Vegetarian Spaghetti Yang Simple

Vegetarian Spaghetti Yang Simple



ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk adik2 blogger dan tidak, yang sempat sekodeng blog akak ni yang menjadi silent reader or yang sudi meninggalkan jejak TERIMAKASIH BANYAK2 WALAU APA PUN STATUS ANDA/ AWDA.
Pagi ni kak Noor nak kongsikan satu resepi spaghetti yang tak pernah akak buat sebelum ni baru first time lah buat spaghetti vegetarian ni,kalau spaghetti biasa yang menggunakan daging atau ayam memang dah selalu buat sebab kegemaran anak2 akak memang semua jenis mee termasuk pasta segala,tapi semua nya dibubuh ayam daging udang dan seumpamanya, tapi kali ni akak menggunakan kacang kuda menggantikan ayam dan daging tu,ternyata sangat menepati citarasa ku yang pencinta kacang ni,sebenarnya akak pun dapat idea dari buku jugak iaitu buku Taste Of  Home,tapi dalam buku tu chef nya menggunakan kidney bean sebab takde dalam simpanan so akak guna kacang kuda lah tapi sangat OK akak rasa lah ikut tekak orang tua HAHAHA,lagipun sangat simple bahan nya tk banyak songeh pun apa yang ada kat dapur je,jom semak resepi kalau ada why not di try hari ni!!!




Bahan2nya
1 cawan kacang kuda direndam semalaman dan direbus sehingga lembut
Secukupnya spaghetti direbus  dan ditoskan dan disapu olive oil or planta
beberapa keping cheese slice
1 biji bawang besar dadu
1/2 cawan sos cili
2 sudu cili flakes * resepi asal tak guna akak tambah sebab nak pedas
oregano kering * kehabisan tak guna pun
garam gula secukup rasa
planta utk menumis

Caranya
Panaskan kuali dan tumislah bawang besar sehingga wangi,masukan kacang kuda rebus,cili sos dan cili flakes,garam dan gula secukup rasa,dah pekat tutup lah api
Semasa menghidangkan letakkan spaghetti dalam pinggan,letakan cheese slice apa2 brand pun boleh janji halal je pastu tuangkan kuah kat atas semasa masih panas2 supaya cheese tadi dapat cair dan lepas tu dah boleh 
SANTAP DENGAN SELERANYA SEKALI 
TAK TIPU PUNYA MEMANG BETUL2 SEDAP SEBAB KAK NOOR MEMANG SUKA 
KEKACANG HAHAHA...




Selamat mencuba akak rasa macam nak buat lagi je sebab ada lebihan kacang kuda ni 
heheheee

39 comments:

  1. As'salam Kak Noor

    Salam pagi yang ceria, singgah sebentar sebelum kesibukkan melanda. rasanya dah berapa hari nak singgah tapi tak dapat aje maaf kak Noor. pagi ni Alhamdulillah dapat singgah, sambil kemas sambil layan blog jap hehehe

    ct memang suka spagheti kak, tapi baru ni nampak letak kacang kuda tu. satu menu yang baru :)

    ReplyDelete
  2. wlikmslaam Ct sayang..
    sama jugak dgn akak kadang2 tak sempat nk singgah tengok2 dah lepas tk kisahlah tu bila kita ready boleh singgah..
    memang sedap Ct spaghetti ni akak pun first time buat jugak,mesti nak buat lagi heheee

    ReplyDelete
  3. wahhh senang nyer buat!nak cuba la :)

    ReplyDelete
  4. salam sis Mrs Eady..
    resepi omputih memang senang dan sedap boleh try dear cayang akak pun macam nak buat lagi je lepas ni ..

    ReplyDelete
  5. Salam kak noor..
    rindu pulak rasa lama x bertandang ke sini... sedapnya nampak spagethi tuu...tolong buatkan kak,versi angel hair,buleh?hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmsalam Sue amboi lama nya tk tengok menu Sue bercuti panjang alhamdulillah Sue dah kembali hee,dah buat banyak tu sila ambik Sue kalau segan lapar jawabnya buleh eh nada salah tu ambik tah..

      Delete
  6. Resepi ini kalau sampai ketahuan anak kakak mesti dia pun akan mencubanya. Kena tunggu cuti sekolah kelaklah kalau dia nak buat. Kami pun suka pasta-pasta Kak Noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kakzakie anak2 mmg fav sangat dgn spaghetti,senang cakap mama pun suka jugak heeee try mesti nak dua tiga kali tau hee

      Delete
  7. salam .....

    kak nor...spaghetti yang kak nor buat nampak sedap...je.....!!!!!
    ni buat kecour air lior teman ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Yan..
      ala resepi simple boleh cuba bahan pun tak banyak snagat tu baru lah tak kecur lagi hee

      Delete
  8. salam k.noor sayang...x mo cakap dah tua tau ...cakap lah masih belia gitu.....

    wahhhh..ini mmg betul2 baru punya menu..
    kacang kuda kt atas cheese tu memang menggegar jiwa lah k. noor..
    ucu x tahu yg mana satu habis dulu...k.kuda ke pasta nye...sebb rakyat kt rmh ni hantu kacang kuda....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ucu alahaiii dah kenyataan cemana tak nak ckp oklah utk sedapkan hati sendiri akak ni kan masih muda belia gitu,tiru macam saya haha marah kang orang kat luaw sana tu..

      hahah sama lah dgn akak sorang hantusss kacang kuda,pantang tngok yg berebus kat luar mesti nak beli jugak,bila buat kuah spaghetti jgn ckp lagi lah sbb rasanya manis2 pedas tu yg buat tak cukup kacang tu Ucu hee

      Delete
  9. Sesuatu yag memang lain lah kak nor... superb bg saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanksss Kesuma..
      bagi akak jugak sbb pencinta kacang kelainan yg kita tak terpikir nasib jumpa kat buku boleh sebarkan ilmu baru utk kenkawan kat sini kan..

