Apam Polkadot

Apam Polkadot

Resepi emergency untuk majlis doa selamat sedara semalam, tak kan nak jalan dengan tangan kosong pulak kan, tanya anak2 nak makan ape??apam polkadot ke cream puf?serentak budak2 ni menjawab apam polkadottttttttttt.lagipun memang dah lama jugak tak buat ni, baru ni tengok kat blog Balqis dia buat Kak Noor pun  buat jugak lah hahaa asyikkk meniruuuuu je  kan akak ni..


Resepi nya simple je tak banyak songeh sangat cuma bila nak buat ni je yang rumit dan lambat sikit,tapi kalau nak seribu daya kan walaupun lambat kalau dah anak2 nak makan tu tak terasa susahnya pun...
Bahan2nya

  • 3 biji telur sejuk 
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gula halus
  • 150 ml susu segar 
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling strawberry ke apa secukupnya tapi disini akak guna nuttela sebab permintaan nya nuttela hee
  • pewarna sukahati lah
Cara membuatnya
  • Masukan semua bahan2 apam kedalam mixer * kecuali filling dan pewarna
  • Pukul lah dengan kelajuan maksima selama 6 ke 8 minit sehingga kembang
  • Bahagi kan kepada beberapa bahagian dan masukan pewarna kesukaan,lepas tu masukan dalam piping beg,kalau takde piping beg masukan dalam plastik putih biasa pun ok jugak
  • Ambil acuan tart dan letakan mangkok kertas didalam nya dan paipkan adunan kedalam nya agak2 1/2 kemudiam paipkan filling kesukaan dan paipkan adunan lagi sampai menutupi filling tu agak2 3/4 cup kertas tu lah,kemudian dot kan dengan warna pilihan
  • Buatlah sehingga habis adunan dan kukuslah selama 10 ke 15 minit tapi pastikan kukusan telah dipanaskan terlebih dahulu dengan api sederhana saja..
  • Filling tu terpulang fav keluarga,kaya  atau peanut butter pun ok jugak sedap,tapi anak2 akak lebih suka nuttela jadinya mummy nya pictkan nuttela je..


SEDAP


SEDAPPPPPPPP

Memang ramai yang tertarik masa akak bawa kat majlis tu semlama siap ada yang meng order lagi hahaa





12 comments:

  1. Salam Kak Noor.. rajinnya dia mengedot! nak keler purple dengan yang hijau tu... 6 tau!

    ReplyDelete
  2. wlikmsalam Sha, memang rajin sbb nak makan mana ada juaiii kat sini mesti kena masak apa yg terhingin paksakan diri mengedot dan mengepam hahaa

    ReplyDelete
  3. Assalam kak Noor Watie pun buat apam ni jugak tapi letak Serikaya & lorekkan dot dot dia ...nakmakan kenalah buat...betul tu!

    ReplyDelete
  4. salam kak noor..bestnya rupa apam polkadot akak buat ni..mesti sedap nih..sy belum lagi ada masa nk cuba buat sendiri.hihi..

    ReplyDelete
  5. Salam kak Noor,
    cute kalerr apam akak, nak semangkuk ye..

    ReplyDelete
  6. Wah cantik nyer. Hari hari buat kuih ni. Untung suami dan anak anak dapat makan sedap tiap hari

    ReplyDelete
  7. oh yeke Watie,sama lah menu kita ya,betul lah tu lagi2 kat brunei susah nak cari orang juaiii kalau terhingin mmg kena turun padang lah buat sendiri hehe

    ReplyDelete
  8. wlkmslam Salina,thks sudi singgah sini anak2 suka sedap lah tu kot heee lagipun buat filling yg diaorang suka mmg habis punya..

    ReplyDelete
  9. wlikmlsam Rohah,hehe jab otw nak hantar dah ni tunggu tau,kejab lagi sampai haha

    ReplyDelete
  10. Zie, tak merancang sebenarnya ni kebetulan ada majlis doa selamat so kak Noor buat banyak utk sedekah pastu anak2 pun boleh makan jugak heeee

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home