Ayam Kuning Berjintan

Ayam Kuning Berjintan



ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk semua yang sudi singgah di dapur kak Noor ni
Hari ni teman2 diMalaysia nampaknya sudah bercuti,tapi akak di Brunei masih on lagi sekolah belum start cuti INSYAALLAH minggu depan lagi seminggu lah giliran orang2 Brunei lagi ber hora2 tapi dah tua2 ni taklah se hora mana pun hari2 pun mesti ke dapur jugak,lagipun cuti sekolah seminggu cuma pejam celik celik pejam dah buka sekolah semulah kan.....



Hari ni sebenarnya akak memang ada kenduri kawin tapi biasa lah anak2 sekarang ni kalau dah besar dah tak mau ikut lagi ke majlis kawin mawin ni panas katanya,tapi walaupun sekarang dah banyak keja kawin buat kat dewan yang ber aircond gitu masih jugak anak2 tak mau ikut,ALASAN NYA lama menunggu time untuk makan tu,mungkin ada yang tak tau style orang2 Brunei yang makan nya sekaligus,kalau dalam kad jemputan tu tulis pukul 12 makan jangan datang lewat alamat balik perut kosong lah sebab semua makanan sudah di simpan balik hahahaaa itulah tradisi orang2 Brunei yang mesti di ikut tapi rasanya cara ni tak memenatkan tuan rumah kan,lepas tetamu makan tuan rumah dan boleh santai sebab memang takde orang lagi kecuali keluarga saja,aduhh membebel pulak akak ni kan,jom tengok resepi hari ni..




Bahan2nya
 1/2 ekor ayam dipotong kecil dan dibersihkan
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci kunyit hidup *
5 biji cili padi *
2 keping asam keping
1 sudu jintan manis digoreng tanpa minyak dan dimesin kering
1 sudu jintan putih digoreng dan dimesin kering jugak
1 batang serai di ketuk
beberapa keping daun limau purut
cili hijau besar secukupnya dibelah
beberapa biji tomato dibelah
garam  dan gula secukup rasa

Cara nya
Kisarkan bahan2 yang bertanda * sehingga halus
Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan2 kisar sehingga wangi masukan serai dan ayam dan biarkan bahan2 kisar sebati dengan ayam,kalau perlu boleh lah tambah sedikit air
Masak lah sehingga ayam betul2 lembut masukan garam dan gula jugak asam keping,cili hijau,daun limau dan buah tomato,rasa lah ikut kegemaran masing2 masam,manis,pedas,masin wajib tu kan
Boleh jugak dimasak sehingga kering atau dibasahkan tambah lah air utk yang suka menghirup kuah ok
Makan dengan nasi yang panas dah lengkap ni 
SELAMAT MENCUBA PADA YANG SUDI
PADA YANG TAK SUKA TENGOK AJE LAH YA HEHEEEE...



Lepas ni nak gi orang kawin makanan ni ditinggal kan untuk anak2 disamping lauk fav dia orang ayam goreng dan sayor,biasa lah anak2 tkde ayam goreng tak sah lah makan nasi heee


7 comments:

  1. Kak Noor! sepinggan boleh??hihihi..mane bleh tengok2 ajer...meleleh la.. ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikwan cayang,kalau ada bukan sepinggan dua pinggan pun akak kasi tau free of charge lagi U....

      Delete
  2. Salam k.Noor.dtg jamu mata dg lauk k.Noor. citer ttg kenduri di Brunei, teringat masa di pergi kenduri di sana....satu pengalaman baru, tunggu masa mkn....semua mkn serentak...ramai2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmslam mamasya,ala lauk simple ja tu..
      kak Noor dulu pun mmg terkejut jugak dgn cara orang2 Brunei tapi lama2 dah biasa lah jd sbelum dtg jangan kosong sngt perut tu nanti kang pengsan menunggu time makan tu hahaha..

      Delete
  3. Selamat malam Kak Noor..
    mesti sudah tidur ni...hehe..
    singgah sekejap ni tengok2 ayam masak kuning berjintan..sedapnya tu..kaw2 lagi kuahnya tu..

    ReplyDelete
  4. HelloKak Noor, wow! I wish I am your neighbour. I bring durian for you, maybe dapat jemput makan ni ayam kuning. Looks soooo sedap best!
    Ni la masuk satu spoon dalam mulut nama mak pun lupa, ha ha.
    Da tentu tiga pinggan nasi lichin, ha ha.
    You have a nice day, keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  5. wah kak nor. nampak menyelerakan lah.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home