Fettucini Aglio Olio with Seafood

Fettucini Aglio Olio with Seafood


Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!!! semalam seharian busy sampai takda masa langsung
nak update entry ni sekadar mengomen sikit2 terbang sana sini kat blog kenkawan sekejab2
lepas tu terpaksa off lagi tugasan menunggu
biasalah surirumah TERLEBIH MASA  macam Akak ni yang merangkap macam2 tugas
yang perlu dipenuhi mengikut jadual
TAPI walaupun tak dapat nak masuk OFIS ni tetap jugak teringatkan adik2 semua mesti ada menu2 menarik untuk di tiru hahaa caya lah U all semuanya  hebat2 belaka tak terikut kak Noor dengan menu2 kalian yang DEBAM DEBUM tu..



Pagi ni kak Noor nak kongsikan satu resepi mudah kegemaran anak2 kak Noor kat umah,biasalah budak2 ni kalau PASTA POSTO ni memang suka sangat,pendekata kalau pasta ni di masak lah macamana pun mesti dia orang akan tolak nasi tu selagi belum habis pagi tengahari sampai ke malam haha begitu lah HANTU NYA bebudak ni dengan pasta,jom semak resepi mudah ni...

Bahan2
1 peket fettucini direbus sehingga lembut tos kan dan di gaul sedikit planta
Isi kupang secukupnya
Udang secukupnya dibuang kulit
Ketam stick frozen secukupnya
2 sudu besar lada hitam dikisar
1 kiub pati ayam atau pati ikan bilis
5 ulas bawang putih dicincang
mix vege secukupnya optional kalau tak nak pun ok
sedikit sos tiram,garam dan gula jugak planta untuk menumis
cili flakes dan lemon 

Caranya
Panaskan sedikit planta dan tumislah bawang putih sehingga wangi dan layu,masukan kupang dan udang dan masaklah sehingga keduanya lembut
Masukan mix vege,lada hitam, udang,kiub,sos tiram dan akhirnya masukan fettucini
Gaul biar rata masukan stick ketam * stick ketam tak perlu lama nanti hancuss pulak
Rasa lah kalau kurang masin boleh lah campurkan garam dan sedikit gula
Hidangkan bersama cili flakes taburan parsley dan perahan lemon 
ANAK-ANAK AKAK SUKA SANGATTTTTTT
ADIK-ADIK PULAK GIMANA???????




NAH ambik lah rasa yang dalam kulit kupang tu giant punya kupang tau mesti kenyang kalau makan 
dalam SE KUPANG TU hehehee


19 comments:

  1. ish..ishh..ishhh..kejam kak noor ni tau.ina tengah melantak nasi lemak ni smbil tgk pasta kupang dia ni.kalau la rasa nasi lemak ni bertukar jd Fettucini Aglio Olio with Seafood alangkah indahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina,nasi lemak lagi besssttt wooo apa lagi kalau sambal nya pedas2 mau tambah tu,tapi fettucini pun sodap jugak hahaa tau heeh

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Kak Noor.

    Nampak macam sedap tu. Nanti bolehlah kakcik cuba buat. Setakat ini anak2 kakcik hanya pandai makan spaghetti je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam kakcik,terimkasih kerana sudi mencuba ni anak akak ni tak kira apa saja janji pasta,spagheti ke makaroni ke,fettucini ke janji pasta jalan je diaorang ni try lah ya heehe

      Delete
  3. asslm Kak Noor..presentation macam mkn kt restoran..hihi...membuatkannya bertambah sedap lg tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qasey, heheee yeke thankss ala akak hentam2 je lagipun kupang tu kulit nya beso sebelum kena buang cuci bersih bubuh fettucini tu save pinggan heeeee

      Delete
  4. Baca resepi pun kakak tahu memang sedap. Anak-anak kakak pun suka kalau makanan dari spegetti atau fettucini ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 zaman skrg ni kakzakie kan lebih suka jenis2 mee dari nasi,tulah kena ikut slera diaorang lah,cuma kta yg tua2 kalau tkde nasi tk boleh hidup..

      Delete
  5. Assalam Kak Noor....terbaik maaa tak mau sekupang...nak at least lima kupang...sebab dtg jauh2 ni...nak bayar flight tickets lagi!!!By the way anak2 Watie pun sama jugak peelnya dengan anak2 kak Noor...memang selagi tak habis pasta posto ni memang periuk nasik tu berkerak je lah kat situ!!!...Tapi buat pasta posto ni senang sikit kan Kak noor tak payah nak fikir lauk apa nak digandingkan dengan nasi kan...sekali harung jer dalam satu kuali..hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Watie, anak2 dah remaja ni mungkin feel depa sama kot kan suka jenis2 mee saja tak kiralah pasta ke posto ke tapi kita pulak tkleh nak trima,kadang2 terpaksa masak nasi periuk kecik utk mama nya yg hantu nasik ni..aduiiiiiii

      Delete
  6. Kak nor pepagi dah buat org lapar ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma, nak makan apa nak buat lagipun sayankan kupang tu dah lama beli tapi belum kena peduli haha

      Delete
  7. Masuk aje sini mengucap panjang.. sedap benor!!! hahahhaa.. dan cuak jugak takut komen tak lepas sebab jap lagi tak de letrik.. wahh lepas legaa nya.......... kak noor cayang nak sesuap... AAAa... Aaa.. sha dah nganga dah ni... cayang kak noor muahhzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha, kenapa tkde letrik pulak??ada pokok tumbang ke heee lepas tu komen 'sha kalau tak mesti kak noor tak balas ni,dah suapkan tu lepas dak fettucini tu kedalam molot!!!
      cayang Sha 1000x heheeee

      Delete
  8. kalau macam tu k.noor penangan pasta lebih dr nasi...msak byk2 pastu boleh releks sampai ke mlm tak payah ke dapur.....
    nak berjiran lah kalau mcm ni...hihihi..

    ReplyDelete
  9. gegarrr terus arr keinginan sy tengok ni kak..apa nk ckp ni haaa..teringin tahap (.....)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rohah, tahap terlebih sudah!!! kesian meh akak supa kan satu sudu kupang beso ni hehee

      Delete
  10. yalah Ucu saya suka masak pasta ni sbb dapat save masa dan tenaga buat je banyak2 anak2 akan happy dok ulang makan tu je,utk sendiri tk kisah ada nasi sejuk b oleh goreng hahaa bubuh belacan sedapp

    ReplyDelete
  11. sedapnya kak nor..hheh hehe nnt kita pulak nk try..:)..meleleh nengok..melampau2 wat org kecurr..:)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home