Ikan Masak Cuka

Ikan Masak Cuka



Assalamualaikum dan salam pagi isnin untuk semua !!!! diharap semua nya sihat2 walafiat disamping tugasan harian kita baik yang wajib atau yang sunat makroh segala,buatlah apa saja kegemaran kita asal jangan abaikan yang WAJIB ya adik2 semua!!!
HARI ni akak nak kongsikan resepi  ulangan yang tak jemu dimakan dan menjadi kegemaran orang belah2 UTARA sana iaitu masak cuka dan menjadi kegemaran seisi rumah akak jugak walaupun dah tak tinggal  di utara lagi hee,paling tidak seminggu sekali mesti buat masak cuka ni..



Jom terus tengok resepi yang agak mudah ni..
Bahan2nya

Beberapa ketul isi ikan ( tak kisahlah ikan apa digaulkan garam dan kunyit dan goreng)
1 inci halia dihiris kecil memanjang
7 ulas bawang merah di belah dua
5 ulas bawang putih jugak dibelah dua
1 sudu lada hitam di kisar kasar
1 sudu jintan manis di sangai dan di kisar
1 1/2 sudu cuka
sedikit kunyit serbuk, biji sawi,cili padi dibelah
minyak,garam dan gula

Cara nya
Panaskan sedikit minyak tumislah, halia,bawang merah dan putih masukan biji sawi dan bahan kisar dan tumis lah sehingga wangi masukan sedikit kunyit serbuk,cuka dan air secukupnya
Sudah mendidih masukan ikan yg telah digoreng dan cili padi yg di belah jugak garam dan gula sedikit
Masak cuka ni rasa nya mesti ada rasa masam,manis dan masin,jadi kalau buat belum cukup salah satu nya boleh lah tambah apa2 yang kurang ya,kalau tak, tak kick lah masak cuka tu tau!!
Boleh jugak ditambah kacang panjang yg dipatah2kan didalam masak cuka ni
Seeloknya masak cuka ni dibuat dan disimpan semalaman baru best dimakan,menjadikan dia lebih MESRA gitu ..


Ikan masak cuka dah siappppppppp dah boleh makan dengan nasi lah panas ke sejuk boleh lah dilayan kalau ada yang suka pedas boleh gigit tu yang atas dua tiga biji tu baru menendang sikit heee



19 comments:

  1. Salam kak Noor,
    lama dah x mkn masak cmnie....mak sy dulu mmg suka masak nie...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wllimusalam syifa cayanggg,kalau dekat akak nak hantar lah semangkok ni banyak ni dibuat utk tenghari dan malam hee,betul sesangat aruah mak akak pun suka sngt masak ni tulah akak pun suka bebeno dngn masakan ni

      Delete
  2. tq pun dh lama x masak mcam ni nnti nat wat lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila kan Kesuma akak mmg tak pernah miss ni cuma tukar2 ikan je tapi resepi nya sama..

      Delete
  3. Masa duduk Kedah hari tu, selalulah beli lauk ni.. tapi nak masak sendiri tak pandai.. walaupun sebenarnya simple je ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid..
      mmg fav orang Kedah ni masakan ni baik oran gtua ke muda mmg suka masakan ni simple saja boleh lah try nnti ya hee

      Delete
  4. kat pantai timur belum pernah jumpa lagi masakan macam ni kak noor..bboleh la cuba nanti..bahan2 pun senang... semua dah ada tu ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah cikwan belah utara mmg famous sesangat ni biasalah orang Kedah makan yg simple mimple ja tak macam orang pantai timur kan makan yg grand2 heee

      Delete
  5. Ya Allah kak ... nilah lauk yg selalu arwah mak masak kalau ada kenduri...dan skrang dah jadi menu wajib pulak kat keluarga abang n kakak. manakala utk adik kepada abang n kakak2 tu (ucu le..hihi) kekadang jer sempat masak..

    tapi akak punya mesti sedap ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ucu cayang..
      nak tanya Ucu orang sebelah mana ni?? utara selatan timur barat ??? kalau utara mari mmg nilah fav orang2 kampong masa kenduri pun ornag buat jugak,kesian adik kpd abang2 Ucu tu kan ehee sesekali je merasa,tapi kalau adik abang Ucu tu dekat sini boleh tukar dengan kek dia yg grand tu

      Delete
  6. t memang suka ikan masak cuka ni. tapi dok try buat tak sesedap yg mak buat. mak T suka wat ikan masak cuka ni ngan ikan darat. Ikan apa ntah yang banyak sisik tu. yang orang dok wat pekasam. memang sedappppp....

    kalau abang sulung t, dia makan bertambah tambah nasi tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat dgn ikan darat mmg lebih sedap T akak pun suka jugak tapi disini susah nak cari ikan darat jadi ikan laut pun boleh lah tu bertambah jugak nasi heee

      Delete
  7. betoi la k Noor...org utara mmg suka msk cuka ni..arwah abah n tok sy org kedah..suka beno mkn masak cuka..tringat pula kt depa!

    ReplyDelete
  8. Ummi....tidak syak lagi kalau utara mari mmg dah sinonim dgn masak cuka ni budak2 pun suka tau bukan saja oran gtua hee mungkin sbb dah dari kecik2 dok tnegok masak cuka ni kot jadinya mmg suka bebeno lah depa tu

    ReplyDelete
  9. Rasanya macam pernah masak ikan bubuh cuka tapi tak ingat apa nama masakannya he he hehh

    ReplyDelete
  10. Salam ziarah....wahhh sedapnya...

    ReplyDelete
  11. salam kak Noor...syedapnye...opkos laaa kena gigit sekali cili padi tu...baru terangkat kan.

    ReplyDelete
  12. tgk lauk ni...terasa rindu arwah tok. special lauk dia untuk cucu2 ni...tmbh sambal belacan dengan ulam2...

    ReplyDelete
  13. Yummy...xpernah masai mcm nie lg...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home