Biskut Almond Snow Yang Sedap & Selamat Menyambut Aidiladha Utk Semua Maaf Zahir & Batin

Biskut Almond Snow Yang Sedap & Selamat Menyambut Aidiladha Utk Semua Maaf Zahir & Batin




ASSALAMUALAIKUM  dan selamat menyambut HARIRAYA AIDIL ADHA pada semua adik2 blogger yang selalu singgah disini,  rasanya ini lah kueh pertama untuk musim raya Aidil Adha ni mesti sebab fav sangat time raya puasa dulu kueh ni lah  yang paling laris dan cepat habis,jadi untuk raya haji ni hanya dua tiga jenis kueh fav saja yang dibuat untuk openhouse disamping menu2 fav yang tak boleh ditinggalkan, masa raya puasa yang lepas tak sempat nak update sampai datang raya haji baru lah sempat tapi gambar ni yang baru tau masih panas tu heeee sebab baru semalam buat, thanks ZILA4EVER sebab akak ambik resepi dari blog Zila lagiiii dan kongsikan lagiiiiii disini ya...





resepi asal : umifeeza
dicuba oleh : zila4ever.blogspot.com
dicuba lagi oleh : Kak Noor 

Jejari Almond Snow

Bahan A
200 gram butter
100 gram gula kastor
1 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen kopi
1 biji kuning telur

Bahan B
220 gram tepung gandum
70 gram tepung ubi
50 gram nestum dikisar
40 gram badam kisar
1 sudu besar susu tepung

Hiasan
coklat masakan dicairkan
white breadcrumb





cara-caranya

  1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
  2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
  3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
  4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
  6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.



SEKALI LAGI SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDIL ADHA UNTUK SEMUA DAN MAAFKAN AKAK SEANDAINYA ADA SALAH DAN SILAP DI ANGIN LALU YANG SEDAR ATAU TIDAK  SESUNGGUHNYA KITA HANYA MANUSIA BIASA YANG TAK SUNYI DARI SALAH & SILAP DARI  ITU 
MAAFKAN AKAK YA  KALAU ADA KATA2 YANG MENYINGGUNG PERASAAN ADIK2 SEMUA, AKAK SUKA BERGURAU JANGAN AMBIK HATI TAU
JUST FOR FUN UNTUK MENCERIAKAN HATI YANG DUKA LARA 



11 comments:

  1. mmg sedap & salam aidiladha juga ye kak noor

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya idil adha kak...

    ReplyDelete
  3. rajinnya mgukis yea kak Noor...bntuk cendawan lg tu...

    slm aidiladha juga buat kak Noor sekeluarga...

    ReplyDelete
  4. salam syg kak nor..
    zila pun sama kak nor..kita nie skepala kot..suka bergurau:))..salam aidiladha wt akk n family ..thnks sudi cuba resepi dari blog zila..i lappp u..masa raya aritu ramai jgk yg oder dgn zila kukis nie..biskut paling laris kt umah zila nie kak:))

    ReplyDelete
  5. wow..sedap biskut ni kak..biasenya beli je..tak pernah buat sendiri..kasi tahun depan punya listlah..

    ReplyDelete
  6. Salam aidiladha kak.. tun x balik raya tahun nii.. uhuk uhuk.. sob sob... :(
    xde buat biskut2 pun. tumpang raya buleh?huhu

    ReplyDelete
  7. hmmm...dap.
    Selamat hari raya haji.


    salam kenal

    ReplyDelete
  8. tahun ni malas tul nak buat biskut.Insyaallah esok ptg nak balik Kedah .Selamat hari raya aidiladha buat kaknoor sekeluarga

    ReplyDelete
  9. Sedapnya snow almond...raya haji kali ni pun Rahel ada buat snow almond gak...suka banget.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home