Ikan Bakar bersama Air Asam with Ulam dan Sambal Belacan

Ikan Bakar bersama Air Asam with Ulam dan Sambal Belacan




SALAM tengahari untuk semua,lately akak dah malas nak masak yang banyak songeh,janji senang dan mudah dan tak berlama2 kat dapur, macam hari ni awal2 pagi meround kat keliling rumah tengok ulam2 apa yang boleh di ambil untuk dibuat salad konon!!! untuk makan dengan sambal belacan ni, memang banyak ulam yang akak tanam,  tapi kak Noor hanya ambik yang mana bekenan je misal nya, temu lawak tu yang macam halia tu, pucuk ubi, pegaga, pucuk sambung nyawa, ulam raja dan peria tu kat kebun cina di supermarket hahaha...

Kalau adik2 nak tau amalkan makan ulam2 ni sangat baik utk awet muda tau, tengoklah akak ni heeee
eh takde lah main2 je memang dah tua pun kan





UNTUK IKAN BAKAR TU

Akak perapkan ikan bersama dengan cili kisar campur asam jawa, campur garam dan gula cikit lepas tu campur kunyit dan gaulkan rata dan perap dlm 1/2 jam,baru lah di bakar dalam pemanggang ajaib tu atau boleh jugak dibakar dalam kuali biasa atau masuk oven pun boleh jugak


UNTUK AIR ASAM

Akak mesin kan sedikit cilipadi dan bawang merah, kemudian campurkan jugak cili padi hiris, air asam limau,air asam jawa,belacan dan  bawang besar hiris,gaulkan semua campur garam dan gula sikit dan boleh lah dihidangkan bersama dengan ikan bakar tu




SAMBAL BELACAN

AKAK mesinkan cilipadi dicampur dengan cili besar jugak belacan,garam dan gula dan gaul rata, baru masukan air asam jawa dan sedikit air limau kasturi  dan sambal belacan sedia untuk dicicah bersama ulam2an 




Menu kampong yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan
Dari dulu2 lagi kita orang2 melayu memang dah sinonim dengan sambal belacan kan,tapi rasanya ada ke yang reti nak makan sambal belacan ni
ISH TAK DE KOT KAN....

15 comments:

  1. Walaweyy....sedap nyer...
    Kalau ada org melayu tak tahu mkn sambal belacan tu bukan melayu la...

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Noor,
    berapa kali tambah nasik hi hi...

    ReplyDelete
  3. Aduhai kak Noor....syoknya makan ikan bakar ni dengan nasi hangat2.I suka ulam2 tu kak...sedap ye kak kalau dapat makan ramai2 lg la berselera.

    ReplyDelete
  4. sedapnye temu lawak...dah lama tak makan ulam tu...

    ReplyDelete
  5. Lapooo la Kak bila tengok menu ni.. :D

    ReplyDelete
  6. AWEEET MUDEEEE! tu yg ai suke tuh!!! evergreen menu..mkn mcm ni hari2 pun sedap sgt!

    ReplyDelete
  7. Terbaik kak..
    Mcm dh mkn nasi ulam la pulak.
    Kalaulah di sini sesenang Malaysia utk mencari ulam.
    Caiyok K.Nor, sambil layan tekak.. kita jaga badan jugak.. awet muda tu..

    ReplyDelete
  8. aisey .... kak noor. terlioq dah ni!

    ReplyDelete
  9. Menu sihat ni Kak Noor.... terbaik!

    ReplyDelete
  10. kak Noor...ni lauk fav QH ni...mmg tbaek la...kecur habis tgk menu kt ats tu...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kak Noor :D
    Menu kg ni lah yg paling sedappp! Dengan ulam-ulamannya bersama sam bal belacan....Bila makan walaupun bersiut-siut kepedasan tapi tetap nk tambah nasi...kalau Lin lalu belakang mesti Kak Noor buat tak nampak jer....hihihihi

    ReplyDelete
  12. salam kak....

    lauk camni la br terangkat kak...leh habis nasi dua pinggan ni..kihkihkih

    ReplyDelete
  13. salam syg kak nor.
    ulam fav zila jgk tau..betullah klu dapat mkn camnie..2 pinggan sekali adap jew..h ehheee

    ReplyDelete
  14. Salam Kak Noor...
    tak tahan tenung lauk dan sambal lama2..terliur sungguh...kalau mcm ni laju jer meternya..hehehe..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home