      Delete
  10. salam kak noor..wah! kite pulak pencinta spageti. pasni nak try buat guna kacang panggang tu la. senang sebab tak payah rebus2 dah. heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikumusalam Ani..
      sama lah kat sini anak2 suka snagat spaghetti,tak salah pun Ani guna kacang panggang sbb actually resepi asal pun guna kidney bean jugak lagi best tkyah rebus2 kan mesti menjilat jari ni..

      Delete
  11. Salam k.Noor. menarik resepi spaghetti letak kacang kuda...namap sedap dihidangkan dgn slice cheese. kalau di Cairo kacang kuda mkn cicah dg roti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmslam mamasya..
      akak pun tertarik dngn kacang kuda jugak before buat sbb biasalah kita ni kacang kuda biasa buat kudapan ja ni dah dicampur makan dgn spaghetti jadi sedap lah pulak,oh orang Cairo makan dengan roti ke boleh try jugak tu

      Delete
  12. x tahan tgk ciznya...!
    tp berat badan makin naik kak...huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syifa, lepas makan boleh kuar jogging dong tkde masaalah ni small matter maaaa haha

      Delete
  13. uiii sedapnya tgk spagetti kat dapur k.Noor nii, satu kelainan sbb letak kacang kuda, nanti leh try ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi kak Noor sedap sangat guna kacang kuda ni Sofea mungkin sbb first time kot tapi rasa nya nak kena buat lagi lah heee

      Delete
  14. hari ni banyak resepi yang menggiurkan...bikin ngeces aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rahel bukan ngences tapi bagi semangat berkobar2 nak memasak dan nak memakan heee

      Delete
  15. nampak sedap tu Kak Noor, saya suka spaghetti tapi anak2 ni kalau makan dorang tak kenyang mesti nak cari nasi gak. nak cuba gak resepi yang simple ni nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GL...anak2 akak ni terbalik pulak kalau dah ada spghetti nasi mmg tak pandang dah,kita je dok perabih nasi,selagi belum habis spaghetti tu selagi itu lahdiaorang makan pagi petang sampai malam ...boleh try yg ni mudah2an anak GL suka..

      Delete
  16. T tak bapa suka spageti. tapi kalau duk kat depan mata belasah je lah. tengok kacang kuda tu teringat kecik kecik dulu. mak suka wat kacang kuda sambal ikan bilis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. T...ala lugi loh tka suka spaghetti ni nyaman bah ni tambah2 ada kacang kuda ni pasti lebih enak lagi tau..
      memang lah dulu2 kita tkde kuih lagi2 macam skrg ni kacang kuda ni je senang utk jajan kan..

      Delete
  17. wahhhhh masak guna kcang kuda..bagus la kak....bila2 rajin bleh cuba..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Q...akak baru terjumpa resepi ni kebetulan dah ada kacang kuda dalam simpanan so gohead je dan tidak menghampakan sedap sangat tau,try lah heee

      Delete
  18. Sedapnya kak,boleh cuba nanti dan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul NOrzie akak suka sbb ada kacang kuda tu,menambah lazat spaghetti, yalah sharing2 resepi menambah koleksi kenkawan jugak, lagipun selama ni tak terpikir pulak nak guna kacang kuda ni kan..

      Delete
  19. Askm k.nor. Tk singgah blog saya ;) sedapnya nampak spageti ni.. boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Ummi sudi follow akak ya,sila2 try mesti sedap akak gerenti sbb akak pencinta kacang kalau yg tak suka kacang akak tak sure lah ehe

      Delete
  20. Wa'kumsalam kak noor cayangg muahzzz sha datang tengah malam.. ini aje waktu yang free... kak noor jangan tunggu sha tau kalau sha datang lewat.. hehehe.. kak noor maunya tak best! dah kalau kacang kuda cengitu rupe! ada pulak cheese tertenggek atas tu.. kalau sha yang dapat ni pun tak hengat dunia!! terbaik kak noorrrrrrrrrrrrrrrrrrrr aiiiiii cayang dia muahzzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah Sha selalu busy akak tau, memang tak tunggu pun kalau tunggu alamat akak kelaparan lah nk tunggu makan sama Sha hee bila lah agak nya dpt makan sama2 ya hee tkpe sabo belum masa nya tu kan insyaaallah suatu hari yg indah nnti pasti dpt jumpa Sha brtentang mata dgn Sha yg cute mute ni,kita pakai spek hitam ek tanda geng hahaa

      Delete
  21. Assalam kak Noor cyng..rindu nak menjamu mata masakan kak Noor ni.lama tak main mskx2 nanti tunggu mood dtng dulu..hehe

    sedap tgk spaghethi akak ni buatkan saya lapar memalam singgah sini..hehe

    ReplyDelete
  22. wlikmuslam sayang Nieza jugak ni..
    akak pun rindu jugak nk tengok makanan NIeza yg selalu eksklusif selalu,tunggu mood mari ek,bila dah mari nnt mesti jadi nya lebih hebat kan,akak suka tnegok gambar2 percutian Nieza tu cantik sngt dan untunglah Nieza dpt meronda kat negeri orang dan abadikan gambar utk tunjuk anak cucu nanti

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home