Sambal Sardin Berkantan

Sambal Sardin Berkantan


ASSALAMUALAIKUM  dan salam sabtu untuk semua, hari ni dah 29 hb disember, rasa nya sabtu terakhir untuk tahun 2012 ni, hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah masuk ke tahun baru 2013,  dan rasa nya dalam tahun 2012 jugak hanya sekali je akak makan sardin dan termasuk yang ni dua kali lah hahahaa, bukan ape sebab dalam umah ni tak de yang minat sardin pun, ni pun kes nak cepat semalam banyak agenda perlu dibereskan, korek2 dalam kabinet dapur ada lagi satu tin sardin nasib belum expired boleh lah jadi peneman nasi putih...



MASAK sardin ni yang paling simple sekali tapi AWASSSSS  jangan di amalkan sangat sardin ni kan ada jugak akak dengar tak baik utk kesihatan tapi kalau setahun 2x kira oklah tu kan waktu darurat di maafkan heee..

BAHAN NYA
1 tin sardin
2 sudu cili kisar
1 kuntum bunga kantan dihiris
1 biji tomato di belah empat
1 biji limau nipis ambik jus nya
2 tangkai daun bawang
1 biji bawang besar di hiris kecil
2 biji bawang putih di hiris
Cilipadi untuk yang suka pedas
garam dan sedikit gula


CARA NYA

PANASKAN sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga layu, masukan cili kisar dan masak lah sehingga pecah minyak, masukan tomato dan bawang besar jugak sardin, kacau perlahan supaya sardin tidak rosak, perahkan limau nipis, masukan garam dan gula jugak bunga kantan, tak perlu lama sangat sebab kantan tu sedap di makan mentah je lebih wangi.
Dah masak boleh lah di taburkan dengan daun bawang dan hirisan limau nipis jugak cilipadi supaya lebih pedas, masam dan wangi kantan tu, try lah mesti sedap walaupun 
HANYA SATU TIN SARDIN HEHEEE...




SAMBAL sardin yang telah siap sedap dimakan dengan nasi putih yang panas atau sejuk heee
tapi kalau nasi panas lebih hebat rasa nya 




UNTUK lebih pedas boleh lah tambah yang 5 biji kat atas kantan tu ya pasti berasap dan terangkat  caya lah...

7 comments:

  1. Teruja pulak tengok sambal sardin Kak Noor ni.. ogyep pun pernah diajar seorang teman mengenai resepi ni.. Tapi, dah lama tak buat... Sedap gilasss kan.. Apalagi kalau letak lebih cili padi.. pedassss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali mmg sedap Ogyep makan sardin ni, apa lagi campur kantan cewah angkat bakul lah kejab ni tapi mmg betoii lah tu kalau bubuh kantan mmg wangi sesangat2 dan letak pulak cili padi adoiii

      Delete
  2. Harum baunya tu Kak Noor... first time jumpa resepi begini, tentu sedap rasanya kan kak! Boleh cuba ni.. alamak ada bunga kantan, sardin pulak tak ada!

    ReplyDelete
  3. Adededeee...wanginya sambal sardin tu kak....makan panas2 dengan nasi putih....mantap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wangi wnagi Rahel kalah rvc U tu tau heheee jgn marah ahh akak main2 je meh lah join kita mamam sama..

      Delete
  4. gandingan yg mantap tu kak noor, sardin+bunga kantan..sardin ni mmmg sedap semacan je kan..kita tak amalkan juga kak, tapi apapun stock sardin mesti ada utk masa2 emegency..haha..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home