Ayam Lemon Yang Emmmmm Sedap

Ayam Lemon Yang Emmmmm Sedap




ASSALAMUALAIKUM dan salam 1 muharam untuk semua adik2 blogger, ALHAMDULILLAH semalam dah beres membaca doa akhir tahun dan awal tahun, mudah2an ALLAH ampuni dosa2 kita yang telah lalu, murahkan rezeki dan panjangkan umur kita yang berkat AMIN YA ROBBAL ALAMIN

BERMULA tahun baru resepi pun agak baru sikit lah tapi sebelum ni akak hanya buat untuk ikan dori je resepi ni tapi hari ni akak try guna ayam pulak, tapi ALHAMDULILLAH SEDAP yang penting anak2 suka dengan rasa nya yang masam2 manis tu..





Bahan nya
  • 1 bahagian dada ayam di potong kecil 
  • 1 biji lemon di parut atau di hiris kecil kulit lemon
  • 1 biji bawang besar potong bulat
  • 2 biji bawang putih dicincang halus
  • sedikit serbuk lada hitam
  • Secukupnya capsicum merah,kuning dan hijau dipotong
  • kak noor hanya ada capsicum hijau je, jadi tambah cili merah je utk meriah kan ayam lemon dan sikit brocoli
  • 2 sudu air lemon
  • 1 sudu tepung gandum dibancuh dgn sedikit air
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 1 sudu planta
  • 1 kiub ayam dan sedikit gula
Cara membuatnya
  • Ayam dibersihkan dan perap sekejab dengan lemon toskan gaulkan dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam kemudian digoreng
  • Panaskan planta dan tumislah bawang putih sehingga wangi masukan bancuhan tepung gandum dan air lemon kalau pekat tambah lah air sikit.
  • Masukan kiub ayam dan gula rasa lah ikut fav masing2 tapi mesti ada rasa masam2 manis gitu
  • Dah mendidih bolehlah masukan ayam, capsicum merah,kuning dan hijau, kulit lemon dan bawang besar jangan terlalu lama nanti warna sayuran dah tk cantik.
  • Ayam sos lemon dah masak bolehlah dihidangkan dengan nasi panas2 teruja U wangi sangat dan yang pasti sedap anak2 suka..



SEDAP dimakan dengan nasi panas2 wow pasti bertambah  nasi ni...

18 comments:

  1. Selamat Tahun Baru Maal Hijrah juga buat Kak Noor sekeluarga.. Emmm.. memang sedap Ayam Lemon ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kita manafaatkan tahun baru ni Sheila supaya lebih baik dari tahun lepas aminnnnn sure sedap heee angkat bakul ke ni???

      Delete
  2. Selamat Tahun Baru Maal Hijrah juga buat Kak Noor sekeluarga...moga apa yg Kak Noor doakan di makbulkan Allah swt...amiiiin
    tapau boleeeeh....:D!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ami ya robbal alamin mokwo cayang
      boleh boleh nk berapa kilo?? hahaa

      Delete
  3. setuju3x...mkn dgn nasi pns kompem tmbah berkali-kali! mas yg tgk ni je dh rasa berselera sgt, kalau dpt mkn lagi la kan hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas yang jauh hanya boleh pandang2 jangan pegang2 heeee akak yg dekat dngn ayam lemon yg kenyang sbb hari ni nasi tambah 2x aduhhhhhhhhhh

      Delete
  4. salam kak nor ilah cuba masuk komen kalu boleh ada lah kat sini huhuhuuuu...salam maal hijarah buat kak nor ..t.kasih ucapan birthday jiha.. mama siap panggil jiha nak keluarkan fakta sekolah jiha tu siap amek sijil2 baru betul2 ingat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah Ilah dah sukses tu komen kat sini boleh lah selalu dtg lagi hee, sama lah kita Ilah anak kak noor ada busday jugak bulan nov ni 11.11 yg lepas...

      Ilah mmg seorang ibu yg perihatin dan penyayang

      Delete
  5. akhirnya bolh komen kat mozila..selalu guna croome... kacau juga tenet ni byk ragam

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. alhamdulillah Ros dah kebas nasi 2x puas hati hahahaa

      Delete
  7. salam syg kak nor..
    muahhh rindu kt akk nie..salam maal hijrah kak..ada ayam lemon lagi kan..he hhee rajinnn..nampak sedapppp..klu mkn dgn nasi mmg x nampak org blkg ..kecurr:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun rindu jugak dgn zila lama tk bersembang kedai kopi yalah masing busy dengan tugasan kan...
      bukan rajin Zila tapi dah tugas tukang masak kang masak yg sama jemu pulak budak2 tu ...

      Delete
  8. Salam Maal Hijrah buat k.Noor sekeluarga. moga tahun dikurniakan Allah sentiasa dgn kesejahteraan, kebahgiaan dan keberkatan dalam apa jua yang dikerjakan.
    Ayam lemon...nampak sedap...pernah buat sekali dulu..

    ReplyDelete
  9. Salam Maal Hijrah buat kak Noor sekeluarga.....
    hmm..menyelerakan la tengok ayam tu..

    ReplyDelete
  10. As salam kak noor.As pun rajin juga buat ayam lemon ni .Anak2 suka sangat

    ReplyDelete
  11. Uih nampak sedap. Saya mmg da lama carik resipi nih. Tq kak noor.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home