Kerabu Mangga Sempoi

Kerabu Mangga Sempoi


Hari ni nak menjamu selera Pak Haji, sebab dah selalu sangat ikut selera anak2,sesekali tu ikutlah selera darling hubby jugak hehee bukan nak ngampu ke tapiii kadang2 tu ngampu jugak hahaa nak berehat time weekend ni sebab kerabu ni tak banyak songeh sangat

Bahan nya simple je

  • 2 biji mangga muda dihiris kecil memanjang,jangan parut sebab nanti berair cepat
  • 10 biji cili padi hijau dan merah *
  • 2 ulas bawang merah *
  • sedikit ikan bilis dipanggang,akak masuk oven je bagi ranggup sikit
  • sedikit daun kemangi
  • sedikit kacang goreng tumbuk
  • sedikit air lemon
  • 1/2 biji bawang besar dihiris separuh bulat
  • garam dan gula secukup rasa


Tak payah masak pun

  • Tumbuk atau mesin kering bahan yang bertanda * siapa suka belacan boleh lah taruh belasan Pak hubby no like belacan so "mini" nya pun no bubuh lah heee
  • Gaul lah semua bahan mesin dengan mangga,ikan bilis,perahan lemon,garam dan gula jugak kacang tumbuk,dan taburkan dengan daum kemangi kat atas tu wallah !!!! sangat wangi dan sedap
  • Di ratah begitu saja pun ok ni utk kurangkan makan nasi makan kerabu ni dulu dah kenyang tentu nasi nya makan sikit je hahaa


 Rugi kalau sesiapa yang tak nak cuba menu pembangkit selera ni,yang penting hari ni tak percik2 minyak kat baju, bab tumbuk2 suruh je maid tumbuk hahaa...

9 comments:

  1. Slm k.nor,sama la asz selalu sgt ikut selera ank,kdg2 kn jugak iku selera bapaknya pulak,hehe. Sedap tgk kerabunya kak

    ReplyDelete
  2. kebetulan sama resepi ktia arini,memang simple je buat dia,

    ReplyDelete
  3. walikmslam As,yalah kita selalu lupakan selera utk bapa dan diri sendiri kan,sesekali layan ni best jugak kan, masak ape hari ni As..

    ReplyDelete
  4. oh ya Linda akak sempoi2 je sbb nak taruh macam2 ada yang tak gemo,so buat seadanya saja janji kerabu dia orang makan hehee apa kabar Linda lama tak dengar berita semoga happy lah bersama family ya

    ReplyDelete
  5. Salam kak noor...kecur ayar liur iza ni..baru tengok gambar je tu...kalau makan ni...,mak mertua lalu pun x sedar...

    ReplyDelete
  6. waalikumsalam Iza, yalah makan ni kena duk sorang2 depan tv habis ni semangkok bosar pun tanpa sedar..

    ReplyDelete
  7. Salam Kak nOorrrr.. sedapnya.. dah keluar peluh dah ni... pelam muda ada kat raga tu nak membikinnya malas lah sangat.. nak sikit aje... sikittttt naaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... jadilah... hehhehe

    ReplyDelete
  8. Shaaaaaaaaaaa awat lambat sampai dah habis dah sebab ada dua biji ja nanti lah tengok2 lagi kalau ada disebalik daun nak kena jolok lagi lah gamaknya kalau Sha nak heheeee,kak Noor rajin kalau macam ni sbb nak bodek pak hubby hahahaa

    ReplyDelete
  9. singgah pagi2 ni sure dah habis ni kak.
    tadi tgk masa kat KLCC telan jer air liur ni hi..hi...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home