Terubok Bako Cicah Air Asam

Terubok Bako Cicah Air Asam



ASSALAMUALAIKUM dan selamat berpuasa untuk hari yang ke2 hari ni,nampaknya hari ni dah kurang kot sengal2 badan dan mesti dah macam biasa je kan walaupun berpuasa ALHAMDULILLAH!!!!
BULAN RAMADHAN ni tak boleh cakap banyak2 sangat mesti lebihkan kerja atau baca QURAN ke semoga bertambah pahala puasa kan,jadinya hari ni akak nak kongsikan satu resepi mudah dan senang yang bako2 je jom tengok resepi dulu..

Bahan2nya utk ikan
Ikan terubok fresh( tinggal setengah je bahagian ekor cukuplah utk sorang haha)
1 sudu cili kisar
garam,kunyit serbuk dan air limau sedikit

*Ikan dibersihkan dan digaul dengan air limau, garam,cili kisar dan serbuk kunyit diperapkan dalam setengah jam atau lebih kemudian dipanggang di atas api,atau dalam oven pun ok tapi kalau di atas api lagi sedap bau dia ghau ghau bau dia heeee

Bahan2 utk air asam
5 biji cili padi atau lebih ditumbuk kasar
2 biji cili besar ditumbuk kasar
4 biji limau kasturi ambil jus nya dan hiris ambik kulit nya sikit lah
1 sudu air asam jawa pekat
1/2 biji bawang besar dihiris
1/2 biji tomato dihiris
*asam pedas ni tkde belacan tau boleh jugak pada yg suka bako dulu baru masukan dalam air asam ni

Gaul semua bahan2 air asam ni dicampurkan dengan garam dan gula sikit jugak air suam secukupnya,kalau boleh gaul dengan tangan baru dapat rasa air tangan sendiri mesti lebih sedap kan
SELAMAT MENCUBA MESTI TAK CUKUP IKAN DAN AIR ASAM NI 
heheehe



Lepas ni jom kita tadarus AL QURAN sebab siang2 ni kurang aktiviti dapur sebelah pagi ni kan
Selagi sempat tu buat lah ya mana yang patut
Semoga puasa kita diterima ALLAH 
INSYAALLAH AMIN..


12 comments:

  1. Bestnya terubok bkr cicah dgn air asam, mkn dgn nasi pns sedar2 tggl tulang je hihihi

    Jom..jom...kita tadarus alquran :-)

    ReplyDelete
  2. betul tu Mas sendiri bako sendri makan sbb dalam umah akak ramai yg tk suka terubok sbb banyak tulang heeee jadinya tukang masak syik sendiri je makan..

    lepas subuh tadarus kejab samboong lagi ni jommm..

    ReplyDelete
  3. Asslmkum kak noor.
    Adiuh! Terubuk bakor mmg paberet. Sedapnya klu cicah air asam. Wlupun byk tulang,tp rasa lemak2 isinya tu bwt kita x hirau dah ttng tulang dia yg byk tu. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam Sue..
      sama lah kita Sue suka terubok ni walaupun bertulang dan kena makan sikit2 tapi masih lagi tak kisah kan,menunjukan orang yg sabar lah tu kan...hehe

      Delete
  4. Paling sedap rasa ikan terubok, berbanding ikan lain walaupun banyak tulang. Tak ada terubuk begini di tempat Amie, kalau nak makan beli di coldstorage, ikan dari Sarawak!

    ReplyDelete
  5. kat sini ada jual kat pasar Amie tapi tak selalu lah ada,kalau lagkah kanan baru jumpa terubok segar kalau dok kiri ja alamat gigit jari lah Mie,tk ksah lah dari coldstorage janji terubok kan Mie

    ReplyDelete
  6. tk pernah bakor ikan terubuk, biasanye goreng je sbb nk mkn sisik ikan yg ranggup bile digoreng !!

    ReplyDelete
  7. ikan terubuk palng best dibakar... dulu2 mak selalubakar ikan terubuk... pastu menci sebab banyak tulang... sekarang ni windu pula nak makan ikan terubuk bakar... salam ramadhan dan selamat berpuasa kak noor

    ReplyDelete
  8. lauk cam gini memang pasti licin kak..hehehhe...sedapnya...teringat saya kat sorang kawan ni...dia suka sgt ikan terubuk bakar...air asam yg dia buat pun sedap :)

    selamat menyambut bulan ramadhan almubarak buat akak sekeluarga dan selamat berbuka ye kak noor :)

    ReplyDelete
  9. Kalau ikan terubuk bakar, boleh ratah begitu jer. Tak payah nak cicah. Tapi lately ni susah nak cari ikan terubukmyg gemuk besar. Baru sedap dan banyak isi

    ReplyDelete
  10. hantar sini la kak...ikan sedap tu..

    ReplyDelete
  11. ikan ni terpaling sedap dn terpaling ssh makan...huhuhu tulang byk

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home