Cheese Muffin Yang Lazat

Cheese Muffin Yang Lazat




ASSALAMUALAIKUM semoga semua nya sihat2 sejahtera hendaknya 
APA LAGI dihujung minggu macam ni tentu ada yang nak bawa family 
MAKAN angin ke atau picnic kat pantai ke..
TAPI bagi kak Noor hujung minggu pun macam hari biasa jugak
LEPAK kat umah sebab malas nak jalan 
RASA NYA LEBIH SELESA KAT UMAH,MASAK2 MAKAN2 LEPAS TU TIDO2 
HAHAHA

KEBETULAN ada lebihan cheese cheddar separuh tulah akak dok korek2 blog RAHEL terjumpa lah resepi yang diidamkan menggunakan cheese cheddar tu yang memang fav anak2,apa lagi teruslah akak bersilat kat dapur maka terhasil lah cheese muffin yang sedap sangatt lembut,tak puas makan sebijik,mesti nak makan berbijik2,cepat je habis oleh anak2 dan mak nya jugak heee thanks RAHEL ya akak minta kongsikan resepi kat blog akak jugak ni untuk siapa yang sudi nak buat memang tak rugi,untuk RAYA HAJI nanti boleh jugak ni heee..





Mufin Keju
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan:
250g tepung gandum
150g minyak masak
150g susu segar kotak
70g keju cheddar}
50g keju cheddar},diparut
150g gula kastor
13g serbuk penaik
1 sudu teh garam
2 biji telur gred B-dipukul

Cara:
1.Satukan minyak,susu segar,gula kastor,garam dan telur dalam mangkuk
   adunan.Kacau hingga sebati.
2.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi.Masuk-
   kan 70g keju cheddar.
3.Tuangkan adunan cecair ke dalam tepung tadi.Gaul dengan senduk hingga
   sebati tetapi masih nampak berketul dan berat.Terlebih gaul (overmixing)
   akan menyebabkan mufin mengeras.
4.Panaskan ketuhar pada suhu 200'C selama 15 minit.Tuangkan adunan ke
   dalam cawan mufin sehingga 3/4 penuh.Tabur keju cheddar untuk hiasan.
   Bakar selama 20 minit hingga mufin masak.



RAHEL letak blueberry kat tengah muffin tu tapi kak Noor tak letak pun sebab takde blueberry tapi rasa nya lepas ni akak nak buat lagi dan nak letak blueberry pulak pasti sedap giler tu kan ini baru sessi menghabiskan cheddar cheese je heee





Ini pulak gaya muffin traffic light MERAH KUNING HIJAU boleh jalan lah dan makan heee


SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA YA 
LEMBUT SEDAP  GEBUS DAN GEBAS 
TAK PERCAYA SILA BUAT SENDIRI...

10 comments:

  1. Asslmkum kak noor.
    Ada lg tak? Sue x da stok cheddar cheese ni. Tumpang mkn muffin akak dulu lah ya. Heeeee

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Noor,
    saya copy resepi dulu..nanti saya pasti nak try.

    ReplyDelete
  3. salam kak Noor selamat behujung minggu hemm tegoda pulak gan muffin akk ni...npk cantik naiknya membukit..ank2 sure suka...resepi pun npk mudah..cari cheese dulu lah :-)

    ReplyDelete
  4. menggunung betul muffin akak ni...cheesy lagi, umphhhnya!!..mmg kenyang wat sarapan..jadi om puteh ye kak..hehe

    ReplyDelete
  5. Selamat berhujung minggu Kak Noor...betul cakap akak..memang sedap mufin cheese ni...nasib baek akak pilih resepi chef Noraini....klu pilih resepi Agnes Chang memang kurang mantap la....

    ReplyDelete
  6. Assalam kak noor.
    Nampak pun dah tahu...mesti sedap ni,bak rasa sebiji kak.

    ReplyDelete
  7. akak, 50 cheddar lagi tu untuk tabur atas muffin ye.. sedapnya..dah trasa2 kelembutan dan kelmakkan..kalau ada blueberry tu lagi sedap kan.. tq kak share rahelnya resepi ni.. rasanya pernah jugak dah simpan resepi ni masa rahel tayang ritu. tq ingatkan smula..hehe

    ReplyDelete
  8. Tengok cupcakes ni dah tahu sedap... Memang bercadang nak buat untuk Hari raya Haji nanti... TQ kak kerana berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  9. Hai sis..tumpang syer resepi ye.tq sis

    ReplyDelete
  10. tumpang tanya kak. boleh letak cream cheese frosting ke kat atas muffin ni? tak muak ke kalau makan cam tu?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home