Muffin Pisang Coklat Chip

Muffin Pisang Coklat Chip




ASSALAMUALAIKUM  WARAHMATULLAHIWABARAKAATUH...
Salam sejahtera untuk semua yang sudi singgah samaada memberi komen ke tidak terimakasih kak Noor ucapkan,tak kisah lah sekadar nak jenjalan je malas nak komen pun I also tak kisah chewahh speaking london lagi tu.

Berbalik pada resepi hari ni, sejak kebelakangan  ni suka sangat akak buat muffin, atas permintaan anak2 jugak lah mama nya jadi rajin lebih, walaupun semalam hari minggu tetap jugak merajinkan diri sebab sayangkan pisang yang dah hitam, kebetulan pulak baru je tengok kat blog IZAH MUFFIN LOVER  dua hari lepas kot masih segar jadi memang akak ikut je resepi dari IZAH yang di ambil dari  Ros Jintanmanis.
Untuk IZAH izinkan akak kongsikan jugak resepi ni kat sini ya untuk rujukan anak2 akak nanti.






MUFFIN PISANG INTI COKLAT

Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum

 1 1/3 cawan gula
*izah guna 1/2 cawan dan beberapa sudu * kak noor guna 3/4 cawan

2 biji pisang yang ranum
*izah letak 200gm  * ikut sifu 200gm jugak

1\2 cawan minyak masak

2 biji telur

1\3 cawan  susu segar

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 1/2 sudu kecil baking powder

beberapa titik esen vanila

beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)
*izah guna coklat chip  * kak noor pun sama guna coklat chip



Cara-caranya

1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.

2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.

3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.

4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, *izah bakar 25minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Sebenarnya kak noor  lupa nak letak coklat chip tu, lepas dah masuk oven dalam 10 minit kot baru teringat terus kuarkan dan letakan coklat chip lagi tulah coklat chip tak mau turun dalam muffin sebab dah agak keras sikit adunan,tapi tetap sedap.




Lain kali ingat jangan terlalu kelam kabut masa buat kerja nanti semua pun jadi terlupa, nasib baik makan tak  lupa, kalau tidak mesti dah kurus mulus akak ni kan heee



4 comments:

  1. kak noor..kurus mulus kak.. hahaha.. lawak kak noor.. cantik la tuh muffin nyer, kalau geseng sikit lagi sodap tuuu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izah..geseng tu ape lah dik oiii akak tak faham bagi garing sikit ke,udah akak masuk lama2 tak mau garing jugak hee betul ke geseng tu garing hahaa

      Delete
  2. Aahhh bekpes sini la dulu...teh tarik takde ke kak noor? Mapin tu mai yg besar2 ye..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home