Lasagna Ayam Yang Sedap dan Lazattt

Lasagna Ayam Yang Sedap dan Lazattt




ASSALAMUALAIKUM dan salam pagi jumaat yang sihat,ceria dan berbahagia ini,akak harap semua adik2 jugak berbahagia disamping family tersayang dengan masakan yang hebat2 untuk menambat hati anak2 dan suami,eh bukannya nak tambat pun kan tapi kadang2 kita masak ni atas permintaan anak2 dan suami jugak, sama jugak dengan Lasagna ni,anak akak yang teringin nak makan sebenonya jadi mama pun sibuk lah mencari bahan dan akhirnya jadilah Lasagna ayam yang kira nya boleh lah dimakan sampai tak sempat nk tunggu sejuk terus terjah je lepas kuar dari oven haaaa..

Resepi ni akak korek dari blog ATIQAH, memandangkan ia nya tak banyak songeh sangat jadinya akak pun ikut lah ALHAMDULILLAH rasanya menepati citarasa anak2 dan akak jugak, thanks Atiqah izinkan akak share kan resepi kat blog akak ok,hai dah start berlasagna ni tak takut gemuk ke Makcik oiiiii hahaaa.....


NI baru je kuar dari oven masih panas masing2 tak sabar nk potong, kalau ada yang teringin nak buat sila cek resepi kat sini ya mudah lah rasa nya dan yg penting sedapppp..



1 bungkus lasagna kering 225 gm
1 s/b marjerin/mentega
½ s/k garam Air secukupnya , untuk merebus (kalau beli lasagna instant pun, lebih baik rebus dulu walaupun ditulis 'no precook required'..tp kalau tak nak rebus jugak, sos lasagna kenalah cair. tak boleh pekat)
125 gm mozarella cheese ~ diparut halus



Bahan2 Sos Daging2 s/b marjerin/mentega 
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus
500 gm ayam cincang 

250 gm Tomato, kupas, parut (Tqah guna 3 biji ~ just potong2 & terus blend dlm blender basah tanpa air.. tak parut pun, boleh juga guna "diced tomato" dalam tin)
300 gm Sos Tomato dlm botol 

100 cc Air (tqah guna setengah cawan)
3 blok kiub maggi ayam
1 s/k Oregano serbuk (tqah tak letak pun)
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Akak tak guna tomato sos tapi menggunakan cili sos heee derhaka sikit


Bahan2 Sos Putih50 gm marjerin/mentega (tak timbang pun.. bubuh dlm 3 sudu besar)
50 gm Tepung gandum ~ bancuh jadikan pes likat dengan sedikit air (dalam 3 sudu besar jugak)
400 cc Susu Cair Evaporated (Tqah guna 1 tin susu cair)
100 cc Air (tqah guna 100 ml, dalam setengah cawan)
125 gm Keju Cheddar parut (Tqah guna mozarella cheese)
1 blok kiub maggi ayam
¼ s/k serbuk lada putih

¼ s/k serbuk buah pala (Tqah tak letak pun)sama jugak akak tak letak sbb takde



Cara Menyediakan Kulit Lasagna
1. Panaskan air hingga mendidih, tambahkan marjerin dan garam.
Masukkan kulit lasagna satu persatu ke dalam air mendidih dan masak hingga kulit lasagna lembut. (Jgn terlalu lembut sgt.. nanti terkoyak)
Toskan dan masukkan dlm sebesen air biasa.



Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air. Masukkan kiub ayam, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.



Cara Masak Sos Putih1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata.
Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
Tambahkan keju parut, kiub pati ayam MAGGI,
serbok lada putih & serbok pala.2. Masak hingga mendidih dan mengental.


Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling,
2. Susun lasagna. kemudian letakkan dan ratakan sos merah, kemudian tindankan sos putih dan ratakan.
3. Ulangi proses sama seperti tadi diakhiri dengan sos putih di bahagian atas.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas.



Yang ni sempat diselamatkan sepotong untuk kak Noor ambik gambar ,hahaaa kalau tak memang selesai satu bekas tu aduiii best jugak tengok anak2 makan hasil air tangan mama yang masin2 tu kan 
hahaa untuk adik2 yang belum pernah cuba buat sila lah SEDAP OOOOOOOO I TELL U..

13 comments:

  1. singgah sini!
    Sedapnyeeee! terliur tengok! ^^

    jom jenguk dan follow ~Sinar CintaKu~ ! ^^

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Noor,

    Dah lama nak cuba lagsana ni tapi belum cukup kerajinan itu.. oder satu dengan kak noor boleh , sedap tu ehe :D

    ReplyDelete
  3. Asslmkum Kak Noor
    Sue baru pg tadi sebut2 dgn kwn opis yg teringin nak buat lasagna ni. Ni baru nak godek2 resepi..Tup2 Kak nOoor post n3 Lasagnia..Huhhhu..sedapnyalah kak..Teringin nih..

    ReplyDelete
  4. waduh dh lama x mamam lasagna..mengancam la kaknoor punyer nih..nk minta ada lg belen x?

    ReplyDelete
  5. sedapny kak noor tengok lasagna ni...mmg feveret ni...nanti leh try...xyah beli kat pizza hut lagi...tq kak noor & atiqah share resepi ni ;)

    ReplyDelete
  6. Jadi terliur bila terpandang lasagna yang masih panas ni Kak Noor oiiiiii...

    ReplyDelete
  7. oppsss jadi terliur lak bile lama2 tenung lasagna tu...sedap dimakan panas ni..laju je masuk ke mulut..nk buat mmg xrajin..byk pula stepnya..hehe

    ReplyDelete
  8. huii.. sodap ni. Makan makanan yang ada cheese bebanyak ni kena sikit je kalau takut gemuk haha. Budak2 dibantai je kan..

    ReplyDelete
  9. sedapnya kak.....tak pernah buat sendiri.....nanti nk try...TQ

    ReplyDelete
  10. terima kasih akak sudi sharekan resepi dri blog saya ni dalam blog akak. sedapnyaaa tgk hasil akak. keliur betul. kang tengah malam ni jgk pegi buat. T_T

    ReplyDelete
  11. resepi dalam blog akak nie semua sedap2!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home