Copyrights @ Journal 2014 - Designed By Templateism - SEO Plugin by MyBloggerLab

Monday, November 26, 2012

,

Pegedil Bako Lah Pulak...

Share



SELAMAT  petang  semua nya, nampak nya masih lagi dok makan kentang, nak kasi mata biru dah tak boleh, yang boleh pakai baju biru saja, tapi kalau buat kentang macam ni tak makan nasi pun dah ok tau, mana lah tau ada yang nak turunkan spare tyre kat mana2 tu boleh try sebab pegedil ni versi bako, no minyak-minyak kira save lah sikit kononnn lah tu kan...






Bahan nya

8 biji kentang kupas cuci bersih dan rebus lalu tumbuk
200 gram isi ayam atau daging kisar akak masak kejab dalam kuali
daun sup dan bawang dihiris kecil
garam dan lada sulah secukupnya

akak tambah sedikit bawang goreng
cili besar yang dihiris kecil
sedikit serbuk buah pala

Utk buat versi bunga ni akak tambah sedikit susu cair nak kasi lembut supaya senang nak tekan dalam acuan creampuff tu.

Semua bahan2  diatas disatukan dan masukan dalam piping bag yang ada nozel bunga dan tekan lah di atas try yang sudah di letakan sedikit planta, dan bakar lah selama 10 ke 15 minit dengan suhu 200'C atau sehingga agak garing lah ..

Pegedil ni anak2 kak Noor ratah je tak makan dengan nasi pun sebab tu lah laju je habis walaupun buat berkilo2 kentang haha





SELAMAT MENCUBA UTK SEMUA PASTI SEDAP SEHINGGA MENJILAT JARIIII....

16 comments:

  1. kalau bakaq mcm ni sure tak cukup punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Mala dah sure bin pasti tu habih buat lagi ni..

      Delete
  2. amboi kak Noor.. pegedil lagi... kali ni, bukan main seksi lagi ya... siap swirl lagi... sampai ke hati nak makan cantik2 camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seksi ke Ogyep hahaha sesekali apa salah nya kan, panas tu hari ni kasi seksi sikit lah..

      Delete
  3. wah kak noor cantik & mesti sedap nikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak makan pun mesti kena cantik jugak KA bagi aura cantik tu masyukkkk

      Delete
  4. wah kak noor...menu sihat ni... selalu versi goreng je... kak noor buat versi bako... cantik lak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. FnF... masa ingat tu Fnf di bako2 tapi masaalahnya dok keja nak mkannnnnnnnnn je tak sihat jugak tu kan heee

      Delete
  5. walllaaaaa Kak Nor... terpaksa Amie pandang dua tiga kali pegedil bako Kak Noor ni sebab cantik, kreatif & menggoda... simpankan tuk Amie 3 ketul ye kak, sat lagi nak berenang ke Brunei....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai Amie kalau berenang pegedil ni dah habis dua tiga kali buat habis hahaa boleh lah try Amie bukan setakat 3 biji 10 bijik pun boleh maaaaaa

      Delete
  6. ibu yang kreatif...enak nampaknya..tanpa minyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Rohah tanpa minyak bestttttt muka pun berseri2 bila makan ni heee

      Delete
  7. menarik ni kak noor.. boleh dicuba.. thanks for the idea.. :)

    ReplyDelete
  8. sedapnya... biasa makan bergedil goreng, yang bakar tak pernah jumpa lak... nak makan kena buat sendiri le nampaknya

    ReplyDelete