Dimsum Goreng Bidan Terjun

Dimsum Goreng Bidan Terjun


Kadang-kadang rasa teringin tu nak makan sesuatu tu tak dapat di tahan-tahan,apa lagi bila semua bahan dah ada cuma satu je,kisah nya sebab Kak Noor mencari kulit wantan ni lah sampai dua tiga stall masuk takde2 jugak,last call teringat kulit popia yang masih ada dalam frezer,terus lah guna apa yang ada buat dimsum goreng ni,dan rasa nya lebih ranggup dari guna kulit wantan or dumpling yang khusus untuk  dimsum ni..

Bahan-bahan nya Kak Noor olah ikut fav family akak jugak biasalah kalau tak derhaka sikit tak sah lah ikut style cik mat gebu hehe

  • Kulit popia secukupnya
  • 1/2 cawan isi ayam di cincang halus
  • 1/2 cawan isi udang dicincang
  • 1/2 cawan sengkuang dicincang halus
  • 1/2 cawan carrot dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • sos tiram secukup nya
  • daun bawang cincang secukupnya
  • sedikit bancuhan tepung jagung
  • sedikit serbuk lada hitam 
  • 1 biji telur 
  • sos Thailand dan cili padi


Cara membuatnya

  • Panaskan sedikit planta dan tumiskan bawang putih dah kuning masukan isi ayam, dan masaklah sehingga warna nya berubah
  • Masukan carrot,sengkuang,udang,serbuk lada hitam,sos tiram dan bancuhan tepung,garam dan sedikit gula,kacau lah biar sebati dan kering air nya



  • Akhir sekali masukan daun bawang dan boleh lah ditutup api dan biarkan sejuk
  • Ambil kulit popia,letakan inti ditengah dan gamkan dengan telur picit2 je kulit popia tu bagi melekat,buatlah sampai habis adunan
  • Goreng dengan minyak yang banyak yg sederhana panas sebab kulit popia mudah kuning so kena selalu balik2kan supaya rata masaknya..
  • Bila nak dihidangkan masukan sos Thailand hiriskan cilipadi dan bolehlah dicicah dengan dimsum goreng bidan terjun ni heheee sedap ranggup krup krup..

12 comments:

  1. Ooooo kulit wantan mmg ada laa, yg ni dpanggil dimsum.. saya panggil wantan je kak bila bli yong tau foo tuu..

    ReplyDelete
  2. tak kisahlah apa nak panggil Sheila janji benda nya sama dan rasa nya pun sama tak kan beli je kot buat lah dpt makan banyak orang haha

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah Qasey rasanya lebih ranggup dari kulit wantan sangat nyum2 <3

    ReplyDelete
  4. As'salam Kak Noor

    kalau dapat masuk dalam mulut ni masa rangup2 alangkan nikmatnya. memang sedap ditambah pula ada sos cecah lagilah laju jer masuk mulut...hihihi

    ReplyDelete
  5. waalikkumulsam Ct,thanks sudi singgah kat blog akak hee yalah mmg nikmat sngt dpt mkn dimsum yg ranggup ni sepiring pun habis tu kalau meratah je kan...

    ReplyDelete
  6. Selamat malam Kak Noor,sedapnya dimsum goreng kalau makan panas2...adeiii..rindu pulak sama dimsum goreng..
    Oh ya,terima kasih kak sudi singgah dan follow dapur Rahel..

    ReplyDelete
  7. Salam kak noor,memang sedap,iza kat sini dapat rasa kerangupan dimsum akak.Nanti boleh cuba gak.

    ReplyDelete
  8. salam kak noe
    rangup dan sedap..:) saya pun suka makan:)

    ReplyDelete
  9. selamat pagi Rahel, thanks jugak coz sudi follow akak ya,kalau rindu mesti buat baru hilang rindu dihati tu hee ala akak punya ni simple dimple je hehe

    ReplyDelete
  10. waalikumusalam Iza kalau hati dah tak sabar nak makan ni lah jadinya apa yg ada gohead je,tapi alhmdulillah tang ranggup tu yg besttt sangat

    ReplyDelete
  11. Zila, kalau beli mahal kan dimsum ni buat sendiri dpt makan banyak walaupun agak cerewet anak2 akak sangattttttttt suka ni..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home