Murtabak Ayam Cik Jah

Murtabak Ayam Cik Jah


Resepi murtabak ni kak Noor dah ambik lama dah dari adik kak Noor nun jauh di Kedah sana sebab memang dah tersohor resepi nya ni hehee, kalau letak kat pasar malam tu memang laris lah sekejab je licin,tapi dah tinggal jauh ni terpaksalah kena buat sendiri walaupun agak malas sangat pada mula nya,dah tanya anak2 nak tak mama buatkan murtabak yang Cik buat tu,masing2 angkat tangan,aduiii nampak gaya nya memang kena buat lah ni..

Dua hari dok study resepi macam susah jugak  sebab tak pernah buat tapi bila dah buat tu macam tak lah susah sangat pun,lepas ni ada lagi yang request murtabak daging lah pulak,mesti kena buat lagi ni,bahan2nya boleh tahan jugak ni tapi kalau dah teringin nak makan walaupun bahan panjang berjela pasti nak buat jugak kan

Untuk Doh

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 5 sudu susu pekat
  • Air panas secukupnya
Semua bahan2 di atas dicampur dan dibancuh dengan air panas,tak lah panas yang menggelegak tu tapi janji boleh di uli dengan tangan kira oklah tu,jangan pulak terlalu sejuk ya,pastu jadikan doh lah buat bulat2 biasanya dapat lah dalam 20 biji itu kata sifu Jah, kalau boleh buat awal doh semalaman ke masuk dalam petiais baru lembut senang ditebar,opps lupa pulak dah jadi bulat2 tu letakan sedikit planta di atas bola golf kita tu heee

Untuk Inti 
  • 2 sudu rempah daging
  • 2 sudu rempah kurma
  • 1 sudu rempah masala
  • 4 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • sedikit kayu manis dan bunga lawang
  • 3 biji kentang dipotong dadu
  • 2 cawan daging ayam cincang
  • garam dan gula dan sedikit minyak untuk menumis
Cara masak inti
  • Tumbuk lumat bahan yang bertanda * dan tumislah dengan sedikit minyak bersama2 dengan kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi masukan tiga jenis rempah tadi.
  • Kacau sehingga sebati dan pecah minyak masukan daging ayam dan kentang,masaklah sehingga kedua2nya lembut masukan gula dan garam secukupnya dan ketepikan.


Bahan-bahan sayur

  • 1/2 biji kobis dihiris kecil
  • 2 biji bawang besar dhiris kecil
  • daun sup dan daun bawang  secukupnya dihiris kecil
  • 4 biji telur
Cara nak buat murtabak
  • Ambil 2 senduk atau lebih inti yang dimasak tadi,gaulkan dengan telur,bawang besar, daun sup dan daun bawang jugak kobis dan gaul lah sebati.
  • Ambil doh tebarkan nipis2 dan masukan inti dan lipat lah kiri kanan depan belakang hehehe pastu gorenglah dengan sedikit planta sampai garing
  • Time menggoreng ni yang tak tahan wangi sangatttttttt, boleh dimakan dengan kari ke,makan begitu saja pun orait gak..
  • Buatlah sampai habis doh tu,tapi kalau tak habis dapat disimpan dalam petiais tau asal jangan lama sangat, kalau apa2 hal terjadi gue tak tanggung jawab tau..



Lazatttt sangat dimakan panas2 lepas goreng tu 10 biji kejab saja licin oleh kami berempat,tu belum lagi anak yang kat luar negeri tu balik,kalau budak2 tu balik mesti double adunan murtabak ni sebab semuanya hantu samaada roti canai ke murtabak ke,alahai kesian anak mama yang jauh tu Faizah, Maisarah dan Nabilah takpe ujung bulan Jun kita dah boleh jumpa dan kita makan dan kalau perlu mama buat kat sana ok heheee

13 comments:

  1. assalamualaikum

    sedap mkn murtabak panas2kn...
    tgk murtabak teringat bulan pose lak... hubby mesti beli tuk juadah buka puasa :)))

    ReplyDelete
  2. sedapnyeer
    .nk cuba lah! ank2 sy pun hntu murtabak..

    ReplyDelete
  3. Morning kak Noor,
    amboi bagi perangat nampak...
    teringat murtabak JB/Singapore yang maha sedap tu...
    (jeling-jeling nazid kot2 nak g Jb next week hi..hi..)

    ReplyDelete
  4. waalikumuslam Mas,kak Noor tak sempat nak tunggu bulan pose ni praktis dulu nnti bulan pose tkyah beli kadang2 tk sedap jugak yg beli hehe fav smua lah kalau murtabak ni Mas kan..

    ReplyDelete
  5. mama Sue silakan cuba mula2 je kita rasa susah tapi lepas tu rasanya tklah susah sngt alah bisa tegal biasa betul tak??

    ReplyDelete
  6. morning jugak utk Qis hahaa nak perangat pada orang yg selau gantung peyok ni supaya rajin,kirimkan satu yg kat JB tu ya nnti bila kesana heheee

    ReplyDelete
  7. Kak Noor kirim salam dengan Kak Jah! meletop!

    ReplyDelete
  8. Shaaaaaaaaaaa dah kirimsalam dah ni melatop dlm perut bah ni..

    ReplyDelete
  9. alahai akak, tengok pon dah terliur..
    buat frozen kak, pos ke langkawi..
    kat saye~~ hehhe

    ReplyDelete
  10. orait Nisah tunggu ah dalam 2,3 hari sampai lah tu heheee
    tapi kalau tak sampai mmg jatuh kat dlm laut tu kott dimakan ikan

    ReplyDelete
  11. erm jatuh ke laut, kenyang ikan josh makan hehe

    ReplyDelete
  12. kabarnya ikan josh tak makan murtabak Nisah dia makan orang buat murtabak hahaaaa

    ReplyDelete
  13. Murtabak husain nasi kandar terbaik.x caya p try lokasi dpn hptal sultanah n pekan baru sg petani

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home