Sambal Terung Goreng Plus Ikan Bilis

Sambal Terung Goreng Plus Ikan Bilis




Selamat petang adik2 blogger dan rakan yang lain, dah petang baru berkesempatan mengupdate blog ni, tugas surirumah sebenarnya melebihi dari tugas kerja opis tu lah hakikat nya, tapi takpe tak boleh complain banyak2 nanti takde pahala apa yang kita buat, penat dan sia2 saja hee, walaupun apa pun
SAYA BANGGA JADI SURIRUMAH SEPENUH MASA, DAPAT KELUAR MASUK OFIS NI SUKA HATI, NAK BABAM KE BUBUK KE ...

HARI ni resepi simple je kak Noor nak kongsikan, dulu pernah tengok kat blog Matgebu, resepi terung yang letak ikan bilis ni, tapi untuk ini akak main guna resepi sendiri je, sebab ikut selera pelanggan dalam rumah ni, jom semak resepi simple dimple ni..





2 biji terung bulat dihiris nipis di lumur sedikit garam dan kunyit
sedikit ikan bilis goreng garing
1 labu bawang besar dimesin
3 ulas bawang putih di mesin
2 atau 3 sudu cili kering yang sudah di mesin
1 sudu air asam jawa
garam dan gula sikit
sedikit minyak untuk menggoreng terung


Panaskan pemanggang ajaib tu hahaa, kalau takde guna je kuali biasa tu, kak Noor suka guna pemanggang tu supaya dapat garis pada terung tu,  dan goreng lah dengan sedikit minyak hingga garing di kedua2 belah terung tu dan ketepikan

Dalam kuali yang sama masukan sedikit minyak dan masukan semua bahan2 mesin tadi, dan masak lah sehingga wangi dan berminyak, masukan air asam jawa, garam dan gula
Kacau lah sehingga pekat dan sebati, dah cukup rasa boleh lah diletakan di atas terung dan taburkan ikan bilis goreng ranggup tu.
Sedap dimakan dengan nasi yang baru angkat atau nasi sejuk pun ok jugak, memang laris kat rumah ni sebab semuanya hantu terung...




Ok selamat mencuba dan selamat minum petang
Petang ni minum dengan crepe yang masih bersisa dalam petiiais haha

8 comments:

  1. nak kongsi resepi.... nak mencuba....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila kan Yunid sharing is caring mesti sedap punya confem heee

      Delete
  2. Sedapnya kak makan dengan nasi putih hangat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap dan pasti bertambah nasi ni Norzie heeee esuk lusa nak buat lagi dan lagi

      Delete
  3. Replies
    1. thanks Amanda akak pun suka bangat ni tau, sampai anak2 suruh buat lagi heee

      Delete
  4. Menarik pulak resepi ni, terung + ikan bilis, sedap tuuu : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks EG sedap dan ranggup krup krap ikan bilis tu boleh try kalau sudi heeee thanks sekali lagi sudi terbang sini ya hee

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home