Lawar Jantung Pisang Yang Emmmmm.......

Lawar Jantung Pisang Yang Emmmmm.......




ASSALAMUALAIKUM  dan selamat berhari minggu untuk adik2 akak semua
Rasanya hari ni ramai kot yang gantung periuk  maklum weekend lah katakan mesti ramai yang nak bersantai2 dengan family bila lapar main order je or gi makan luar dan yang best sekali ada jemputan kawin bawa anak2 semua makan free lagi kan!!!
Tapi anak2 zaman sekarang ni susah nak ikut parents gi kenduri kendara panas lah konon,tapi kalau gi shopping mau pulak dia orang ni ikut sebab dalam supermarket memang sejuk,contoh terdekat anak2 akak ni lah kalau gi orang kawin memang kami berdua je apa nak buat kan zaman dah berubah bukan macam kita dolu2 pantang mak bapak jalan mesti nak ikutttttttttt je...




Berbalik pada menu hari ni menu orang kampong lah yang dah lama tak makan,sebenarnya lawar ni akak buat dua tiga hari lepas tak sempat nak buat entri kalau ada yang teringin ambik bau saja lah ya,bahannya taklah mewah hanya menggunakan 

1 biji jantung pisang dikupas ambik hanya yg lembut,dihiris dan dicelur dan ditos kan
3-4 biji cili padi ditumbuk
3 ulas bawang merah jugak ditumbuk
1/2 cawan pati santan di masak sekejab
2 sudu kerisik
sedikit ikan bilis dipanggang sehingga ranggup
1 kuntum bunga kantan dihirs kecil
3-4 biji limau kasturi diambil air
1 biji buah tomato ditumbuk
sedikit hirisan daun kunyit
garam dan gula secukup rasa




Caranya
Masukan bahan tumbuk dalam satu bekas besar gaul rata,masukan air limau, kerisik , santan,garam dan gula jugak jantung pisang yg telah dicelur tadi,gaul lah sehingga rata rasa lah ikut kegemaran masing2 
akhirnya masukan hirisan bunga kantan dan ikan bilis yang telah dipanggang ranggup
LAWAR DAH SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN BERSAMA DENGAN NASI PUTIH
SEDAP JUGAK DIRATAH BEGITU SAJA


11 comments:

  1. Salam kak noor!! Sedapnya jantung pisang! Kita suke jantung pisang masak apa pun tak tolak, kat sini nkcarik jantung pisang tak pandai sgt sbb dah 2 kali beli mcm kelat2 gitu pastu bila di rebus jantungnya birat ehehe... Pelik ler dia orgni jual jantung pisang apa ntah kita pun tak tahu :D

    ReplyDelete
  2. walalikumuslam Ilah..
    memang sedap kalau kena gaya nya dan tak pahit,kak noor pun tak reti jugak nk cari jantung pisang yg tak kelat dan birat tu,mungkin kak noor nasib baik kot selalu beli jantung pisnag kena yg ok ja pun,mmg sedap masak lagu mana pun,masak dgn pati santan pun sedap kan boh kulat haha

    ReplyDelete
  3. Amik bau pun jadilah Kak Noor... sedapnya kalau dapat makan betul-betul! Nak buatnya... aduhai.. sampai kucing berrtanduk, entah jadi entah tidak kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai lama nya kalau nunggu kucing bertanduk Mie,nnt akak pos kan lah hokeyyy heeee

      Delete
  4. waaa.. bundo memang suka lawar. Lawar terung pun sodapp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Bundo terung pun sedap dibuat lawar gini,jantung ni jarang jumpa so kalau dah jumpa tu tkde lain menu melawar aje lah jawabnya

      Delete
  5. Waduhhh...gimana nih....enak banget dan memang emmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tk dapat kalahkan Rahel punya macaroon lagi hahaa
      U the best Rahel cayang

      Delete
  6. Salam Kak Nor...

    asal masuk sini je mesti rasa lapar...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam Fatiha cayang
      lain kali sebelum ketuk pintu sini makan kenyang2 tau heee supaya tak lapar sangat dik ...hee

      Delete
  7. wah betul2 menu kampung ni... tak penah makan jantung pisang masak lawar... tapi tengok resepi dah tau sedap. selalu buat ulam je...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home