Kek Pisang 40 hari Zila Yang Mantop

Kek Pisang 40 hari Zila Yang Mantop



ASSALAMUALAIKUM  dan selamat malam untuk semua nya, semoga kalian sihat2 saja  hendaknya dihari minggu ni walaupun dah malam, di Brunei masa ni sudah isyak jadi kira masa santai lah lepas solat semua nya sementara menunggu panggilan "pulau bilik" hahaha...

Kek pisang 40 hari ZILA4EVER ni akak dah buat beberapa hari yang lalu kebetulan ada pisang lebihan dari buat goreng pisang,cek bahan2 semua nya ada gohead sajalah, tak rugi siapa yang mencuba resepi ni sebab lembut dan yummy sekali tekstur kek tu, resepi ni agak banyak adunan nya jadi akak buatlah dua biji satu yang polos dan satu lagi ditambah badam kat atas macam Zila, kedua2 nya pun memang sedap tapi paling best yang ada badam lah sebab ranggup terasa badam krup krup...

Untuk Zila akak kongsikan resepi kek pisang yang sedap ni kat sini jugak tau, halal kan ya 
heheee....




kek pisang 
resepi asal umi e
                
bahan-bahan
4 biji pisang sederhana besar
3 biji telur 
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan minyak
1sdt bikarbonat soda
secubit garam

cara-caranya
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang
  2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul
  3. Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
  4. Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati
  5. Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak
  6. Bakar hingga masak selama 45mins dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masak.





YANG NI VERSI YANG ADA BADAM TU dah macam bukit lah pulak...




SEDAP bangat sampai ada anak2 cakap MAMA BELI KE??? 
Lepas tu akak cakap JANGAN PANDANG MAMA SEBELAH MATA TAU!!!!!
HAHAA terperasan lah sudah makcik sorang ni heeee..

9 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah Atie lain kali kalau ada pisang lebih mesti nk buat lagi ni berbaloi baloiiii

      Delete
  2. tak pernah tahu ada pisang jenis ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Noor.. harap Kak Noor sekeluarga sihat..wahhh sedap tu kek pisang nya.mkn plak dgn air kopi..

    ReplyDelete
  4. salam syg kak nor.
    akkk mmg gebuss sgt tue..thnks sudi cuba yg versi ada badam tue..mmg sedap kan krukk2 lg..he hheee lain kali klu ada pisang zila pun nak buat lg:))

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak noor..
    apa khabar... wahhhh bekfes kek pisang pagi ni ek...
    sedapnya... pisang mmg elok utk anergy kan.. :) senang lawas tu.. baik tuk kesihatan.. :)
    sedap tengok topping dia.. nyum nyum..

    ReplyDelete
  6. nampak sedap dan gebu. Kita pun nak terai jugak..

    ReplyDelete
  7. He he heh Kak Noor.... dah jangkit virus pisang 40 hari kat Brunei ye...

    ReplyDelete
  8. ingt 40 hari mencari kek pisang...hehe..
    morning kak noor...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home