Waffle Nuttela

Waffle Nuttela


Menu ringkas untuk anak pergi sekolah,cepat dan sedappp apa lagi makan time panas2 tu,anak dara sorang kat umah ni memang cinta habis dengan waffle ni tapi tak mau filling yang lain selain dari nuttela saja,kalau selalu buat waffle ni nuttela sebotol bosar pun boleh habis seminggu hehe

Bahan-bahan nya

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 sudu minyak sayur( minyak biasa pun ok)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • topping nuttela ke peanut butter ke,kaya ke terpulang taste sendiri
  • aiskrim, madu dan syrup apa2 pun boleh dimakan dengan waffle ni,selera ditangan sendiri ya
Cara membuatnya
  • Panaskan waffle maker
  • Pukul telur sehingga berbuih dan campurkan semua bahan2 lain dan kacaulah sehingga sebati
  • Tuangkan bancuhan waffle ke dalam waffle maker pastikan tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak,sebab kalau sedikit tak nampak pattern,tapi kalau banyak mellimpah ruah susah pulak comot jadinya,jadinya ikut arahan ada waffle maker masing2 ya
  • Buatlah sehingga habis adunan dan hidangkan dengan toping kegemaran masing2 ya ..


Kalau kat umah kak Noor ni satu adunan tu sekali hadap je haha kalau nak lebihkan double kan adunan ya sebab adunan dapat dalam 3 keping je...

4 comments:

  1. Salam kak noor..sedap nampak..memang sedap waffle nikan,anak iza pun suka,pantang nampak kat shoping komplex,mesti minta di belikan.Teringin nak buat gak,tapi waffle maker x dak.

    ReplyDelete
  2. Salam KAk Noor... wahh waffles kesukaan anak2 sha.... baru minggu lepas dapat membeli acuan waffles... mencubanya belum.. ni dah ada resipe nanti sha nak cuba.. tq kak noor...muahh

    ReplyDelete
  3. waalikumuslam Iza,sama lah anak akak pun pantang jumpa je nak beli kalau time malas mmg beli jugak hehe,kalau nak buat tkde waffle maker boleh gak guna acuan pancake yg kuali kecik tu pastu lipat ke or biar macam tu je pun ok Iza...

    ReplyDelete
  4. Sha, akak pun tak sanggup beli acuan kat brunei ni mahaiiiiiiiiii haha,anak2 balik setahun sekali kirim je disana lebih murah hanya beberapa pound je save bajet kak Noor semiggu sekali mesti durnag minta buat itu belum lagi kalau shopping terjumpa mmg beli lah hantu betul lah kan budak2 ni..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home