Nasi Goreng Cornbeef Rainbow

Nasi Goreng Cornbeef Rainbow


Assalamualaikum pada siapa yang sudi singgah kat sini, hari ni Kak Noor nak masak 2 in 1 masak pagi dapat makan dua kali pagi dan tenghari save masa dan tenaga,lagipun nasi goreng cornbeef ni lama dah tak buat jadinya kalau makan sekali je tentu anak2 tak puas hehee * tu ayat mama yang agak malas sikit hari ni heehe,terus ke bahan2 nya ya apa yang ada kat dalam petiais tu Kak Noor masukan je sebab nak habiskan stok esuk nak shopping sayur dan segala macam..


Sebenarnya untuk nasi goreng ni Kak Noor terpaksa masak nasi baru  semata-mata nak buat nasi goreng sebab nasi semalam dah licin,lagipun nak makan dua kali mesti guna nasi yang agak banyak lah,kak Noor bagitau bahan2 je ya sebab sukatan nasi tu terpulang lah pada individu lah nak masak untuk sorang ke untuk ramai ...
Bahan2nya

  • Nasi secukupnya 
  • 1 tin cornbeef atau daging cincang
  • Sayuran ikut ada yang ada ya,disini akak guna capsicum hijau dan kuning,kacang panjang dan carrot
  • 10 biji cili padi nakkurang atau lebih hak asasi sendiri ..
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • Telur secukupnya
  • secukupnya sos tiram
  • garam dan sedikit gula
  • minyak untuk menumis
Cara nak masak
  • Bawang merah, bawang putih dan cili padi di mesin kasar dan tumis lah bersama minyak secukupnya,biarkan sehingga wangi masukan cornbeef dan kacaulah sehingga sebati
  • Masukan sayuran,sos tiram,nasi,garam dan sedkikit gula ya * dah jadi tabiat mesti masuk gula dalam apa saja masakan tapi kalau ada yg tak suka lupakan je ..
  • Masa nak hidang buatlah telur mata lembu letak kat atas tu mesti anak2 terbuka mata besar tengok nasi goreng ni heehee
  • Sebenarnya makan nasi goreng ni dah lengkap sebab semua sayuran dah cukup tapi Mr hubby ni tak boleh kering2 maklum lah dah berumur mesti nak yang berkuah jugak so kak Noor buat tomyam ayam simple2 je janji ada kuah
  • Dah siap menu simple dan cepat hari ni yang berkaler2 bak rainbow 
  • Kalau rajin boleh lah buat kueh untuk petang kalau tak telan air liur je tengok kueh orang heeee




10 comments:

  1. Salam Kak Norr ohhh sedap giler tu! kecur tahap 29! dah nniiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... nak sikit kak noor... telur yang menggiurkan tu nak 3.. jus limau satu ais nak sikit je hehehee... bestnya! serius teringin ni rasa cornbeef tu yang lemak masin adoii terasa2 dah ni..

    ReplyDelete
  2. Assalam kak Noor....pssst....nak cakap satu rahsia ni....hehe Watie tak pernah beli corn beef..tapi tahu kewujudannya....Entah kenapa tak pernah pulak terlintas nak menggunakan nya...sebab kat sini senang dapat stok daging fresh kot!! Hubby lak cakap tu makanan dia masa kem pengakap kecik2 dulu!!..mesti sedap kan...kalau ada rasa lemak masin gitu!!!Kak Noor...meh le kita tukar sepinggan sorang mee dengan nasi Akak tu!

    ReplyDelete
  3. wlikmuslam Sha, kenapa tak tambah kecur tahap 30 hahaa satu angka je lagi tu telur 3 otw dah tu Sha harap menunggu ya jus limau pun dah packing dah Sha tunggu makan je lagi dengan nasi goreng yg lemak2 merdu ni heeeeeee

    ReplyDelete
  4. wlikmuslam Watie, akak pun amatttttt jarang beli cornbeef ni tapi baru ni gi kuar makan ternampak menu kat restoran tu nasi goreng cornbeef so anak2 ni order lah sedapppppp tu lah tak puas makan mama kena masak lagi,kalau dpt nak tukar lah Watie dgn mee tu tkdpt mee bagi udang cukup lah haha

    ReplyDelete
  5. tentu sedap nasi goreng ni ya..kak nor

    ReplyDelete
  6. berselera tgk nasi goreng ni...mesti sedap ni kan...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah Fatmasha,nasi goreng ornag malas ni heee thanks ya sudi follow akak..

    ReplyDelete
  8. anak2 kata sedap Qasey mama pun happy lah kejab sedap lah kot tu kan heee

    ReplyDelete
  9. Wah nasi goreng pun rainbow ni kan. Leh buat menu baru digerai2.. Hehe.. Sedap menarik seleraa

    ReplyDelete
  10. Izah,oh menu baru ke ni tak tau pulak akak,boleh lah try tokai yang pasti anak2 suka serve panassss memang sedapp hee

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home