Chocolate and Banana Muffins From FOOD LOVERS

Chocolate and Banana Muffins From FOOD LOVERS




ASSALAMUALAIKUM  semua anak2 dan adik2 tersayang,  ALHAMDULILLAH kita masih lagi diberi kesempatan oleh ALLAH untuk mengecap nikmat hidup di dunia ni dengan limpahan rezeki yang tidak ternilai dan nikmat kesihatan yang selalu di dambakan setiap insan.

Muffin ni dah seminggu akak buat tapi sebab kesibukan yang memanjangkan terpaksa dibatalkan tambahan dengan laptop yang demam panas masa tu heee tulah akak lama tenggelam, takpe gambar nya masih ok kan
hehee...





Berbalik pada resepi kita hari ni ialah resepi ulangan yang tak pernah jemu di makan, lembut dan sangat moist walaupun dah dua tiga hari, resepi ni akak ambil dari buku 
FOOD   LOVERS
CUPCAKES & DELICIOUS BAKES
Tapi kali ni kebetulan ada lebihan jagung kak noor taburkan sikit sebelum di bakar tu, pada pencinta jagung memang sedap lah sebab banyak rasa, ada pisang, coklat dan jagung, caca marba gitu kan heee


1 cawan /120 gm tepung naik sendiri
2/3 cawan gula / 120gm gula
1 sudu kecil  bicabonate of soda
secubit garam
1/2 sudu teh serbuk cinnamon
100 gm dark chocolate dipotong kiub
1 biji telur
120 gm butter cair
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji pisang di lenyek * kak Noor blender supaya lebih halus tekstur pisang tu *

Untuk topping 
Potongan pisang secukupnya
butter cair 







Cara nya
Panaskan oven 350'F atau 180'C
Masukan tepung,gula,baking soda,garam ,cinnamon dan dark chocolate kedalam mixer putar bersama dengan telur dan butter suam jugak vanilla
Masukan pisang yang dilenyek dan putarlah sehingga pekat dan sebati
Sudukan 3/4 adunan dalam acuan muffin dan letakan hirisan pisang di atasnya
Sapukan dengan sedikit mentega cair diatas nya dan bakarlah selama 25 - 30 minit atau sehingga masak
ALHAMDULILLAH makan masa panas tu huh memang terangkat.






Tengoklah lelehan coklat yang potong kiub tu masa panas2 tu kita makan terasa macam larva kek lah pulak, Pak cik hubby tu di suruh rasa hahaha tak dapat sebiji mesti nak dua tiga ++++
Jom cuba sama2 kita merasa keenakan muffins ni..



3 comments:

  1. salam Kak Noor, sup ayam kampung dah habis ke? hehe..nak makan mapin la pulak..

    ReplyDelete
  2. assalam kak noor..acik tengok gambar pun tau sedap..mood rajin acik belum datang ni

    ReplyDelete
  3. salam syg kak nor
    mapin gebus nie kak..patutlh lama myepi lappy x ok yer ka..kita dh rindu dgn akk nie:)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home