Mee Sup Tulang with Bakso Segera

Mee Sup Tulang with Bakso Segera




ASSALAMUALAIKUM  WARAHMATULLAHIWABARAKAATUH!!!!
Aduh lama nya rasanya tak bersiaran, sedangkan baru je dua hari  kot hahaa
Tuntutan tugas yang perlu dibereskan  dan jemputan majlis2 sana sini yang terpaksa dipenuhi
Membuatkan berBW terpaksa dilupakan sekejab walaupun dalam hati gatal je nak mengomen dan menulis itu ini, hatta hari ni pun  esuk dan lusa ada majlis perkahwinan anak kawan rapat yang WAJIB pergi jadinya memang tak berasap lah dapur akak,apa nak buat kita hidup bermasyarakat,mesti kena bantu membantu esuk2 time anak kita kawin takde yang tolong dan datang padan muka kan heeeee
Alahai membebel lah pulak kak Noor jom lah tengok resepi mudah ni kenyang jugak perut 
hehee...


Ni resepi semalam disebabkan terlampau sibok akak buat 3 in 1 saja makan dari pagi sampai ke malam hahaha

Bahan2
1 bungkus mee kuning kering,rebus sampai agak lembut toskan dan gaul dengan minyak bijan
1/2 kg tulang daging direbus sehingga lembut
1/2 bungkus bakso segera
Halia 1 inci + 3 ulas bawang putih + 1 biji  bawang besar dikisar
1 sudu rempah sup
Kulit kayu manis,bunga lawang dan cengkeh secukupnya
sedikit kicap manis dan garam

Caranya
Masukan bahan kisar, rempah sup,bunga cengkih,lawang dan kayu manis dalam periuk tulang yang direbus tadi dan biarkan mendidih dan boleh lah dimasukan bakso dan garam secukup rasa
Kak Noor suka campur sedikit kicap manis untuk mencantikkan kuah sup tu agak kehitaman dan rasa pun lebih ummpphhhh, dah cukup rasa boleh lah ditutup api

Untuk buat sambal cili tu,panaskan sedikit minyak,masukan sdikit halia dan bawang putih yg ditumbuk,tumis sehingga wangi,baru masukan cili serbuk,garam dan gula,masaklah  dengan api yg perlahan dan kalau perlu tambah sedikit air,dah pekat boleh lah diangkat.

Bahan tabur
Sedikit daun bawang,limau dan lobak masin yang dihiris kecil drendam dgn air panas dan ditoskan
Bolehlah dihidangkan dengan mee yang dilumur minyak bijan tadi. + 1 sudu sambal cili + daun bawang  + kuah tulang + bakso  =   SEDAPNYAAAAAAAAA...

KALAU SEDANG LAPAR MEMANG TAMBAH 2X NI HEEEE



17 comments:

  1. ya allah ya allah...kalo dpt rase ni pun sodapppp!hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs Eady..
      tulah kalau dpt tak cukup semangkok ni heee meh akak suak kan kalau nak rase heee

      Delete
  2. salam kak nor cyg..
    resepi best..semuanya ada disini..simple tp myelerakan..bak mai semangkuk tue..:)

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Noor..adoiai pagi2 dah tayang mee sup ni,tergugat iman den...

    ReplyDelete
  4. kak Noor tayang menu sedap pepagi ni pulak...macam nak cari kedai jual ni sekarang juga...jom!! vroooommmm..................Mee Tulang+ Bakso 5 bungkus!!!

    ReplyDelete
  5. As'kum KAk Noor cayanggggggggggggggggggggggggggggggggggg.... wahh pepagi dah tayang bakso segera!! yang melihat ni begitu segera datang berlari ingat nak mengecek barang seketol daging bakso segera tu.. segeralah hantar ya.. tq so much Kak Noor cayangg muahzz

    ReplyDelete
  6. kak Noor,

    bukan tambah 2x ni...harus bawak piyuk letak atas meja makan...hikhik... sedappp, hirup kuah panas2, pedas2..abih segala air idung air mata kuar...

    ReplyDelete
  7. selamat mengantung periuk k.noor..seronoknya ada kenduri...

    mee tu memang sedappp sbb dah nampak berketul2 tulang kt atas mee..

    ReplyDelete
  8. As'salam Kak Noor

    waduhhh...mengences tengok sup tulang bakso kak Noor ni. ct tak rajinlah kak Noor, kalau dekat dah menumpang makan dah ni hehehe

    ReplyDelete
  9. Aslmkum Kak Noor.
    Sue dtg bawak mangkuk sendiri ni. Nak tumpang makan. Hehehehe...

    ReplyDelete
  10. hamboi.. bz.. bz.. pun sempat ber bakso lagi... meat ballnya ada lebih tak? ogyep nak bakso semangkuk tapi nak meatball lebih ya..

    ReplyDelete
  11. Salam Kak nor,

    Lazatttnyaa ...dah lama tak makan bakso...
    nanti kalu nak buat bole refer resepi ni ya..

    ReplyDelete
  12. Assalam kak Noor.
    Kalau citer pasal apa2 sup atau bakso mmg ni makanan fav saya.hari2 pun tak jemu.Sedapnya kak...terliur sudah.

    ReplyDelete
  13. Dah lama Rahel tak mkn bakso...tapi kan..segar rasanya hirup kuah mee sup tulang ni...mantap..

    ReplyDelete
  14. perghhhh mantappp...sedapnye...berbaloi2 ni kalau dpt rasa jugak ni...nyum2

    ReplyDelete
  15. waduh2...tak tahan tngk bakso Kak Noor ni, kalau dapat hirup kuahnya alangkah bahagianyaaaa...wat terliur je tngk..he3..

    ReplyDelete
  16. As salam kak noor. Datang nak melapor diri. Dah lama tak buat rondaan. I dah seminggu dok teringin nak buat mee hoon sup tulang. Selera kita sama lah ni, bezanya mee dan mee hoon

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home