Kari Ayam Kampong dengan Umbut Pisang

Kari Ayam Kampong dengan Umbut Pisang




ASSALAMUALAIKUM dan salam hari kamis untuk semua adik2 blogger,masih lagi dengan menu kampong hari ni,sebab ayam pun ayam kampong jadi mesti lah menu yang ala2 kampong jugak, dah lama sebenarnya nak masak gini asyik dok tengok batang pisang muda setiap hari kuar rumah,sampai pisang kecik tu dah jadi mak pisang , belum lagi sampai hajat,akhirnya dua tiga hari lepas terjumpa lagi satu pisang kecik akak tebang je hahaa kebetulan dah ada ayam kampong,masak je kari ayam kampong dengan umbut pisang, dulu2 menu ni memang famous utk majlis kenduri kendara orang kampong di Kedah sana, memang tumbang lah mak bapak pisang, tapi sekarang ni rasa nya dah takda kot menu ni, bila teringin kena lah masak sendiri, bahan nya macam biasa kita buat kari lah..

Bahan2nya
2 ekor ayam kampong  dibersihkan dan dipotong kecil
* ayam kampong lepas dibersihkan diperapkan dengan sedikit tepung dan garam kemudian baru lah dicuci lagi sekali utk hilangkan bau *
3 sudu serbuk kari daging
2 sudu cili kering kisar
2 cawan santan ( pekat + cair )
1 batang pisang di ambil umbut yg didalam yg lembut tu & dihiris direbus
5 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 sudu jintan putih goreng kering dan kisar
2 biji buah keras ditumbuk halus 
sedikit kulit kayu manis,bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
sedikit minyak untuk menumis
garam, gula dan air asam jawa

Panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan kisar bersama dengan kulit kayu manis,bunga cengkih & lawang jugak buah pelaga sehingga wangi,kemudian masukan campuran rempah dan cili kisar dan masaklah sehingga pecah minyak, masukan ayam tadi dan masaklah sehingga ayam agak lembut.  * ayam kampong memang ambik masa yang lama untuk memasak jadi kena sabar menunggu sehingga ia betul2 lembut * bila dah lembut bolehlah masukan santan, air asam jawa, garam, dan gula jugak umbut pisang yang direbus tadi dan masaklah sehingga mesra dan pecah minyak, pokok nya biar kari tu cantik dan merah...

Dah cukup rasa boleh lah diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas, sesekali makan ni memang terangkat tau....





SELAMAT MENCUBA pada yang teringin tapi confem sedap  ayam kampong masak gini meratah lagi sedappppppppp....


13 comments:

  1. Ayam kampung....mmg fav saya.Baru lepas makan bila sampai sini dah lapar balik tgk kari ayam akak.

    ReplyDelete
  2. Adehhhh.. menggugat & meruntum perasaan tul laa akak ni..
    Manolah pulak nak carik ayam kampung kek sini.
    Ayam daro byk laa haa.

    Kak Noor,
    Sham ado boli umbut kelapo ni.. kalau Sham tukar umbut pisang tu ngan umbut kelapo, buleh tak?

    ReplyDelete
  3. Kak noor

    Kat kedah ada lagi gulai rias pisang ..

    Tetiba ja terliur ...

    ReplyDelete
  4. Kak noor, saya tak pernah rasa umbut pisang. Dan baru ni tau umbut pisang boleh makan. Apa pun saya suka ikan bakar cicah air asam, tu fevret saya tu. hmmm kecur air liur.

    ReplyDelete
  5. aduahi kak noor gulai umbut pisang ni feveret family KA ayam tolak tepi dok ratah umbut pisang sampai licin hehehe

    ReplyDelete
  6. aduhai kak noor, bertambah2 nasi kalau makan sajian ni...

    ReplyDelete
  7. klu ke sini mmg x pernah mgecewakan..hidangan mantoppp.

    ReplyDelete
  8. salam kaknoor..mmg mengancam lauk kampung cenggini..lama benor dh x merasa..huhu!

    ReplyDelete
  9. tak penah mkn umbut pisang.Tengok je pun dah sedap..kalau dpt mkn ni mmg ratah je la.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..
    1st thing.. saya tak segan follow kak noor.. jom follow saya nanti ye.. :) :P eheheheh

    akakk.. lama nye tak penah makan gulai umbut pisang.. susah nak cari.. kena balik kg kot2 dapat.. silap2.. dapat tengok gambar ni je la.. ehehehehe

    ReplyDelete
  11. Selamat mlm k.noor....
    lerrrr,,, yer ke,,, sori k.noor, nani terle[pas pandang lah...
    rupanya k.noor dah lama follow nani, nani plak baru jumpa blog k.noor tadi siang... sori sangat2 yer k.noor... kita kawan kan.. >>sambil sua jari kelinking<<

    ReplyDelete
  12. alahai sedapnya QH tgk lauk tu kak Noor...pasti berselera habis ni kalau mkn..sepot nsi bleh habis ni..hehe

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Nor... sedapnya nampak masakan Kak Noor dok post kat blog ni
    Opps... saya terjah blog Kak Noor

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home