Sambal Tumis Kepala Ikan Merah

Sambal Tumis Kepala Ikan Merah


ASSALAMUALAIKUM dan salam hari kamis untuk semua adik bloggers
Menu ape agaknya hari ni!! Kak Noor ni nak lari dari asam pedas dan kari kalau kepala ikan ni 
Asyik2 itu je kan kalau beli kepala ikan, hari ni try buat sambal tumis,macam buat ikan yang isi jugak cuma
Gantikan dengan kepala je sedap rasanya dah try tang mata tadi tu hahahaa
Sapa suka korek mata ikan macam kak Noor angkat tangan please!!!!!!!!


Kalau sambal ikan akak suka serai nya banyakkk best wangi dan lazatttt
Resepinya mudah kalau ikut cara akak

Bahan2nya
Beberapa keping kepala ikan dibersihkan digaul garam dan kunyit dan digoreng
3 sudu cili kisar * kak Noor memang stanbye cili kisar dalam esbok tak pernah putus hehe
5 batang serai *
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci kunyit hidup * yg serbuk pun ok ambil secubit lah
1 biji buah tomato *
sedikit sos tomato,garam,gula dan kicap manis sedikit

Cara masak
Mesinkan bahan2 bertanda * sehingga halus
Panaskan kuali masukan sedikit minyak dan tumislah bahan mesin sehingga wangi, kalau terlalu pekat masukan sedikit air dan masaklah sehingga cili betul2 masak,masukan sos tomato * utk gantikan asam jawa,garam,gula dan kicap manis,kalau suka berkuah tambah lah air,lepas tu masukan kepala ikan yang digoreng tadi,golek2an kejab dah boleh angkat lah
MAKAN DENGAN NASI PANAS ~ SEDAPPPP
Dapat gigit2 tepi kepala tu bersama dengan mata ikan tu lagi heheeeeeeeeeeeeee


~ LOVE YOU YESTERDAY ~ LOVE YOU STILL ~ 
~ ALWAYS HAVE AND ALWAYS WILL ~
AND ALWAYS LOVE  adik2 bloggers semua !!!!
Yang sudi singgah kat dapur kak Noor 



17 comments:

  1. Selamat pagi Kak Noor...
    awal2 lagi dah siap hidang sambal kepala ikan merah...memang sedap sangat la klu buat sambal ikan macam ni...kalau letak cili byk2...perghhh bertambah-tambah nasik di pinggan..suka sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslam Rahel, mmg sedap tapi lebih sedap kalau ada nasi yogurt Rahel tu fulamak mmmg terangkat ni...
      mmg akak suka letak cili banyak tak pedas tak main lah hehee

      Delete
  2. asslm kak Noor..wah sedapnye...1st time tgk lauk sambal tumis kepala ikan...lain dr yg lain jugak ni...amik resepi yer...tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qasey, sila2 resepi sempoii je boring kan asyik kari ke kari asam pedas je tak salah pun buat sambal kepala ikan ni malahan sedap lagi U...

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak Noor...
    Sedapnya tengok sambal Kak Noor tu..gaul plk sambal tu dengan nasi panas-panas...adehhhh pagi-pagi dah bikin kecur air liur gue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikkumuslam adda,takyah lauk lain pun ok ni layan kepala ikan ni dgn nasi putih fulamakkkkkk kan kan..

      Delete
  4. hehehe... t angkat tangan k. T suka snagat korek mata ikan. kekadang sampai berebut rebut kami nak makan mata ikan tu. sampao Mother in law ckp. lenkali takyah buat kari ikan. wat je kari mata ikan senang citer. kah.. kah.. kah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita serupa T suka mata ikan nasib baik suka mata ikan kalau suka mata orang bahaya tu T kan hehee kalau ada jual mata ikan pasti akak dulu beli hahaa

      Delete
  5. kak... sy pun suka mata ikan.. hehe.. kebetulan dpt suami pun suka mata ikan.. jd dapatlah sebiji sorang bila masak.. mujur anak2 tak suka.. hehehe..

    sedaplah kak buat sambal mcm ni.. sukaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madihaa,sama lah akak anak2 tk suka ikan,apa lagi mata ikan diaorang tak pandang pun,nasib baik lah tu dpt mama dan bapa kongsi2 mata ikan sebiji sorang pun oklah tu janji ada mata haha

      Delete
  6. Salam k.nor...
    Betullah selalunya kepala ikn kalo x dmasak asm mst msk kari tp kalo dibuat smbal mst sedap sgt ni.. Mas dtg bwk sepinggan nasi panas nak mkn dgn sambal kpl ikn dr dapur akk ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmslam Mas cayang alahai siap bawa nasi lagi,lain kali tkyah bawa semua tu tetamu dtg mesti di raikan dan di jamu makan kenyang2 baru dpt balik hehee

      Delete
  7. salam k.nor.. tq sharing, dah dpt idea utk dinner mlm nie.. tp kepala ikan xde, ganti ngan ikan bawak pun ok kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlkmlsam Puan Hazel,tak kisahlah tu tkde kepala janji ikan je mesti sedapp,sorry akak nak tanya ikan bawak tu ikan ape tu ayoyo kena cek kamus kot akak ni kan..

      Delete
  8. waahhhkak Noor tayang sambal kepala ikan merah,beso tu.tp kalau sy dapat, sy balun sorang2 tau..peduli apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh tamaknya adik akak si Rohah ni nak balum sorang2 nampaknya tak lama lah tu nak kena balun orang yg membalun ni heheheee

      Delete
  9. Assalamualaikum... kak noor boleh saya tanya apa resepinya ikan merah ne...
    kebetulan saya pun suka mata ikan merah...adik-adik tu pun suka kiranya satu keluarga suka makan mata ikan...nasib beli banyak ikan kalau tidak habis berebutla kami semua....heheheheheheheheheheh.............

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home