Sarak Capsicum Trafic Light

Sarak Capsicum Trafic Light


Dah lama teringin nak makan sarak ni tapi dok tertangguh sebab tak cukup syarat biasa lah capsicum kuning tu susah nak cari,dah jumpa pulak tak bekenan dihati tak fresh selagi belum puas hati kak Noor memang tak beli sebab duit kita kan mesti dapatkan barang terbaik jugak bukan kedekut tapi memilih hahaa apa2 aja lah


Bahan-bahan nya

  • 3 biji capsicum merah hijau dan kuning
  • 1/2 cawan isi ikan direbus *
  • 1/2 cawan kelapa parut *
  • 1 sudu lada hitam *
  • 1/2 inci halia *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 5 biji cili padi *
  • 1 sudu jintan putih *
  • 1/2 cawan santan pekat
  • garam dan gula jugak sedikit air asam jawa
Cara membuatnya
  • Kisar semua bahan yang bertanda * dengan mennggunakan kisar kering supaya ia nya tak ber air sangat
  • Panggang capsicum atau kukus pun boleh tapi kalau kukus warna nya tak cantik,kalau panggang insyaallah warna traffic light tu masih ceria
  • Ambil bahan kisar campurkan dengan garam,gula dan asam dan masak lah dengan sedikit pati santan,kacau selalu supaya  tak pecah minyak
  • Bila dah masak masukan bahan kisar tadi kedalam capsicum dan bolehlah dipanggang atau dikukus lagi sekali
  • Lebihan intinya boleh lah diletakan disekeliling capsicum bila nak hidangkan



6 comments:

  1. Assalam ni nampak cam solok lada yang makan dengan nasi kerabu tu kan!!! Watie suka solok lada..tentu Watie suka juga saran ni Kak!

    Dah traffic light...kena STOP >>LOOK & GO lah ya kak!! Gurau jer ya!!

    ReplyDelete
  2. waalikkumusalam Watie, lebihkurang jelah dgn solok lada tu tapi up sikit guna capsicum,biar kaler2 ngancam boleh stop look go segala haha

    ReplyDelete
  3. kak nor,ooo..cam solok kita makan dengan nasi kerabu tu kan...sedap2. yela ngancam kalau byk kaler.

    ReplyDelete
  4. yalah dilla solok lada lah ni tapi akak olah sikit je guna capsicum tu dan makan pun dengan nasi putih je bukan ape syok tengok kaler2 tu

    ReplyDelete
  5. Mula-mula makan yang hijau... pastu yang kuning.. last sekali yang keler merah kak noor pastu baru STOP! hehhee.. i like...:)))

    ReplyDelete
  6. hahaha pandai cik masterchef ni lepas makan semua terduduk jdi ulaw besaw dah tak dapat bangun lagi memang lintang pukang jlanraya tkde traffic lagi ehehe

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home