No Bake Marie Cake Yang Simple

No Bake Marie Cake Yang Simple




ASSALAMUALAIKUM  dan salam rabu untuk semua yang sudi berkunjung kesini, hari ni akak nak kongsikan dengan adik2 semua resepi yang sangat mudah dan simple yang dah lama akak tak buat, tapi dek kerana busy baru lah teringat kek yang simple ni

BAHAN NYA

1 peket biskut marie perisa apa2 saja
1/4 tin susu pekat manis atau ikut kemanisan sendiri nak lebih or kurang
2 tin nestle cream


CARA

Campurkan nestle cream dan susu manis dalam satu bekas dan kacau biar sebati.
Sediakan bekas atau loyang ratakan dengan  campuran susu dan cream ni .
Susun kan marie di atas campuran tadi, kemudian letak cream dan marie dan buatlah sehingga penuh dan loyang atau sehingga cream tu habis, boleh jugak diletakan buah cocktail kat atas tu, tapi biasa lah anak2 tak gemo sangat so akak buat lah cam gini no buah save bajet kan.
Dah siap masukan dalam petiais selama beberapa jam baru lah di potong dan disantap

WALAUPUN SANGAT SIMPLE DAN SIKIT JE BAHAN DIA TAPI RASA NYA SANGAT SEDAP , SESUAI DIMAKAN BILA2 MASA SAJA PAGI TENGAHARI PETANG MALAM
SELAGI BELUM HABIS HAHA.....





Hanya tinggal potongan ni je yang dapat diselamatkan untuk ambik gambar yang baki nya dah habis dikebas oleh peminat kek simple ni..




SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA YA
RUGI TAU KALAU  TAK  MERASA  KEK YANG  SIMPLE  DAN SEDAP  NI
AKAK   SUDAH  ANDA   BILA  LAGIIIII..


16 comments:

  1. simple... pasti sedap kan kan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap Ayu walaupun simple dan sikit je bahan jgn pandang sebelah mata heee utk cantik boleh jugak letak dlm gelas pastu atas letak buah2 lagi bestttt

      Delete
  2. tngk bhn2 pun dah tau sedap..lebih sedap di makan sejuk ni kan Kak Noor....tq kongsi resepi..leh cuba ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap Yatie lagi sejuk lagi bestt tau, nak2 ada lebihan krim nya tu wow lagi lah meleleh heee

      Delete
  3. panas2 ni kalau dapat makan kek sejuk memang sedapnya kak noor... nanti balik pahang la baru cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang boleh buat resepi mudah ni Cheqsu, buat banyak2 letak dlam petiais pastu kerja dok ulang makan hahaaha kan sedap wooo

      Delete
  4. Sala..Saya pernah tgk nestle cream yang dalam tin tu kat pasaraya, tapi tak tau apa fungsi dia..oh salah satu boleh buat kek ni ya...Ia bukan macam whipping cream ya kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yA SUE lain kali beli je hehee oklah tu dah tau kegunaan nestle cream tu pasni mesti nak beli banyak2 buat stok, selain merie kita boleh jugak guna biskut jejari tu dan ikut cara di atas,pekat nya macam whipping cream tu jugak
      Sue tapi kalau whipping bila kita pukul dia akan kembang tapi yg ni wallahuaklam akak belum pernah masuk mixer utk pukul..

      Delete
  5. sedap ni.. macam kek batik tapi tak susah2 nak masak atas dapur ya Kak Noor. mesti cuba ni hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu GL takyah masak pun godek2 je atas meja masuk petiais tunggu sejuk dah boleh makan tak sampai 1/2 jam menggodek tau hee

      Delete
  6. salam kak noor...simple n sodap kek nie kak...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tidak syak lagi As anak2 suka snagat kek ni, memudahkan mummy kan takyah nk bako ke kukus ke godek2 je dah boleh makan hee

      Delete
  7. Sedap hingga menjilat sudu...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi yg sangat mudah je kak Noor buat Rahel save semua benda hahaha yg penting sedap ya tak kan...

      Delete
  8. 1st time jumpa resepi mcm ni.selalu org buat kek lapis cheese, kalo tak pon kek batik. yg ni memang super duper simple la.

    ReplyDelete
  9. Salam akak...nestle cream tu yg tin kecik atau yg besar? Yg ada perisa tu ker?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home