Macaroon The Second Lebih Menjadi - Jadiiii...

Macaroon The Second Lebih Menjadi - Jadiiii...



Assalamualaikum dan salam 15 ramadhan  untuk semua adik2 akak yang masih sudi singgah disini walaupun akak dah lama tak buat entri sebab terlalu busy biasalah semua mesti kena buat sendiri baik urusan dalam dan luar rumah tapi dek kerana permintaan anak2 nak makan macaroon terpaksa lah luangkan sedikit masa,sebenarnya buat macaroon tak lah susah sangat cuma perlu perhatian lebih dan mesti kena teliti dalam penyediannya maksudnya semuanya kena betul2 kering terutamanya serbuk badam tu,rasanya dua hari jugak akak jemur kat panas matahari hahaha sebab nak kan macaroon yang menjadi - jadiii...
INI KALI KEDUA akak buat macaroon rasanya lebih confident lah daripada first time buat,dan macaroon nya lebih "berkaki" daripada yg pertama dan yang pasti lepas ni nak buat lagi untuk hariraya hehe




Untuk yang nak cuba resepi ni boleh lah KLIK DISINI RESEPI MACAROON yang kak Noor copy dari blog tersohor ITA MASAM MANIS tapi untuk yang baru2 nak try eloklah refer pada blog Ita sebab lebih lengkap step by step memang berbaloiii lah ikut resepi Ita ni,thanks ITA berkali2 akak membelek blog Ita untuk menghasilkan macaroon ni dan rasanya akak dah puas hati lah thanks bebanyak ye anak2 akak pun suka bangat, cuma diaorang ni nak kelainan sikit nak tukar filling dia dari nutella ke buttercream so akak korek lagi resepi buttercream dari blog QASEY HONEY 


BUTTERCREAM
Sumber: kembangkempis@My Resepi
Olahan: Qasey Honey 

Bahan2 ( sebiji kek )
125 gm butter
125 gm shortening
125 gm krimwell
100 gm gula aising
Cara-cara
1. Pukul butter dan shortening hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dalam butter, pukul lagi hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek. 
2.  TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masa lah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.


Alhamdulillah akak guna buttercream ni untuk masukan sebagai filling macaroon sedappppp tapi kena masukan dalam petiais lah agak2 dua tiga jam atau semalaman baru sedap rasa macaroon dan buttercream tu jadi sebati, tak percaya mesti kena cuba lah ya hee


Thanks Qasey ya buttercreamnya sedappppppp dan izinkan akak kongsikan disini jugak hehehe..




Untuk makluman jugak masa membakar macaroon jangan menggunakan  kepanasan oven yang kuat sangat cukuplah sekadar 150'C kerana kalau terlalu panas macaroon akan retak dan pecah,honestly akak tunggu dipintu oven untuk tengok samaada macaroon akak pecah ke tidak,akhirnya berjaya jugak daripada yang pertama kali ada lah jugak yang pecah dan retak tapi kali ni boleh dikatakan semuanya menjadi lah
SYUKUR ALHAMDULILLAH



INSYAALLAH dalam masa terdekat nak buat lagi untuk anak sulung yang akan balik bercuti raya minggu depan ni sebab dia dah request macaroon heee biasalah anak2 suka yang manis2,bagi kita yang V ni taklah berapa suka makan cuma suka buat kalau dia menjadi tu...


Gambar pun banyak sebab suka dengan bentuk macaroon tu posing sana sini hee

t

Ni pulak gambar dari camera anak akak tak mau lepaskan peluang nak masuk blog jugak gambar macaroon yang dia ambil haha..

SELAMAT MENCUBA YA UNTUK ADIK2 AKAK
JANGAN TAKUT PASTI MENJADI PUNYA ..

28 comments:

  1. wahhh nak buat mac tuk raya ke kak noor? nak dtg beraya lah gini..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila2 Q pintu rumah akak sentiasa terbuka ni utk Q hehe leh lah kita gether2 makan macaroon ni heeeee

      Delete
  2. Replies
    1. jangan lah jeles Ros meh sini akak jamu dgn macaroon ni ada lagi ni hehee

      Delete
  3. Salam Kak Noor.....
    Memang menjadi gitewwww....nanti nita nak kena cuba jugak lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmusalam Kak Nita..
      mesti cuba tau mmg syok buat kalau menjadi gini macam hari2 nak buat apa lagi anak2 akak ni sangattttt suka dgn benda ni jadi mama nya pun terpaksa suka buat lah sbb kalau beli mahal wooooooooo

      Delete
  4. wah!!!cun macaron knoor....ros ada beli dulang yg ada ukuran siap2 utk bt macaron tapi tak berkesempatan lagi nak bereksperiman. lagipun kami kurang suka dgn rasanya yg manis tu. kalau dpt buat dgn sukatan yg kurang gula kan bagus tapi dorg ckp mmg xjadikan kalau kurangkan gula.emmph!!!bilatah nak buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros cayang, akak buat ni kurangkan gula cikit tau tapi dlm 10 gm gitu lah alhamdulillah menjadi jugak janji meringue nya bertanduk orait lah tu Ros..

