Spaghetti Bolognese with Cauliflower yang simple dimple

Spaghetti Bolognese with Cauliflower yang simple dimple




ASSALAMUALAIKUM  untuk semua pengunjung yang masih sudi terbang keblog akak yang tak seberapa  ini, biasa lah orang2 V ni masakan pun semuanya main nak cepat dan yang anak2 suka,walaupun kita kureng suka tapi atas permintaan anak2 mama akan buat asalkan diaorang happy

Sebenarnya spaghetti ni akak dah buat hari minggu lepas tak sempat nak update, biasalah kalau hari minggu mesti nak yang berat2 sebab full house lah katakan lagipun resepi akak ni memang simple sangat sebab akak hanya menggunakan sosej je,boleh lah siapa yg rajin menggunakan daging ayam atau daging cincang,tapi dah selalu akak buat guna sosej kalau buat guna yg lain mesti anak2 complain kenapa kuah spaghetti tu rasa lain??? so nak tak nak kena kekalkan menggunakan SOSEJ AYAM 

BAHAN-BAHAN
1 bungkus spaghetti direbus sehingga lembut tos kan dan di gaulkan dengan sedikit planta
1 bungkus sosej ayam atau daging di parut kasar
1 labu bawang besar didadu
secukupnya cauliflower di celur boleh jugak guna brokoli 
1/2 botol cili sos maggi
sedikit cili flakes ( tak nak pun ok )
sedikit sos tiram
sedikit pasli kering ( tkde pun takpe)
secukupnya cheese cheddar di parut
planta utk menumis

CARA NYA
Panaskan sedikit planta dan tumiskan bawang besar sehingga wangi,masukan parutan sosej dan cili sos,sos tiram,cili flakes dan masaklah sehingga mendidih,kalau perlu boleh lah tambah sedikit air dan biarkan kuah merenih dan kemerah2an boleh lah ditutup api

BILA MENGHIDANG LETAKAN SPAGHETTI YANG DIPERLUKAN, CURAHKAN KUAH,TABURKAN CHEESE CHEDDAR DAN PASLI JUGAK LETAKAN CAULIFLOWER YG TELAH DI CELUR TADI

SPAGHETTI SEDIA UNTUK DI MAKAN 





SELAMAT MENCUBA UNTUK SIAPA YANG SUDI 
INI RESEPI SPAGHETTI YANG TELAH DI MELAYUKAN HAHAHA....

12 comments:

  1. Dah siap - sedapnya rasa macam nak makan aje kakak tengok sepinggah penuh tu.

    ReplyDelete
  2. As salam Kak Noor. Wah gambar dah cantik dan klass giteeww

    ReplyDelete
  3. mashyukk...lapar kak..camne nak sambar sphgetti ni??

    ReplyDelete
  4. Ayoyoyooo..banyak sedap woo..banyak cheese...

    ReplyDelete
  5. Salam kak noor!!! kita dah dtg bwk perut kosong hihihi.... sesekali mkn mcm ni sedap pastu tabur cheese byk2 nikmat sungguh naik semua lemak2 hihihi...

    ReplyDelete
  6. kak nor cyggg..sedap nya..nak bwk mangkuk kosong jgk nie..ada balance lg x kak:)

    ReplyDelete
  7. salam kak norr.. spaghetti nih memang simple dimple sungguh lah.. dah lama x masak western

    ReplyDelete
  8. Salam kak Nor..

    Sedapnya nampak sphagetti tu Kak Nor,suka cheese banyak2 gitu..

    ReplyDelete
  9. Salaam Kak Noor...

    Oh saya sangat suka itu spagetilah... ini betul betul suka ni... bukan cobaan tau.... :)

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Nor,
    Adusssss, kecur air liurku dibuatnya.....

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home