Udang Caca Marba

Udang Caca Marba


Menu ni orang-orang yang ada kolestrol tak boleh tumpang tau!! tumpang tengok boleh lah biarlah yang takde kolestrol ja yang mamam,tapi untuk yang teringin jugak boleh lah ambik selain dari udang tu gerenti takde kolestrol punya seperti tomato,capsicum dan sayuran lain, cukuplah tu ada jugak rasa udang kan heheee,tapi kalua teirngin jugak makan lah sakit sendiri tanggung tau!!!

Bahan-bahan nya

  • 1/2 kg udang sederhana dibuang kulit gaul garam dan kunyit
  • 2 sudu cili flakes
  • 3 biji tomato ceri kalau guna tomato biasa dibelah lah ya
  • 1/2 biji capsicum merah ditpotong kecil
  • 1/2 biji capsicum hijau dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar potong bulat
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 1 sudu sos tiram
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula sikit
Cara membuatnya
  • Panaskan kuali dan tumislah bawang putih sehingga wangi dan layu masukan capsicum,sos tiram,air asam jawa dan udang,kacau lah sampai sebati
  • Sudah mendidih masukan cili flakes,bawang besar jugak tomato ceri,kalau belum terasa masin boleh masukan lagi sebab sos tiram dah masin so kena pandai imbangkan lah jangan terover masin nanti kes lain lagi timbul kan hehe
  • Masak udang tak boleh terlalu lama nanti udangnya keras so bila mendidih tu boleh lah diangkat ya.


Sedap dimakan dengan nasi panas tak payah sayor pun dah ok sebab dalam ni udah ada sayor dan segala nya kan so save bajet sikit..

4 comments:

  1. asslm kak...lauk caca marba ni la yg sedapppp...nmpk myerelakan...kelassss...

    ReplyDelete
  2. waalikumuslam Qasey hehee memang betul lah tu nasi tambah please!! aduiii kalau tak caca marba lagi bahaya tu kan hehee

    ReplyDelete
  3. salam kak nor..
    x wahhh caca marba yer..tu ler yg sedaappp..lg2 mkn time laparr..dh x nampak kiri kanan dah..:)

    ReplyDelete
  4. lain kali kena baut caca marba gamaknya ni zila kan supaya makan penuh sopan santun tak toleh kiri kanan haahaaa

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home