Nasi Lemak Sambal Sotong & Daging Panggang

Nasi Lemak Sambal Sotong & Daging Panggang



ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu yang busy untuk semua,yang tak busy pun buat2 busy saja lah ya maklum hari minggu banyak yg nak berehat,jadi makan pun simple dimple saja lah,nasi lemak rasanya paling simple dan menu ni takda yang menolak kalau dibuat merangkap dari pagi sampai tengahari pun tahan ni kalau anak2 kak Noor, kali ni akak nasi lemak bersambal kan sotong fav si tukang masak,mana boleh masak untuk orang saja,kali ni puaskan hati si tukang masak lah pulak..



Bahan Untuk Sambal Sotong

2 ekor sotong kembang dibersihkan dan dihiris kecil
3 sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit belacan
1 sudu air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Caranya

Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga wangi masukan cili kisar
Kacau sehingga cili pecah minyak masukan air asam jawa, belacan, garam dan gula.
Dah secukup rasa masukan sotong masak biar air nya agak kering.
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak


Untuk buat nasi lemak

Kak Noor blend  bawang besar 1 biji, halia 1/2 inci, dan 1/2 inci lengkuas,campur semua bersama santan, sukat lah beras, kak Noor guna 2 cawan beras basmathi, jadi santan nya antara 2 1/2  ke 3 cawan lah, dan masak lah macam biasa masukan dalam rice cooker dan jangan lupa garam tau!! nanti tawaq hebiaq pulak kata orang Kedah hahaha




Untuk memasak daging panggang pulak, hiris nipis daging yang kita perlukan,cuci bersih dan toskan.
Kisar kering 3 ulas bawang putih dan 1 sudu lada hitam ( untuk perap 1 kilo daging )
Lumurkan bahan kisar pada hirisan daging campurkan 1/2 sudu garam dan 2 sudu gula gaul rata dan perapkan agak2 dua tiga jam, lagi lama lagi baik lebih meresap bahan perapan tu
Letakkan sedikit minyak di dalam kuali serbaguna tu dan pangganglah di atas api yang sederhana sehingga daging masak di kedua belah,dan sehingga habis daging.



Boleh lah dihidangkan bersama nasi lemak, sambal sotong, telur mata dan timun
Nak tau rasa kena cuba dulu lah, yang pasti nasi lemak pasti bertambah pinggan ni heeee
Happy weekend untuk semua adik2 tersayang.

14 comments:

  1. Asslmkum kak noor.
    Nasi lemak tuuuu. .. Sue pg2 dah bkk IG nak tgk bfast kak noor. Ingat nak seru juga td, ajk bfast sama. Hehehee. . Betul la tu kak. Sesekali kn ikut tekak tukang masak kan. Heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmuslam Sue
      tukang masak kena jugak ikut tekak dia kang majuk tak masak susah pelanggan nya pulak..
      hari minggu biasalah Sue lambat masuk ofis IG tu heee

      Delete
  2. Selamat pagi Kak Noor cayangggg... makin lama makin meriah sungguh dapur kakak ni dengan macam2 menu! sedap2 pula tu.... alahai, kita dah lebih 2 minggu tak wat nasi lemak... numpang sini kak ye, tengok telur tu...mmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lambat akak masuk rumah ni Mie,nasi lemak pun dah cuci peyok ni tk dapek den nolong ni esuk2 lagi lah ya..

      Delete
  3. wowww...sedapnya Kak Noor nasi lemak nih..siap ada daging panggang lgi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali tukar dari ayam ke daging pulak Adda best gak layan selera sendri hee

      Delete
  4. mabeles la kak nor... Tapi untuk lbh sihat pilih salah satu sama ada telur atau daging..Dari pembacaan saya telur dan daging tak elok dimakan dalam tempoh yang sama...
    apa2 pu resepi ni terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih C Jai ya,insyaallah lain kali kena pilih salah satu je yang selamat makan ayam lah kot boleh campur dgn telur kan nasi lemak kalau tkde telur tak sedap lah pu lak kan

      Delete
  5. Alhamdulillah! saya tumpang 'jamu' mata ya kak noor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Sweetie jamu mata pun ok gak,kenyang jugak sang mata tu kan walaupun sang perut masih lapo hee

      Delete
  6. Masya'Allah.. mmg membuka selera. Anak2 Sham pun kalau disogok nasik lemak siang malam pun memang x menolak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Sham anak2 mmg boleh lah siang malam nasi lemak ni tapi kalau utk kita2 ni kena beringat jugak tu kan sakit sendiri tanggung heee

      Delete
  7. salam syg kak nor,
    x simple tu kak..klu nasi lemak nampak jew snang tp kena byk ass baru sedap kan..dh lama zila x mkn sotong sambal camtu..uitsss sedappp:)

    ReplyDelete
  8. salam kak noor.
    dah mumcul pun menu org elayu tulen..ekeke...wah, belum sarapan lagi ni...sdah nampak nasi lemak macam2 lauknya...semuanya saya suke..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home