Spaghetti Bolognese Simple & Apple Juice

Spaghetti Bolognese Simple & Apple Juice




ASSALAMUALAIKUM  dan salam kamis untuk semua, masa cuti2 ni mesti nak hidangkan menu anak2, spaghetti ni salah satu menu yang tak boleh tinggal oleh anak2 akak, setiap minggu mesti sekali kena masak spaghetti,  yang fav sangat spaghetti blognese ni maksud nya kuah nya mesti merah hahaha, pernah akak masak kuah carbonara kureng mendapat sambutan, jadi nya amat jarang masak yang ala carbonara tu, walaupun sebenarnya tukang masak suka  yg carbonara tu, apa nak buat, nak buat berjenis2 kuah memang malas lah ikut saja lah selagi terdaya kan...





BAHAN-BAHAN
1 bungkus spaghetti direbus sehingga lembut tos kan dan di gaulkan dengan sedikit planta
1 bungkus sosej ayam atau daging di parut kasar
1 labu bawang besar didadu
secukupnya brokoli dicelur kemudian di rendamkan dalam ketulan ais
1/2 botol cili sos maggi
sedikit cili flakes ( tak nak pun ok ) kali ni akak tak guna flakes
sedikit sos tiram
sedikit pasli kering ( tkde pun takpe) takde stok 
secukupnya cheese cheddar di parut * takde jugak haha
planta utk menumis

CARA NYA
Panaskan sedikit planta dan tumiskan bawang besar sehingga wangi,masukan parutan sosej dan cili sos,sos tiram,cili flakes dan masaklah sehingga mendidih, kalau perlu boleh lah tambah sedikit air dan biarkan kuah merenih dan kemerah2an boleh lah ditutup api

BILA MENGHIDANG LETAKAN SPAGHETTI YANG DIPERLUKAN, CURAHKAN KUAH,TABURKAN CHEESE CHEDDAR DAN PASLI JUGAK LETAKAN BROKOLI  YG TELAH DI CELUR TADI

TAPI KALAU TAKDA SAYURAN PUN OK CUKUP SEKADAR KUAH NYA SUDAH MAMPU  MENGHABISKAN SE PINGGAN SPAGHETTI






INI pulak jus apple, time ingat lah buat untuk di gandingkan dengan spaghetti ni, cara nya mudah sangat, potong dua biji epal hijau, buangkan biji dan potong kiub, jangan buang kulit nya tau, biarkan bersama kulit dan blend kan bersama sedikit ais, tak payah gula biarkan rasa ori apple tu, blendkan sehingga hancur dan boleh lah dituangkan dalam gelas fav dan hidangkan dengan sepinggan spaghetti blognese ni
MEMANG SEDAP  HARUS DI CUBA OLEH ADIK2 SEMUA..




DI ANTARA KEBAIKAN APPLE HIJAU IALAH:-

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.




KALAU  TAK  LALU NAK MAKAN APPLE HIJAU TU, MULAKAN DENGAN APPLE MERAH DULU, DAH  BIASA DENGAN APPLE MERAH  BARU LAH BOLEH DI TERUSKAN DENGAN APPLE HIJAU OK...





18 comments:

  1. X tahan tgk jus epal.....sedappppppppp....!

    ReplyDelete
  2. Mengancam selera ni spaghetti Kak Noor......enak!

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak noor.. meleleh air liur tengok spaghetti tu.. ada lagi tak.. hulur lah sepinggan ehe :D

    ReplyDelete
  4. siap dgn air apple lg tue kak...fav zila air tue..pepagi dah krukk2 perut nie kak..spagthy sedappnye..:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    first time blog walking ke sini, terus jatuh cinta :)

    i follow

    ReplyDelete
  6. salam kak, lain kali kita pakat buat menu lain lak ye..

    ReplyDelete
  7. salam kak noor..
    aduh.. sedapnya hidangan! spagetti ni feberet anak2 sy ni.. memang kerap juga masak kat rumah.. tp ayahnya kurang suka pulak.. jd kalau nak msk tunggu ayahnya tak mkn kat rumah baru boleh masak.. hee..

    p/s: maaf kak noor lama tak masuk blog akak.. sy tak dpt masuk blog akak tru komen kak noor di blog sy tak taulah kenapa.. ini pun kebetulan nampak akak update kat fb cepat2 masuk.. hehe.. nanti sy link blog akak ye.. selalu sy dok kumpul2 buat serentak bila nak link blog kawan2 yg baru follow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam Madihaa..
      oh pulak, biasa lah spaghetti ni mmg budak2 je suka sangat,tapi kat sini bapa budak pun ok jugak dgn spaghetti ni asalkan ada kuah mmg jalan je..

      oh ya takpe lah bila2 dpt komen aje don worry akak tak ambik hati pun biasa lah kita ni masa2 senggang kita tak sama, so akak selalu bersangka baik je..

      tak lama lagi dah nak buka sekolah mesti semua nya akak busy semula kan termasuk Madihaa, yg surirumah cam akak ni pun terpaksa jadi supir balik lah heee

      Delete
  8. yuummyyy spagetti ni kak noor...

    ReplyDelete
  9. Asslmkum Kak.
    Yummehhh...Brokoli tu paberet. Letak brokoli byk2 best..

    ReplyDelete
  10. salam kak noor, kita pun suka yg carbonara tu..yg merah tak ramai yg nak makan pulak klu kat rumah ni..kepingin sangat makan sphagetti, sbb dah lama tak buat..

    ReplyDelete
  11. salam kak noor..anak2 nurul suka sangat ngan speggiti bologniesnie..sedapnya tgk pic2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallikmslam Wan sama lah anak2 akak spaghetti sepanjang hari pun ok je takde complain haha thanks jugak sudi singgah sini ya

      Delete
  12. lapo jdinya bile tgk jus apple n spaghetti yg thidang kat atas tu...sedapnya kak Noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengha dtg mood nak kuruih tu QH sbb tulah ada jus, kalau mood lari jus lain pulak dia buat hahahah

      Delete
  13. Tengok gambar menarik... dan... ya very simple resipinya...

    Baru2 ni anak lelaki saya cerita dia buat spaghetti dan guna kaedah kak Noor nilah. Mereka buat majlis makan2... habis, kawan2 dia kata sedap. Ada sorang kawan dia budak Brunei... Saya tgk gambarnya... bandingkan... ooo bukan anak kak Noor. Kalau tak boleh kita berbesan..ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm Sweetie cayang..
      oh ya ke anak U guna kak noor punya resepi hehe sbb yg ni mudah sangat dan rasa nya sedap jadi tkyah lah nk bubuh macam2 kan membazir je sbb dah ada rasa yg boleh hbiskan spaghetti spingganssss..

      hahaha boleh jugak tu kalau nak berbesan, anak akak sorang kat Imperial centre of London dan sorang kat Bath lebihkurang 1 jam jugak dari London, anak Sweetie kat mana??

      Delete
    2. Kat Sheffield, kalau turun ke London lebih kurang 3 jam dengan bas.

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home