Kari Ayam Hijau

Kari Ayam Hijau


Dah boring masak asyik warna merah2 ja hari ni anak Kak Noor minta kari hijau lah pulak,biasalah kita pun kalau asyik menu yang sama setiap hari bosan jugak kan,sebenonya kari hijau ni pun tak cukup syarat jugak sebab tak de daun limau purut,tapi janji hijau oklah tu kan,resepi nya pun kak Noor olah ikut citarasa keluarga lah yang suka pada pedas2 dan beraroma..

Bahan-bahan nya

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 batang serai *
  • 10 biji cili padi hijau *
  • 5 biji cili besar hijau *
  • 1 sudu ketumbar *
  • secukupnya daun ketumbar dan daun sadri *
  • secukupnya daun limau purut *
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Minyak untuk menumis
  • garam dan gula
  • tomato ceri dan bawang besar utk hiasan
Cara membuatnya
  • Kisar semua bahan2 yang bertanda * sehingga halus
  • Panaskan sedikit minyak dan masukan bahan kisar dan kacau sehingga layu dan wangi, biarkan sehingga pecah minyak.
  • Masukan ayam dan biarkan sebati dengan adunan rempah tadi,kalau perlu tambah sedikit air,bila ayam dah separuh masak masukan pati santan, asam keping,garam dan gula dan renihkan biarkan ia pecah minyak lagi sekali
  • Ikut kesukaan masing kalau mau berkuah boleh lah ditambah santan nya atau air pun ok jugak
  • Rasa lah masam masin dan manis nya dah puas hati boleh lah di angkat dan hidangkan bersama dengan nasi atau roti....


0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home