Sambal Petai Tempe Cili Padi

Sambal Petai Tempe Cili Padi


Semalam kat pasar terpandang kan petai fresh yang di jual oleh makcik gerai tu tanpa tanya berapa harga terus ja cakap makcik saya ambik dua ikat ni hahaha lama tak makan petai macam mengidam lah pulak!! resepi ni mudah dan simple tak banyak songeh asalkan ada tempe dan cili padi juga semestinya PETEI hehee

Bahan-bahan nya

  • 2 keping petai di ambil isi nya
  • 2 keping tempe di hiris kecil dan digoreng
  • 1/2 cawan ikan bilis digoreng
  • 20 biji cili  padi ditumbuk kasar boleh tambah boleh kurang terpulang kepedasan masing2 lah
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Minyak utk menggoreng
  • 2 keping asam keping
  • Gula dan garam
Cara membuatnya
  • Panaskan kuali dan masukan sedikit minyak dan tumislah bawang merah dan putih yang dtumbuk dan gorenglah sampai wangi masukan cili tumbuk dan goreng lagi sampai cili layu dan pecah minyak
  • Kalau terlalu kering boleh lah masukan sedikit air,kemudian masukan asam keping,garam dan gula
  • Akhirnya masukan petai,ikan bilis dan tempe dan gaul lah sehingga sebati,jangan terlalu lama kat atas api sebab nanti petai dah tak cantik tk hijo gitu,nak makan pun bukan saja nak sedap tapi nak cantik jugak hehee
  • Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas fulamak!!!

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home