Pulut Kuning dan Rendang semalam ..

Pulut Kuning dan Rendang semalam ..


Selamat pagi dan salam hari minggu untuk semua yang sudi singgah di sini dan meninggalkan jejak
Terimakasih banyak2 di atas sokongan adik2 semua 
Kalau dapat berkumpul dan bertemu secara live pasti akak akan belanja dengan
PULUT KUNING NI SEDAP OOOO.....
Kata orang makan pulut ni jadi cepat ngantuk betul ke??? tapi kalau ya pun hari ni kan hari cuti  bagi yang
BEKERJA lah,tapi bagi yang menjadi surirumah sepenuh masa macam 
Kak Noor ni kalau ngantuksss pun tak kisah lah tu gohead je hehee


Tak susah pun sebenarnya nak masak pulut ni,tapi jangan lupa untuk 
rendam lah before tidur supaya pagi ni senang terus masak je ..

Bahan2
2 cawan pulut direndam semalaman bersama sedikit serbuk kunyit
1 cawan santan 
sedikit garam
2 helai daun pandan

Cara nya
Toskan pulut yang direndam, letakan daun pandan yg disimpul di atas nya dan kukus lah lebihkurang 20 - 30  minit
angkat dan gaulkan dengan santan yang dicampur sedikit garam dan kukus lah lagi sekali lebihkurang 15 minit
angkat dan boleh lah di makan dengan kuah kegemaran, lebihan rendang semalam masih bersisa jadinya jangan membazir makan je dengan pulut ni sedap lah sangat2,tapi memang kak Noor lebihkan jugak rendang tu 
sebab dah merancang nak buat pulut kuning ni hehee save jugak tu pagi ni hanya masak pulut je..
resepi rendang ni dah ada kat SINI kalau ada yang nak buat cuma kali ni akak guna ayam bandar bukan ayam kampong,bahannya yang lain,akak tukar ke cili kering dan labu  takda jadinya rendang ayam kampong single mingle lah...

SELAMAT BERSARAPAN UNTUK SEMUA WALAU SIBUK MACAMANA SEKALIPUN SARAPAN SANGAT PENTING SO JANGAN TINGGALKAN YA WALAUPUN AKAK TAU ADA YANG SEDANG BER DIET HEHEEE....


7 comments:

  1. salam kak noor, peberet Liza tuuuu...menitik dah air liur ni....hiihihhii

    ReplyDelete
    Replies
    1. LIza sayang sorry lambat sampai sini sama lah kita suka berpulut2 hehee

      Delete
  2. Wowww terliur nya...lama dh xmakan pulut kuning ngn rendang...rendang tu selalu la buat...pulut tu jer xpernah buat...xpandai lagi nk kukus2 pulut ni..hikhikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adda,tak susah lah nk kukus je pulut ni nak buat rendang tu yg banyak songeh skit..

      wlikmsalam QH,alala kesian tak pernah buat ke mesti pernah makan je ni kan..kalau dekat boleh lah hanto..

      cikWan akak dapt habiskan 3 ketoiii sekali hadap tau haha lepas geramm

      Delete
  3. asslm Kak Noor...sedapnye pulut kuinng tu...lama dh xmakan...fav jugak tu...nk buat sdri lum brani lg...takut xmjadi...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home