Sambal Udang Petai Banjir

Sambal Udang Petai Banjir

Sambal Udang Petai Banjir 

Dah lama teringin nak masak sambal ber petai2 ni tapi sebab terlalu sibuk terpaksa pendamkan dulu,lagipun akak masak akak je yang makan sorang hahaaa kesian kan, kalau masak ni mesti kena buat sambal tumis lain lagi untuk anak2 dan bapa anak, diaorang tak pandang pun yang ni,mungkin tak pandai nak menilai kehebatan dan kelazatan  petai ni kot kan,biarkan saja kak Noor dapat makan banyak heeeeeeee


Sambal ni Kak Noor makan dengan nasi lemak tulah sebab nya terlebih banjir sikit tu,nasi lemak kalau tak banyak sambal tak sah,jadi biarlah dia banjir sikit musim hujan2 ni kan heee

Bahan2nya macam sambal tumis biasalah tapi kak Noor tak letak belacan pun sebab boss akak alergik to belacan jadi nya malas lah nak bubuh jugak,akak masak banyak sebenarnya separuh untuk sambal ikan bilis dan separuh lagi utk sambal udang petai ni save masa dan kerja jugak kan

  • 10 ekor udang segar di bersihkan
  • petai secukupnya
  • 4 sudu cili kering kisar
  • 3 ulas bawang putih *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 1 sdu besar gula merah
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • garam dan sedikit minyak


Cara membuatnya

  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga layu dan wangi masukan cili kisar,dan gorenglah sehingga pecah minyak
  • Masukan air asam,gula merah dan garam,kalau nak banjir macam ni tambahlah air banyak2 hahaa
  • Dah rasa semua nya boleh lah masukan udang, tak perlu lama sangat udang di atas api nanti jadi keras pulak,dah udang masak baru masukan petai,just kacau2 je petai tu kalau over cook nanti warna nya jadi kelabu gitu dah tak hijo..
  • Sedap dihidangkan dengan nasi lemak ke nasi putih biasa pun sangat sedap jugak,yang pasti kalau ada sambal petai nasi mesti kena masak lebihhhhhhhhhhhh...


4 comments:

  1. salam kak ..Alamak...petai my fabret too.Dah lama mengidam nak makan petai, x kesampaian lagi.Kalau kite tak nak ada ja kat market tu...Bila nak x da la pulak.Tapi tak pa tengok sambal petai akak,hilang ngidam ku..

    ReplyDelete
  2. wlikmslaam Iza mmg betul kan kalau kita tak mau ada je kan bersepah2 tpi time kita dok mengidam bayang pun tk nampak,ni pun akak beli kat supermarket yg dah siap berkupas tu teringin punya pasal beli jalah janji bau petai haha

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Noor. suka tau menggoda! tak tahan dah ni.. sambil lap mulut alaaa... nak jugak!

    ReplyDelete
  4. wlkmslaam Sha, amboiii dia tu lagi la menggoda dgn menu ala2 barat2 gitu kak noor ni alahai yg zaman dulu2 punya ni haha

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home