Puff Kastard

Puff Kastard

Selamat petang semua adik2 kak Noor ,menu apa agaknya untuk minum petang ni ya,untuk peneman sang kopi ke,sang teh ke atau sang kesukaan masing2 lah tak kisahlah janji happy
Petang ni akak macam malas2 rajin gitu so mencari pastri puff  dalam frezer yang dah lama beli tapi belum ada mood nak buat,tak banyak songeh sangat cuma masak kastard je untuk resepi ni boleh dikatakan mudah jugak lah lagipun buah strawberry dan anggur tu dah tinggal sikit sebelum kehabisan dalam perut biar buat sesuatu bagi berbaloi2 kan


Bahan2nya
Puff pastri jenama KAWAN secukupnya
Buah 2 fav masing2 di belah dan dilapkan kering
Kuning telur untuk disapu di atas puff

Bahan2 kastard
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula 
1 1/2 cawan susu segar atau susu cair
1 sudu teh esen vanilla
sedikit mentega


Untuk pastri
Untuk yang saiz besar ni Kak Noor main pusing2 je sebab pernah makan yang orang buat  pastu buat jugak yang kecil2 supaya senang nak masuk mulut lagipun pastri ni macam rapuh bila dah masak jadi kalau buat kecil2 lebih mudah lah
Kak Noor potong puff pastri tu dan masukan dalam acuan tart yang comel dan tekan2 sikit lah kemudian sapukan dengan telur baru dimasuk oven pada suhu 180C selama 20 -25 minit


Untuk Kastard
Masak semua bahan2 kastard kecuali mentega sehingga pekat dengan menggunakan api yang kecil supaya tidak hangus slow and steady lah 
dah macam kilat2 sikit tu boleh lah ditutup api dan masukan mentega sambil dikacau rata


Untuk membuat Puff  Kastard
Ambil puff yang sudah dimasak tadi masukan kastard ditengah nya susun lah buah ikut kreativiti masing2 
nak lebihan buah ke kastard terpulanglah kita yang nak makan, akak suka lebih2 kastard tu SODAP BAH ..

!

16 comments:

  1. salam kak nor..
    sedapnya kak..arinie x sempat lunch lg..nengok nie alahaiii..terliur betul:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai Zila adik akak tk sempat lunch ke ni akak dah second round udah ni tkpe tengok ni pasti kenyang heheee

      Delete
  2. Salam kak Noor...sedap tuu...Iza ada beli gak puff pastri tu..x tau nak buat apa lagi..Thanks kak Noor bagi idea..nanti boleh cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita Iza beli nya kemain tapi sampai lupa tut2 teringat baru kelam kabut nak buat heee

      Delete
  3. Hi Kak Noor, amboi... cantik dan sedappp.... betul puff kastard akak. Nak minta 2 untuk tea break, hehehe...

    Jumpa lagi.. bye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai hai Ame,nah ambik lah semua kat atas tu akak dah ada ni di sorokan utk makan malam pulak hehee

      Delete
  4. asslm Kak Noor...sedapnye QH tgk cream puff tu...kecur n tliur la...QH pon suka idea ni...

    ReplyDelete
  5. elikmsalm Qasey, akak suke ni sbb ia ranggup dan berderai gitu marbeles gitu dong..

    ReplyDelete
  6. betul tu Kak Noor..wat kecik2 tu senang nak ngap masuk mulut... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. CikWan,idea nya supaya tk lambat masyuk mulut cepat mkan cepat kenyang heheee

      Delete
  7. Salam kak noor! sedapnyerrrr! kita tak pernah buat puff sendirik, kalau pratha jenama kwn ada tp yg puff pastry ni takde, jenama lain ada tp sampai skrg tak tersentuh lagi hiihi... bila ntah nak rajin, nak2 skrg dah sibuk huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kesian Ika,tulah dok jauh2 sabaq sja lah nak guna pratha tak patut jugak tu hehe nak akak hantar ke ni hehee

      Delete
  8. Salam Kak noor taiko lama... wahhh ini sedap ni.... rajinnya kak noor... cantiknya! sha suka naaa..... nak membikin malas... nak mintak banyak boleh tak kak noor cayang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taiko lama nak jawab ni Sha, jgn ckp tako udah lah nnti kena makan pulak tkdak masak lagi haru tu Sha....
      nak mkan Sha mestilah rajin takut kurus nnti tak cukup makan hahaaha

      Delete
  9. salam kak noor .bila tertengok kak noor tayang ni terlintas dlaam fridge rumah ni ada 5 keping je lagi puff pastry kawan ni .. tak lah terusik2 ..mula2 buntu gak apa la nak buat lagi dengan pastry ni hihi... ni idea dah mula datang dah ni .. banyak je kak norr buat habis ke tu .. meh hantar sini gak.. hihi

    ReplyDelete
  10. Jenuh cari pastry kawan ni kat sini tp x jumpa..huhu... rajin la kak noor ni..nampak cantik n sedap tuu...


    p/s: puding jagung tu boleh je ganti guna jagung fresh kak..kena rebus/kukus terlebih dulu la kot takut nanti x masak lak kan sbb masa gaul ngan adunan tu pun jap je..hehe

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home