      Delete
  5. Salam k.Noor.wah cantik makaroon k.Noor tu...berkaki...mmg elok jadinya.sy yg belum pernah buat lagi.....bilalah nak mencuba...
    Slmt menerima menantu k.Noor, moga urusan berjalan lancar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wikmsalam mamasya..
      alhamdulillah kali ni puas hati lah, akak pun suka buat je tapi tk suka makan hahaa
      macih mamasya nampaknya akan bertambah ahli keluarga akak nnti heeee mudahan ya.

      Delete
  6. As salam k.noor....

    amboi2...ucu dah ke jelesan tahap gaban dah ni... ada yg bertingkat..yg tergolek2..semuanya comel2....
    setakat hari ni sebijik pun ucu pernah buat..cuma pandai makan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumslam Ucu...
      hahaha Ucu tak tau akak ni kejelesan kat kek yg Ucu selalu pos kan tu tahap terlebih gabanis dah tu tau sbb membaking kek Ucu memang terer lah tapi bukan tererist heheee
      jangan marah Ucu gurau senda dibulan posa ni

      Delete
  7. Da tiga kali tey mac ni tp asyikla fail manjang..huhu.cntek mac akak berkaki...:-)..mls nk wat lg sbb asek x mnjadi..sy beli je tu hari..mahal blh thn..sebiji rm3.70..huhu...bli pat biji je buat merasa2..hehe..manissss sgt tp sedapp :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mahal giler Noorsha, tulah anak2 suruh akak belajar sampai pandai senang nak makan bila2 masa lagi pun boleh buat utk hantaran heeee

      Delete
  8. kak nor..
    mas tak pernah try lagi buat maracon..
    tak sampai seru lagi kot..he3
    cantikk la maracon akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun kalau tkde desakan anak2 ni mmg tak sampai seru jugak Mas kalau ikut selera kita aja tapi dah budak2 kat umah ni dok suruh try dah syok pulak bila menjadi heee

      Delete
  9. Salam kak noor! maaf ya kak dtg lambat sikit, bdn kita dah 2 hari ni letih n lesuu jerrr >>mcm lah kita sorang yg puasa yer kak hihihi.... lama sgt tak mkn macaroon, dulu suke buat tp sejak2 diet dulu terus letak jawatan nak buat dia ni, kalau nak mkn beli ajer lah beli sikit lepas gian :D akak berbuka apa hari ni? kita malas nak masak hari ni buat kuih ajerr pastu mkn maggi korea :D

    ReplyDelete
  10. cantiknya kak....sweet je colour dia se sweet macaroons tu

    ReplyDelete
  11. Asslmkum Kak Noor
    wah! Ada macaroon la. Klu dekat. . Sue pi beraya rmh kak noor. Heeee

    ReplyDelete
  12. wah! jeles yang hari tu pun tak habis lagi, kak noor tambahkan lagi kejelesan saya. cantik macaroon tu. inilah org kata practice makes perfect..

    ReplyDelete
  13. salam nor. cantik menjadinya macaroon tu. Bundo tak pernah buat dan tak pernah nak cuba pun sebab uhu.. tak tahan manis..

    ReplyDelete
  14. fuitoo..cun sehh mac kaknoor..tahniah ye kak! kita pernah wat sekali jek pastu cam ngeri lak nk wat lagi..hahaha!

    ReplyDelete
  15. tu diaaa...punye cantik macaroon kak Noor... sama cam Bundo..lum penah buat lagi...InsyaAllah lepas raya nak try buat sementara suhu masih panas di jepun...dah sejuk nnt lagi susah nak naik kaki kan..hehehe

    ReplyDelete
  16. felice inizio settimana a te...ciao.

    ReplyDelete
  17. salam cygg kak nor..wahhh posing maut macaron tue..he hheee kecur pulak tgk pepagi camnie..bak mai seketui kak nor..color kuning tau:)

    ReplyDelete
  18. amboi kak noor cantik kaler macaron tu.Ijau kuning Kedah tu.

    ReplyDelete
  19. kak nor sedap ni kaler dia pown KA dah suka ! antar2 lah sini sikit nak rasa hehehe

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home