Tomyam Tulang Istimewa

Tomyam Tulang Istimewa



Selain tulang boleh jugak kita gunakan daging tetel,tapi Kak Noor kalau tulang pun mesti nak potong kecik-kecil jugak sebab untuk memudahkan anak-anak makan,memang lama lah rebus tulang biar tulang tu lekang dari isi nya senang nak potong kecik,tomyam ni kegemaran anak bungsu kak Noor si awang Nabil tu jugak fav si Sarah anak kedua,kalau tanya menu apa nak masak hari ni mesti dia orang akan kata TOMYAM!!!!haha so mama pun dengan senang hati buat lah tomyam ni tak banyak songeh sangat tomyam ni sebeno nya..

Bahan-bahan nya

  • 1 kg tulang rawan direbus hingga lembut
  • 2 kiub tomyam maggi
  • 1 sudu paste tomyam
  • 1 sudu cili kering kisar
  • 2 batang serai dihiris serong
  • 2 inci lengkuas dihiris nipis
  • 1 cawan sayur campur
  • 1 biji tomato
  • 3 helai daun limau purut
  • beberapa biji cili padi
  • 4 ulas bawang putih dihiris
  • 2 ulas  bawang merah dihiris
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 2 cawan air rebusan tulang
  • 2 sudu air limau nipis
Cara memasaknya
  • Panaskan kuali dan tumis lah serai,lengkuas dan bawang merah dan putih sampai layu, masukan cili kisar, paste tomyam dan kiub dan kacau lah sehingga naik minyak bolehlah masukan air 1 cawan dulu
  • Masaklah sehingga mendidih barulah masukan tulang yang telah dihiris boleh jugak seketul kalua malas nak hiris hehe
  • Tambah lagi air rebusan yang baki boleh jugak tambah atau kurang bersama2 dengan sayuran yang lain jugak cili padi dan daun limau
  • Rasa lah masam manis dan masin nya sebab paste dan kiub tu dah masin kalau kurang baru tambah
  • Pastikan jangan lama2 sayur tu direbus nanti pudar warna nya biarlah half done saja sedap ranggup
  • Dah mendidih tutup api dan masukan air limau dan kacau biar sebati
  • Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas-panas atau roti panggang pun boleh SEDAP I TELL U...

2 comments:

  1. hahaha sorry Sha baru dpt masuk ofis ni tapi dah dekat magrib pulak sini nak kena bersiram segala memang sedapppppp hahaa dah boliaw pun..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home