Sambal Tumis Telur Dahulu Kini dan Selamanya

Sambal Tumis Telur Dahulu Kini dan Selamanya




ASSALAMUALAIKUM  dan selamat pagi untuk semua rakan2 bloggers akak yang disayangi,walaupun tak pernah bersua muka tapi membaca tulisan kalian dah terasa kemesraan yang terjalin diantara kita,walaupun tempat kita tak sama di merata dunia ni, dengan berbloggers kita dapat menerjah dapur kenkawan dengan sekelip mata saja,dan dapat sekodeng apa yang kenkawan buat pada masa tu kan,itu lah canggihnya dunia masa kini,itu lah dunia tanpa sempadan MASYAALLAH

RESEPI akak hari ni hanya resepi simple yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan, resepi yang palling digemari oleh anak2 akak,yang penting ada sambal yang merah2 tu,kalau kat umah akak sambal tumis memang laris sekali tak kira sambal bilis ke,sotong ke udang janji sambal,tapi yang paling diaorang suka ialah 


SAMBAL TUMIS TELUR DAHULU KINI DAN SELAMA NYA 

4 biji telur direbus
3 sudu cili kering kisar
1 labu bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih kisar
1 sudu jintan manis goreng tanpa minyak dan kisar
sedikit pati santan
sedikit asam jawa
garam gula dan minyak untuk menumis

Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi,masukan cili kisar,air asam jawa,garam dan gula dan masaklah dengan api perlahan sehingga pecah minyak,masukan pati santan, boleh jugak tambahkan sedikit air dan terpulang citarasa sendiri nak pekat kurangkan air lah ya.. 





YESSSS sambal tumis telur dahulu kini dan selama nya dah SIAPPPPPPP dan boleh lah disantap dengan nasi panas, atau boleh jugak dimakan dengan roti pun SODAPPPPP...

13 comments:

  1. Salam mesra kak Noor,
    walaupun sambal telur tapi ttp ngancam,,,,ada nasi lemak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. slam mesra kembali Mar
      dah malas nak berlemak2 dgn nasi putih pun sodapppp heee

      Delete
  2. As'salam Kak Noor :)

    belum baca enri ct dah telan2 air liur 3-4 kali kak Noor hehehe. ct dan family memang suka sambal telur, apa sambal semuanya suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmslam Ct..
      ni menu kita2 yg belah utara sambal mesti ada punya setiap hari dan tukaq2 bahan utama dia ..anak2 akak kalau tkde sambal mmg ad ayg majuk jugak tak nak makan nasi haaa

      Delete
  3. waaaa sedapnya lauk gini kak nor....always sukaaa....tpsayang lak telur tuh...nk bt kek lg..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anna hahaha memang lah tokeh kek mmg sayang nak makan telur,tapi cam akak ni suka masak telur simple dimple kapadia je hahaa

      Delete
  4. all time favourite ni .. baru je buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Mala telur satu tray jab ja habis kalau kat umah ni,macam2 depa suka dgn telur ni pendekata hantu teloqqqqqq lah

      Delete
  5. Assalam kak Noor syg.
    Wahhh header baru....cantik.
    Betul kak,sambal telur dulu kini dan selamanya....prghh mmg sedap dan tak pernah jemu.

    ReplyDelete
  6. ohhh izwa lagi suka telur mata kerbau tu buat sambal :)

    ReplyDelete
  7. salam syg kak nor..owhh kena buh jintan sikit erk..wookeeyy nnt nk buh jintan cam akk jgk..slalu zila x letak..:) merah mengancam tu kak:)

    ReplyDelete
  8. Kak noor...huhu...mmg betul ckp akak..dulu kini dan selamanya. .tengok smbal akak ni teringat kt satu2 arwah adik lelaki saya...feberet dia ni...tp yg plg dia suka telur tu mata kebau n ceplus masuk dlm samball.....hukhuk..sedih la plak....

    ReplyDelete
  9. salam kaknoor..mmg betui tuh..penghuni kt umah kita pun plg suker sambal telur..maknye lagi la suker sbb selain sodap..ianye sgtla sempoi utk dimasak kan..hehe!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home