi kita buang-buang kan,jadi Kak Noor ubah sikit dan campurkan apa yang ada kat dalam petiais tu, kebetulan ada lebihan roti prata yang dah keras haha tak banyak sebenarnya bahan2 tu jom tengok dulu..

Bahan-bahan nya

  • beberapa keping roti prata
  • lebihan mee yang kita ada tu kalau banyak lebihkan prata lah
  • sedikit cheese mozarella
  • secukupnya serbuk roti
  • 1 biji telur
  • minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya
  • Ambil roti prata letakan lebihan mee ditengah2 prata , tak perlu bubuh apa2 lagi sebab dalam mee tu dah ada perasa kan .
  • Tapi untuk nak menambah kesedapan nya lagi kalau ada cheese mozarella tu boleh lah diletakan di atas mee tu dan gulung lah prata dan gam kan dengan sedikit air atau telur,
  • Celupkan prata dalam telur dan gelekan dalam serbuk roti dan gorenglah dalam minyak yang panas dengan api yang sederhana,jangan kuat apinya takut serbuk roti hangus tak cantik
  • Golek2an bagi masak keseluruhan prata tadi dan masak angkat dan toskan
  • Boleh lah makan diwaktu panas2 sangat sedapppppp dan lazat dan cicahlah dengan sos pilihan, sos cili ke,mayonis ke, sos thousand island ke terpulang lah fav masing3
  • Selamat mencuba rasanya kalau mencuba sekali mesti lain kali nak goreng mee lebih2 nak buat macam ni hahahaaa,,

4 comments:

  1. Apa nak kata dah. Mmg creative sgt dn paling penting kita dah menjauhkn diri dr menjd sahabat setan dgn chara mengelakkn pembaziran. Thanx Noor.

    ReplyDelete
  2. Pratha ni berguna bila kehabisan idea nak masak, hari2 nasi bosan kan? bagus idea kaknoor ni..

    ReplyDelete
  3. yalah Ibu kan daripada kita membazir tu lebih baik baik ubah sikit je guna apa yang ada supaya tklah boring sngt lagipun anak2 pun suka sbb dia ranggup gitu

    ReplyDelete
  4. kadang2 pagi2 tu tatau ape nak makan dok belek2 apa yang ada kat dlam frezer timbul pulak idea nak bungkus prata ni hahah sedap jugak Zana tak percaya cuba lah hehe

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home