Muffin Chocolates Brownies

Muffin Chocolates Brownies

 Muffin ni memang lah kegemaran Kak Noor sebab dia tak de krim apa2 kat atas tu memang suka sangat lah apa lagi bila tengok muffin yang dibuat oleh Qasey Honey tu kacang nya mewah menambahkan lagi rasa nak makan muffin,hari ni Kak Noor rajinkan diri sebab dah termimpikan muffin ni hahaha walaupun cuaca nya panas membahang tetap jugak selera tak berubah haha,tapi memandangkan kat dalam rumah ada yang tak suka dengan segala jenis kacang,terpaksa lah Kak Noor jadi guru matematik jab membahagikan separuh dibubuh coklat chip dan separuh dibubuh badam

Untuk pencinta muffin memang sedap lah apa lagi kalau makan time panas2 lepas kuar dari oven tu,akak minta kongsikan jugak resepi dari QH ya, sebenonya dulu dah minta resepi dari puan punya ni muffin ni heheee,bahan2 nya taklah banyak sangat hanya bahan2 biasa yang ada kat umah orang yang suka main masak-masak...

  • 140 gm mentega
  • 105 gm converture di cairkan ( coklat yang tinggi kandungan koko )
  • 28 gm gula kastor
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanilla
  • 140 gm walnut ( akak guna 70 gm badam dan 70 gm coklat chip )
  • 3 biji telur
Cara nak buat
  • Pukul mentega dan gula sehingga kembang,dan masukan telur satu persatu dan pukul lagi
  • Tuangkan coklat cair dan kacau lah sehingga rata
  • Masukan tepung, esen vanilla dan baking powder dan pukul lagi sehingga kembang
  • Sebelum masuk badam dan coklat chip Kak Noor bahagi dua adunan ni dan separuh diletak badam dan separuh lagi di letak coklat chip
  • Kak Noor masukan dalam piping bag dan picitkan dalam acuan muffin dan letakan badam dan coklat chip dan bakar lah pada suhu 180'C selama 20 ke 25 minit
  • Begitu lah kalau jadi tukang masak sanggup berkorban demi orang2 tersayang hehee
  • BERKORBAN APA SAJA HARTA ATAU NYAWAAAA......kata P. Ramlee lah..


19 comments:

  1. wah kak Noor sedapnya, tgh lapar ni...
    harini gantung peyok.. mlm nazid ada diner...
    nak seketul kak

    ReplyDelete
  2. tiga ketoi pun boleh Qis kalau dok sebelah kan...wah selalu pun gantung peyok kan lama dapur tu tentu bersih takyah cuci2 lagi best jugak tu save segala nya

    ReplyDelete
  3. ha..ha.. memang dah lama x masak kak.. baru smlm tu pun tak habis tu yang malas nak masak ekekkee...

    ReplyDelete
  4. salam kak nor..rajinya memmapin..comel2 lg:)

    ReplyDelete
  5. makan 2 orang sbb tulah lambat habis,kalau ramai mmglah pantang masak je habis kena ramaikan umah tu Qis

    ReplyDelete
  6. time rajin ni Zila kalau penyakit M dtg gigit jari jugak heheeee

    ReplyDelete
  7. Salam kak noor...rajin akak memafin.mintak cikit leh..

    ReplyDelete
  8. wlikmslalam Iza, hari ni cuti sekolah kat sini rajin lah sbb anak2 kat umah

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kak noor.. saya pun duk simpan dlm list muffin ni. geram pulak nengokkan muffin akak tuh.. tapi belum sempat nak try. haishh bila la nak buat ni. hehe

    ReplyDelete
  10. Salam...
    Nak juga...suka sesangat makan muffin,jap lagi sy pun nk memuffin.Anak2 suke sbbnye..

    ReplyDelete
  11. asslm Kak Noor...terima kasih yer sudi cuba resepi dr QH...tharu rasanya...kak mintak 1 bleh....tetiba teringin nk mkn muffin tu plak...terasa kesedapannya...hehehe

    ReplyDelete
  12. waalikumuslaam Izah,jgn dok simpan lama snagat resepi tu nanti kena tuan dia marah tk cuba hehee tapi berbaloii lah sedap sbb dlm umah akak semua kaki muffin

    ReplyDelete
  13. wlikmslam Rohah,kalau anak2 suke pasti ibu nya tak lama tunggu utk buat ke mama nya yg suke heeheee

    ReplyDelete
  14. waalikumuslam Qasey,ala akak punya muffin tkleh lawan sifu nya yg nampak lebih menariksss dan tertarikss gitu tkpe nnti nak buat lagi ni sbb ada permintaan hehe

    ReplyDelete
  15. Salam perkenalan dari sy....

    Muffin cokelat ni kalau dicampur dengan kekacang pun sedap, dengan chipmore pun sedapppp sangat.

    ReplyDelete
  16. Salam Kak Noor.. nak satu aje.... takut mintak banyak tak dapat hehehee

    ReplyDelete
  17. salam kenal jugak dari akak ya Mas terimakasih sudi singgah kat sini ya memang dua2 nya pun sedapppppp bangat tapi bagi akak fav sangat dgn kacang tk kira kacang ape mesti likeeeeeeee

    ReplyDelete
  18. Sha, kalau sekadar satu tu rasanya ok kot masih ada nih tukar lah dengan chips tadi tu hahaa

    ReplyDelete
  19. Wahhh...sedapnya...saya kalau buat muffin mesti tak naik gebu....lagi 1, coklat chip kat atas tu mesti cair...tak nampak ketul2 cam gambar Kak Noor tu....ada petua ke Kak Noor?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home